Ahad, 20 Februari 2011

Razlan's

Razlan's


Guru wajib Dwi Bahasa ke SJK !

Posted: 20 Feb 2011 06:09 PM PST

*** Guru-guru English dulu kita bawa untuk mengajar di Sekolah dalam Malaysia adalah tidak tahu berhasa Malayu. Mereka dibawa kerana untuk mengajar jurusan kemahiran mereka, ada juga rakyat Malaysia yang tidak tahu berbahasa Malaysia walaupun sudah duduk di Malaysia 50 tahun ***

China Press
Perkara: pendidikan negara?
Ruangan: pandangan rakyat m/s C13
Tarikh: 19 Februari 2011 (Sabtu)

Tajuk:

Sekolah Rendah Cina Dan Tamil Kekurangan Guru
Penulis samaran: Yu Yu

Adakah Negara kita kekurangan guru? Benarkah begitu kedengarannya, ramai graduan dari maktab perguruan hari ini menunggu di rumah menanti panggilan mengajar, mereka mengunggu pangglan saban hari dari jabatan pelajaran, hari demi hari menunggu, bulan ke bulan masih menungu, menjelang tahun ke tahun masih menunggu, sehingga semua bunga sudah pun luruh, mereka masih belum terima khabar berita untuk mengajar.

Dahulu semua orang (Cina) tidak suka ceburkan diri dalam bidang pendidikan mengajar, terutma sekali kaum muda mudi lelaki, mereka anggap gaji guru terlalu kecil, mereka anggap jadi guru tidak ada masa depan; tetapi hari ini semuanya telah melawan arus, gaji pokok guru tidak termasuk elaun sudah pun menjangkau RM2,400.00 ringgit, pekerjaan yang lebih lumayan daripada seorang jurutera!

Hari ini ramai muda mudi suka mengajar di sekolah, terutama sekali muda mudi rakan bangsa kita (Melayu) yang pernah belajar di luar negara, mereka anggap ini adalah periuk nasi yang kukuh; anak muda mudi kaum Cina pun sudah berubah pandangan dari persepsi lama ke persepsi baru, semua mengharapkan dapat masuk bidang mengajar di sekolah untuk cari makan, disebabkan di luar sana pekerjaan amat susah diperolehi!

Pihak kementerian Pelajaran pernah mengakui ada sesetengah subjek telah berlebihan melatih guru-guru, tetapi guru-guru bahasa Cina, Tamil dan bahasa Inggeris amat kekurangan dengan begitu jelas sekali, dari segi pengambilan guru-guru pula di pihak kemenrerian ada penyelewengan dari segi pentadbirannya, ia bermakna telah membazirkan sumber kewangan dan aset negara.

Subjek-subjek yang kekurangan guru-guru mengajar, kementerian Pelajaran tidak pun melatih guru-guru untuk subjek yang kurang itu, malah lebih menitik beratkan melatih guru-guru yang bukan keperluan untuk mengajar subjek tertentu, mereka melatih hanya mahu melatih dan melahirkan guru-guru sahaja, tidak menjurus melatih cikgu untuk keperluan subjek. Sekarang ini benar-benar kekurangan guru adalah dalam mata pelajaran subjek bahasa Cina, Tamil di sekolah rendah, kementerian ambil guru-guru yang berlebihan itu dihantar ke sekolah-sekolah tersebut, jika rakyat tidak membantahnya, dipercayai semua guru-guru yang berkenaan terus menerus dihantar ke sekolah-sekolah Cina dan Tamil untuk memenuhi kuota guru-guru di sekolah-sekolah.

Apakah namanya pendidikan seperti itu? Mana kualiti cerdik pandai yang mahu dilahirkan? Adakah guru-guru yang tidak sesuai yang diambil itu boleh mambantu meningkatkan mutu pendidikan negara ini, sehingga boleh mencapai negara maju wawasan 2020?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Pengikut