Dato Hj Rosol B Wahid |
Posted: 14 Feb 2011 05:12 PM PST Salam Maulidurrasul S.a.w dan salam bloggers... Terima kasih sdr Zulkifli yang mencadangkan satu pandangan yang agak kreatif dalam tulisan saya yang lalu...Katanya kalau nak kan pembangunan yang segera mesti kena ada pilihanraya kecil. Kerana dengan PRK maka banyak pembangunan segera atau instant akan muncul di kawasan tersebut. Rezeki bergolek.... Saya kurang pasti apakah ini budaya masyarakat kita atau keterpaksaan dalam kerelaan. Saya juga berkira kira sama ada dalam pilihanraya umum atau PRK...kalaulah calon kerajaan tidak berkempen, apakah masih ada peluang untuk menang? Sebagai contoh untuk renungan...Saya sebagai pemimpin kecil di Hulu Terengganu sejak 1999, katakan dalam pilihanraya akan datang saya masih dicalonkan, dan katakan juga sepanjang tempoh berkempen selama 8 hingga 10 hari tersebut, saya tidak berkempen langsung...adakah saya masih berpeluang untuk menang? Rasanya agak sukar...Wallahu Alam... Kadang-kadang saya terfikir seorang diri walaupun kita telah berkhidmat selama 10 tahun untuk rakyat dan masyarakat tetapi tempoh berkempen sepanjang pilihanrayalah faktor sebenar penentu kemenangan sesuatu pilihanraya. Mungkin pendapat saya ini kurang tepat. Kita tidak memerlukan apa-apa selain sokongan yang tidak berbelah bahagi setiap kali pilihanraya daripada rakyat...setelah kerajaan menyumbang begitu banyak untuk rakyat. Kadang-kadang rasanya kurang adil apabila pembangkang yang hanya muncul selama beberapa hari berkempen dan menjaja janji-janji dan beretorik mampu meraih kemenangan dalam PRK atau pilihanraya umum. Cuma saya berharap agar pilihanraya akan datang rakyat Malaysia akan menjadi pemilih yang bijaksana. Tahu memilih antara batu dan kaca. Bijaksana adalah sesuatu yang abstrak dan relatif. Sekarang dunia memperkatakan bahawa rakyat Tunisia dan Mesir amat bijaksana setelah mampu menjatuhkan pemimpin otokrasi mereka setelah berkuasa begitu lama. Pengajaran daripada keadaan tersebut ialah jangan terlalu lama memegang kuasa. Dan berundurkan ketika berada di puncak. Pasti kita akan diingati selama lamanya...Dalam hal ini saya amat kagum dengan negarawan kita Tun Dr Mahathir. Saya yakin tidak ramai yang mampu berbuat demikian...Dan alhamdulillah sampai sekarang Tun sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kita. Mari kita doakan agar beliau dan Tun Hasmah dipanjangkan usia dan diberkati...Amin... Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Kerdau dan keluarga Menteri Pertahanan kita yang bonda mentuanya telah mengadap Ilahi... Moga roh mereka bersama para salihin dan anbiyaa... ...kematian adalah satu kepastian...dan ia adalah ujian...Fikir-fikirkanlah... |
You are subscribed to email updates from Dato Hj Rosol B Wahid To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan