Jumaat, 4 Februari 2011

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Artikel Utusan

Posted: 03 Feb 2011 07:54 PM PST

Jangan politikkan krisis Mesir


WARGA asing terpaksa berjalan kaki menuju ke Lapangan Terbang Kaherah, Mesir, kelmarin kerana sistem pengangkutan awam termasuk perkhidmatan teksi lumpuh. - AP

KITA mengikuti dengan penuh minat tentang krisis kegawatan politik yang berlaku di dalam kerajaan Hosni Mubarak di Mesir. Lebih-lebih lagi apabila ramai warga Malaysia yang terperangkap dalam kemelut tersebut. Kita berdoa agar keselamatan mereka dilindungi sementara menunggu bantuan.

Tetapi yang tidak menyenangkan ialah terdapat pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu ini dengan memburuk-burukkan kerajaan. Shamsul Iskandar, calon pilihan pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau misalnya, berlagak pandai dan arif apabila menuduh kerajaan dan Wisma Putra lembap dalam memberi respons terhadap hal ehwal rakyat Malaysia di sana.

Inilah masalahnya apabila seorang pemimpin muda AMK seperti Shamsul Iskandar hanya pandai mencari salah orang lain sahaja tetapi dirinya kurang pengalaman tentang protokol diplomatik yang terpaksa dilalui oleh kerajaan Malaysia.

Sudahlah seluruh kerajaan Mesir hampir tidak berfungsi, jentera-jentera kerajaan di sana juga hampir lumpuh dan tidak bertuan.

Mana-mana penerbangan ehsan ataupun penerbangan bantuan yang meredah sempadan negara-negara lain perlu diberitahu dan mendapat kebenaran dahulu. Begitu juga kebenaran kerajaan Mesir itu sendiri dan juga pihak berkuasa lapangan terbang serta pelabuhan negara itu.

Kita perlu ingat bahawa bukan negara kita sahaja yang terlibat dalam krisis tersebut. Warga negara asing di Mesir mencakupi negara-negara di dunia dan mereka juga seperti kita yang bimbang tentang keselamatan rakyat mereka.

Tetapi seperti negara kita, protokol diplomatik perlu diikuti meskipun tatkala krisis ini, protokol tersebut akan dilonggarkan seminimumnya untuk mempermudahkan proses bantuan dan penghantaran pulang rakyat ke negara masing-masing.

Bayangkanlah jika 194 buah negara di dunia ini menghantar beberapa kapal terbang dan kapal laut serentak dalam masa yang sama? Dan dalam masa yang sama, lapangan terbang dan pelabuhan di Mesir mungkin kurang berfungsi kerana pekerja-pekerjanya berdemonstrasi di jalan raya?

Oleh kerana itu, 'penghijrahan' besar-besaran melintas negara dengan jalan darat adalah alternatif yang perlu difikirkan tetapi itu pun memerlukan pasport atau visa segera dan penyediaan kenderaan. Dan perlu diingat, mungkin berlaku insiden 'berebut-rebut' di sepanjang jalan dan sempadan kerana orang lain juga ingin menyelamatkan diri.

Segala kemungkinan di atas perlu difikirkan oleh si Shamsul Iskandar dan pemimpin pembangkang lain sebelum menuduh yang bukan-bukan serta menambah kebimbangan rakyat Malaysia.

Atau mungkin si Shamsul ini beranggapan bahawa kita boleh bawa kapal terbang atau kapal laut sesuka hati pada bila-bila masa sahaja seperti kita mahu ke negeri lain di Malaysia. Atau beliau fikir negara kita sahaja yang terlibat dan jumlah rakyat yang mahu dipindahkan itu sama dengan jumlah penduduk kampung yang dipindahkan sebab banjir?

Jika itulah anggapan beliau, itu tidak cerdik namanya!

Maka, saya berharap agar parti pembangkang tidak mengeksploitasi isu kebimbangan rakyat Malaysia ini untuk kepentingan politik mereka seperti isu kesedihan dan kematian ahli Felda di DUN Tenang tempoh hari.

Difahamkan bahawa seramai 11,319 pelajar Malaysia didaftarkan secara rasmi menuntut di Mesir dalam pelbagai disiplin terutama dalam bidang perubatan dan agama. Dalam jumlah ini, lebih daripada 70 peratus pelajar terlibat dengan kawasan darurat terutama di Kaherah.

