Pengikut

Nuffnang

Selasa, 15 Februari 2011

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang

0 ulasan
sumber :-

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang


Maulidur Rasul

Posted: 15 Feb 2011 08:53 AM PST

Assalamualaikum

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat ISLAM, umat Nabi Muhammad kekasih Allah.

InsyaAllah, mulai hari ini, blog Puteri UMNO Ampang ini akan dikemaskinikan.

Kini hampir genap setahun Allahyarhamah Haslinda pulang ke Rahmatullah. Marilah kita sama2 membacakan Al-Fatihah agar rohnya sentiasa dicucuri Rahmat.




PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PRK DUN Merlimau di Kg Permatang Serai

Posted: 15 Feb 2011 01:11 PM PST



Put your stuff here

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

0 ulasan
sumber :-

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Ceramah fitnah PAS Perak tak dapat sambutan!

Posted: 15 Feb 2011 05:37 AM PST
















  • Logo BN ditayang terbalik...inilah ukuran kualiti pemikiran ustaz-ustaz politik peneraju parti...ceramah kebudak-budakan Parti Melayu Pas Perak..!!!


    Penduduk kawasan Manjoi, terutama sekitar Kampng Tengku Husin dan Taman Klebang Jaya, patut berasa bertuah. Ini disebabkan kawasan itu telah didatangi oleh gerombolan pakatan pembangkang yang didalangi oleh Parti Melayu Pas.

    Penduduk sekitar yang hadir akan berpeluang melihat dan mendengar sendiri bagaimana gerombolan ini beraksi mengisi nikmat demokrasi dalam negara yang kita cintai ini.

    Majlis ceramah politik yang pasti menghidangkan yang terbaik kepada orang ramai yang hadir iaitu:

    > Memulakan ucapan dengan selawat dan ungkapan keagamaan yang indah-indah.

  • > Menggunakan petikan ayat quran dan hadis untuk menyedapkan ucapan dan hujah.

  • > Memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan kefahamn pendengar.

  • > Membuat tafsiran ke arah kepentingan politik parti untuk memerangkap pendengar.

  • > Membuat fitnah dan meniupkan kebencian untuk meningkatkan rasa marah kepada kerajaan terutamanya kepada UMNO.

  • > Menyelitkan dengan fitnah, cacian, maki hamun, menyentuh peribadi dan segala macam maksiat oral yang terlintas, untuk menaikkan emosi pendengar.

  • > Kumpulan sorak akan membantu memberi signal "takbiiir" dan disamburkan dengan jeritan "Allahuakbar" .

  • > Sementara tin kosong berbunyi di atas pentas, tin kosong di bawah beredar memunggut derma jihad di kalangan orang ramai yang tak pernah diaudit.

    Begitulah sedikit peristiwa hari ini dalam sejarah yang berlaku di kawasan Tambun.

Warna-warni politik
Torashah

Dr Mohamad Khir Toyo

0 ulasan
sumber :-

Dr Mohamad Khir Toyo


Mencari Makna Krisis Mesir

Posted: 14 Feb 2011 10:31 PM PST

Dato Hj Rosol B Wahid

0 ulasan
sumber :-

Dato Hj Rosol B Wahid


Jasa, Janji dan Retorik...

Posted: 14 Feb 2011 05:12 PM PST

Salam Maulidurrasul S.a.w dan salam bloggers... Terima kasih sdr Zulkifli yang mencadangkan satu pandangan yang agak kreatif dalam tulisan saya yang lalu...Katanya kalau nak kan pembangunan yang segera mesti kena ada pilihanraya kecil. Kerana dengan PRK maka banyak pembangunan segera atau instant akan muncul di kawasan tersebut. Rezeki bergolek.... Saya kurang pasti apakah ini budaya masyarakat kita atau keterpaksaan dalam kerelaan. Saya juga berkira kira sama ada dalam pilihanraya umum atau PRK...kalaulah calon kerajaan tidak berkempen, apakah masih ada peluang untuk menang? Sebagai contoh untuk renungan...Saya sebagai pemimpin kecil di Hulu Terengganu sejak 1999, katakan dalam pilihanraya akan datang saya masih dicalonkan, dan katakan juga sepanjang tempoh berkempen selama 8 hingga 10 hari tersebut, saya tidak berkempen langsung...adakah saya masih berpeluang untuk menang? Rasanya agak sukar...Wallahu Alam...

Kadang-kadang saya terfikir seorang diri walaupun kita telah berkhidmat selama 10 tahun untuk rakyat dan masyarakat tetapi tempoh berkempen sepanjang pilihanrayalah faktor sebenar penentu kemenangan sesuatu pilihanraya. Mungkin pendapat saya ini kurang tepat. Kita tidak memerlukan apa-apa selain sokongan yang tidak berbelah bahagi setiap kali pilihanraya daripada rakyat...setelah kerajaan menyumbang begitu banyak untuk rakyat. Kadang-kadang rasanya kurang adil apabila pembangkang yang hanya muncul selama beberapa hari berkempen dan menjaja janji-janji dan beretorik mampu meraih kemenangan dalam PRK atau pilihanraya umum. Cuma saya berharap agar pilihanraya akan datang rakyat Malaysia akan menjadi pemilih yang bijaksana. Tahu memilih antara batu dan kaca.

Bijaksana adalah sesuatu yang abstrak dan relatif. Sekarang dunia memperkatakan bahawa rakyat Tunisia dan Mesir amat bijaksana setelah mampu menjatuhkan pemimpin otokrasi mereka setelah berkuasa begitu lama. Pengajaran daripada keadaan tersebut ialah jangan terlalu lama memegang kuasa. Dan berundurkan ketika berada di puncak. Pasti kita akan diingati selama lamanya...Dalam hal ini saya amat kagum dengan negarawan kita Tun Dr Mahathir. Saya yakin tidak ramai yang mampu berbuat demikian...Dan alhamdulillah sampai sekarang Tun sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kita. Mari kita doakan agar beliau dan Tun Hasmah dipanjangkan usia dan diberkati...Amin...

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Kerdau dan keluarga Menteri Pertahanan kita yang bonda mentuanya telah mengadap Ilahi... Moga roh mereka bersama para salihin dan anbiyaa...

...kematian adalah satu kepastian...dan ia adalah ujian...Fikir-fikirkanlah...

Khairy Jamaluddin

0 ulasan
sumber :-

Khairy Jamaluddin


Sambutan Maulidur Rasul

Posted: 13 Feb 2011 04:00 PM PST

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang akan diraikan esok, saya dan keluarga dengan ini mengucapkan selamat menyambut, memperingati dan meraikan hari kelahiran kekasih agung di sisi Allah SWT kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

0 ulasan
sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PERUTUSAN Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Posted: 14 Feb 2011 07:55 AM PST

PERUTUSAN Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH
PADA 12 RABIULAWAL 1432H BERSAMAAN 15 FEBRUARI 2011

Assalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah; Saudara dan saudari sekalian,

  1. Saya sangat bersyukur, dengan izin dan inayah Allah SWT, kita masih lagi dapat meneruskan tradisi murni masyarakat kita, iaitu mengadakan sambutan Maulidur Rasul SAW setiap menjelang Rabiulawal saban tahun. Kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam. Maka pada tanggal 12 Rabiulawal 1432 Hijriah ini, bersamaan dengan 15 Februari 2011 Masehi, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini.
  2. Sesungguhnya, keistimewaan sambutan Maulidur Rasul ini amat berkait rapat dengan keunggulan dan kemuliaan baginda Rasulullah SAW. Menerusi al-Quran, Allah SWT sendiri merakamkan bahawa diri Rasulullah SAW itu adalah 'cahaya';. Inilah cahaya yang telah menerangi Kebenaran. Melalui 'cahaya' baginda SAW ini, Allah telah zahirkan agama Islam sebagai petunjuk buat kebahagian manusia sejagat. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah ayat ke-15, yang maksudnya:
  3. "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya."