DR. NOVANDRI HASAN BASRI

Gelugor, Pulau Pinang.


p/s : Sikap politik yang keterlaluan pembangkang lebih banyak menghalang usaha kerajaan dari bersama bergandingan membantu menyelesaikan polemik yang timbul. Dalam keadaan begini sebaiknya kita saling membantu dan bukannya saling menyalahkan satu pihak yang lain tanpa menghulurkan sumbangan.

Bercakap lebih mudah dari menguruskan


Kak Midah

Trengganu

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PM akan buat pengumuman penting di Kampung Baru esok

Posted: 04 Feb 2011 10:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 orang dijangka menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam rancangan mengimarahkan Masjid Jamek Kampung Baru di sini esok sempena program Ziarah Masjid.

Pengerusi jawatankuasa masjid itu, Datuk Idris Shaari Mat Deris, berkata Najib juga bakal membuat satu "pengumuman penting" pada majlis itu.

Bercakap dalam sidang media di masjid berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup dan Pengarah Urusan Zikay Group, Datuk Mohd Khay Ibrahim, Idris berkata Perdana Menteri akan merasmikan program itu selepas menunaikan solat Asar berjemaah.
"Pelbagai program diatur sempena majlis itu seperti bacaan Al-Quran, tadarus, ceramah oleh juara progam realiti Imam Muda musim pertama, Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, dan pengagihan kira-kira 6,000 paket bubur lambuk kepada orang ramai," katanya.

Najib juga dijadualkan menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan bangunan 40 tingkat yang mempunyai 250 bilik hotel, kondominium 130 unit dan 16 unit kedai komersial di kawasan berkenaan.

Projek itu yang terletak di sebelah bangunan Zikay di Jalan Raja Alang, membabitkan kos pembangunan kira-kira RM190 juta.

Mohd Khay berkata Zikay Group telah menerima arahan pembangunan dari DBKL bagi membolehkan kerja pembinaan dimulakan pada suku kedua tahun ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Tiada Negara Islam, Pas Akhirnya Akur Kehendak DAP??

Posted: 04 Feb 2011 10:58 AM PST


Akhirnya Pas mengaku bahawa cita-cita perjuangan untuk menubuhkan negara Islam selama ini hanya retorik semata-mata

Pas seperti sudah mengangkat bendera putih. Pengakuan Pas ini mungkin kerana Pas tiada berdaya melawan kehendak DAP.

Buktinya apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor , Dr Dzulkefly Ahmad mengaku tidak ada jalan untuk Pas menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia

Bercakap pada Forum Hubungan Bangsa dan Agama hujung minggu lepas, yang dilaporkan dalam portal berita di sini hari ini, beliau berkata berdasarkan demografi politik di Malaysia tidak ada jalan untuk Pas mewujudkan sebuah negara Islam.

Menjawab soalan semasa forum itu, katanya terdapat 60 peratus orang Islam kepada 40 peratus bukan Islam dan malah Pas tidak ada sokongan daripada kesemua 60 peratus orang Islam.

Negara Islam hanya wujud semasa era Nabi Muhammad S.A.W di Madinah, kata beliau ketika menjawab soalan peserta lain yang membangkitkan contoh negara Islam seperti Pakistan.

Cikgu Mala: Doa atau berlakun lebih penting?

Posted: 03 Feb 2011 08:03 PM PST

Orang sibuk meng-AMIN-kan DOA, dia pulak sibuk menyeluk lauk!

Kadangkala, terlebih berlakon untuk mempublisitikan diri sendiri itu mendatangkan lawak. Mahu ditonjolkan sifat ringan tangan dan tidak kisah untuk membantu orang.

Tetapi apabila Harakah cuba menonjolkan sifat-sifat ringan tangan si Normala Sudirman, calon PAS di PRK Tenang, ianya tidak menjadi malah diketawakan oleh orangramai. Lihat foto di bawah :-

Memang tidak ada celanya jika dilihat cara dan lenggok si Normala Sudirman menyidangkan lauk. Tetapi, kalau ya pun, biarlah selesai bacaan doa tu! Orang lain sedang mengaminkan doa tapi si Normala ni sedang menyibuk pula menyidangkan lauk.

Kalau nak berlakon pun, berpada-padalah wahai Normala Sudirman! Kalau tidak, buruk nampaknya.



Bookmark and Share



Tak dapat anggur masam katanya...

Posted: 03 Feb 2011 05:48 PM PST


KEMENANGAN BN di Tenang memberi satu tamparan hebat kepada pemimpin tertinggi Pas dan para penyokongnya. Di tempat saya, seorang penyokong Pas tidak bersuara langsung apabila Pas kalah di Tenang jika sebelumnya beliau begitu lantang.