  4. Begitulah, apa yang dinyatakan oleh ayat al-Quran ini telah dibuktikan dan disaksikan oleh sejarah. Sirah gemilang Rasulullah SAW tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak ada insan sehebat dan sebegitu istimewa seperti Rasulullah SAW. Jika kekaguman ini diungkap dan diluahkan oleh tokoh-tokoh daripada kalangan umat Islam, ini sudah tentu tidaklah begitu menghairankan. Namun apa yang terjadi, seluruh para sejarahwan yang ikhlas, mengakui dan menakjubi fakta emas ini.
  5. Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu '1Malaysia, 1Ummah'; sudah tentulah Rasulullah SAW sebagai ikon terbaik semua umat manusia, maka sirah Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa baginda amat mengutamakan perpaduan antara umat yang berbilang kaum dan agama di Madinah. Iktibar ini dilaksanakan di negara kita melalui penghayatan '1Malaysia, 1Ummah'.
  6. Justeru, kekuatan berpaksikan perpaduan inilah yang menjadi rencah utama membawa transformasi murni kepada umat Islam di negara ini. Mesej ini perlu dihayati dan disebarkan kepada seluruh dunia Islam. Dalam era globalisasi ini, apa sahaja krisis yang berlaku di negara lain, akan dirasai impaknya oleh negara kita. Lihat sahaja, apa yang terjadi di Mesir, telah turut memberi kesan langsung kepada 11,000 orang pelajar dan rakyat kita di sana. Bagi memastikan aset muda dan bakal pewaris negara ini selamat, kerajaan telah menjalankan misi menyelamat dengan pantas dan berkesan.
  7. Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan, namun usaha membawa rakyat Malaysia keluar daripada Mesir tetap diteruskan. Tetapi malangnya, terdapat segelintir pihak yang cuba mempolitikkan misi yang murni ini. Namun ianya tidak menjadi halangan untuk kita meneruskan misi tersebut kerana yang pentingnya ialah memastikan keselamatan warga Malaysia di sana. Misi nasional ini turut mendapat dukungan pihak swasta, rakyat dan pihak negara Mesir serta Arab Saudi dengan satu semangat kerjasama yang amat tinggi. Inilah ajaran Islam yang sinarannya bersumber daripada cahaya yang diutus oleh Allah SWT, iaitu baginda Rasulullah SAW.
  8. Marilah kita jadikan sambutan yang penuh keberkatan ini sebagai pemangkin untuk kita terus melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang bagi melahirkan kekuatan 1Ummah yang progresif. Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan insan yang hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. Saya mendoakan, agar sambutan Maulid Rasulullah SAW kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Insya Allah.

Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Salam Maulidur rasul 2011

Posted: 14 Feb 2011 07:25 AM PST

Salam Maulidur Rasul khususnya untuk semua rakyat yang beragama Islam. Marilah bersama memperingati junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dengan banyakkan berselawat keatasnya. Semoga kita semua diberi syafaat di akhirat kelak Insyaallah.

-Biro Agama UCBA

Fahaman Ekstrem punca ketegangan sesebuah negara- Najib

Posted: 14 Feb 2011 07:19 AM PST

14/02/2011 4:26pm

PUTRAJAYA 14 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbezaan agama bukan menjadi punca ketegangan di sesebuah negara, sebaliknya ia disebabkan oleh kefahaman agama yang ekstrem.

Perdana Menteri berkata, jika fahaman itu tidak ditangani, tidak kira apa jua agama, ia akan membawa kesan yang buruk kepada sesebuah negara dan manusia sejagat.

"Saya sedar ada juga ancaman dalam proses ini (mewujudkan negara yang aman), (wujud) fahaman dan pemikiran yang berbentuk ekstrem.

"Pemikiran ekstrem inilah yang mendorong saya untuk mencadangkan pembentukan Pergerakan Kesederhanaan Sedunia pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tahun lalu.

"Sebab saya percaya, inilah saja jalan ke hadapan yang boleh menyelamatkan dunia bukan sahaja negara kita tetapi ketegangan di banyak tempat," katanya pada majlis bersama pemimpin-pemimpin agama sempena sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. - Bernama

Sayap Parti

Bahagian