Reaksi Mursyidul Am Pas boleh diumpamakan seperti cerita dalam Aesop's Fable yang menceritakan seekor musang dengan buah anggur. Kegagalan musang itu mendapatkan buah anggur dikatakannya buah anggur itu masam. Begitulah juga dengan Mursyidul Am Pas kerana gagal meraih kemenangan di Tenang dikatakannya Pas bukan buru kemenangan pilihan raya di dunia. Apakah ada pilihan raya di akhirat wahai Tuan Guru yang bijaksana?

Dituduhnya pengundi Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. Begitu rendah pandangan Tok Guru kepada pengundi yang tidak memilih Pas. UMNO dituduh mempermainkan rakyat. Sebenarnya siapa yang mempermainkan rakyat wahai Tok Guru? Bukankah Pas selalu menjual agama untuk meraih undi simpati?

Tok Guru janganlah ingat semua orang boleh diperbodohkan seperti mana Tok Guru memperbodohkan ahli-ahli Pas dengan janji-janji syurga. Parti Tok Guru bukan wakil Allah di muka bumi ini. Jangan begitu angkuh untuk mengatakan parti Tok Guru boleh terus membawa perjuangan hingga ke akhirat. Jika ajaran Tok Guru sesat, Tok Guru dan pengikut akan dihumban ke dalam neraka jahannam lebih dahulu daripada orang kafir dan UMNO.

Sukalah saya memperingatkan Tok Guru, Tuhan tidak akan menyebelahi mana-mana parti. Tuhan hanya menyebelahi golongan yang membawa kebaikan bukan membawa kerosakan seperti dilakukan oleh parti Tok Guru sekarang.

Tok Guru lebih sanggup bersama DAP yang terang-terang menentang Islam daripada bersama dengan UMNO yang ahlinya orang Melayu Islam. Apakah Tok Guru ingat DAP akan menyetujui penubuhan negara Islam seperti mana Tok Guru dan ahli Pas idamkan? Jauh panggang dari api wahai Tok Guru Nik Aziz. Anda bermimpi di siang hari!


Tenang: Antara pengundi, kecelaruan Nik Aziz
KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang telah diduga dan terbukti sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat, termasuk undi Cina dan India.

Namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, secara sinis mengatakannya 'tak menang dan tak tewas'. Hakikatnya beliau mengakui Pas kalah. Tetapi secara tersirat beliau menyindir MCA yang tewas kerana masih gagal menarik sokongan pengundi Cina di mana BN hanya menang tiga daripada empat kawasan majoriti pengundi Cina.

Beberapa pemimpin DAP mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, gagal menarik pengundi Cina di kawasannya sendiri. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali mengakui Pas memperoleh banyak undi daripada kaum Cina.

Teryata fatwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat iaitu tidak mengundi Pas adalah jahiliyah tidak mampu mempengaruhi pengundi Melayu. Dalam hujan lebat sambil mengharungi banjir mereka keluar mengundi BN.

Seperti Mustaffa, Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Md. Isa, turut menyalahkan faktor hujan dan banjir menyebabkan Pas kalah. Soalnya apakah kalau cuaca panas terik Pas boleh menang? Sebaiknya mereka menerima kudrat Tuhan. Takkan Pas mahu menyalahkan dan menolak kuasa Tuhan kerana tidak menyebelahi mereka.

Paling menarik dan melucukan ulasan Nik Aziz Nik Mat yang berkata, Pas tidak memburu kemenangan di dunia semata-mata dan menganggap perjuangan amal makruf nahi mungkar Pas telah berjaya. Sambil itu beliau menyoal bolehkah perjuangan UMNO itu dibawa ke akhirat?

Inilah kecelaruan fikiran Nik Aziz. Kalau Pas percaya perjuangannnya untuk kebaikan, menentang kemungkaran serta menuju akhirat tidak mungkin dalam kempen Pas melakukan fitnah dan pembohongan hanya kerana mahu meraih undi. Penuh kemungkaran. Ini yang dikatakan perjuangan Islam?

Eloklah selepas Tenang, Pas bermuhasabah. Taktik lapok yang memperbodohkan pengundi terutama Melayu dengan memperalatkan agama sudah tidak boleh diterima. Lebih-lebih lagi apabila Pas terlalu mengharap undi Cina hingga sanggup bersekongkol dengan DAP.

Orang Melayu mulai memikirkan masa depan anak cucu-cicit mereka. Buku jingga 100 hari dilihat sebagai penjual mimpi yang tidak berpijak di bumi nyata. Apa yang boleh ditawarkan.

Kini Tenang dilanda banjir teruk. Mana perginya pemimpin dan penyokong Pas yang ramai pada hari berkempen tempoh hari? Rakyat mahukan bantuan. Inilah pengajaran paling besar tentang kejujuran dan keikhlasan mengikut Islam. Tapi Pas hanya mahu undi saja.


Bookmark and Share

Jentera UMNO hadapi PRK DUN Merlimau dilancar Sabtu ini

Posted: 02 Feb 2011 03:44 PM PST

MELAKA_Jentera Penerangan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan dilancarkan di Dewan Masyarakat Air Merbau, Merlimau, Sabtu ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia sebagai persediaan awal membantu UMNO negeri dan UMNO Bahagian Jasin memastikan Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi DUN Merlimau pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.

Menurutnya, jentera penerangan itu akan digerakkan di setiap peringkat untuk turun padang dan menjelaskan kepada rakyat berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

"Jentera kita akan disertai oleh penceramah, penulis dan bloggers yang akan menjawab setiap isu seperti kenaikan harga barangan dan beberapa isu nasional.

"Penceramah termasuk mereka yang terlibat akan dibekalkan dengan segala maklumat terkini yang mampu menjawab sebarang isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang kepada penduduk di Merlimau," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Pengarah Pilihan Raya DUN Merlimau yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Idris Haron dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jentera penerangan yang akan dilancarkan itu adalah sama seperti di DUN Tenang tetapi ada kelebihan berdasarkan pengalaman yang dilalui sebelum ini.

"Menjadi hasrat utama kita untuk memastikan calon BN yang akan bertanding pada 6 Mac ini akan turut beroleh kemenangan seperti yang dicapai di DUN Tenang.

"Lebih penting, kita mahu DUN Merlimau turut mencatat kemenangan dengan majoriti yang besar," katanya.

Sementara itu Mohd. Ali berkata, BN negeri telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya kecil itu dengan semua parti komponen telah mengemas kini jentera masing-masing.

"Saya akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa ini untuk memaklumkan langkah-langkah dan persediaan yang dibuat oleh BN negeri," katanya.

Beliau turut meminta UMNO di negeri lain berkampung di Merlimau sebelum atau selepas penamaan calon bagi membantu jentera UMNO negeri.



Bookmark and Share

Tenang dilanda banjir, pemimpin Pas hilang entah ke mana!

Posted: 31 Jan 2011 06:41 PM PST


KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang telah diduga dan terbukti sokongan rakyat kepada BN semakin meningkat termasuk undi Cina dan India.

Namun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara sinis mengatakannya 'tak menang dan tak tewas.' Hakikatnya beliau mengakui Pas kalah, tetapi secara tersirat beliau menyindir MCA yang tewas kerana masih gagal menarik sokongan pengundi Cina di mana BN hanya menang tiga daripada empat kawasan majoriti pengundi Cina.

Beberapa pemimpin DAP mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek gagal menarik pengundi Cina di kawasannya sendiri. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali mengakui Pas memperoleh banyak undi daripada kaum Cina.

Teryata fatwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat iaitu tidak mengundi Pas adalah jahiliyah tidak mampu mempengaruhi pengundi Melayu. Dalam hujan lebat sambil mengharungi banjir mereka keluar mengundi BN.

Seperti Mustaffa, Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Md Isa turut menyalahkan faktor hujan dan banjir menyebabkan Pas kalah. Soalnya apakah kalau cuaca panas terik Pas boleh menang? Sebaik-baiknya mereka menerima kudrat Tuhan. Takkan Pas mahu menyalahkan dan menolak kuasa Tuhan kerana tidak menyebelahi mereka.

Paling menarik dan melucukan ulasan Nik Aziz Nik Mat yang berkata Pas tidak memburu kemenangan di dunia semata-mata dan menganggap perjuangan amal makruf nahi mungkar Pas telah berjaya. Sambil itu beliau menyoal, bolehkah perjuangan UMNO itu dibawa ke akhirat?

Inilah kecelaruan fikiran Nik Aziz. Kalau Pas percaya perjuangannnya untuk kebaikan, menentang kemungkaran serta menuju akhirat tidak mungkin dalam kempen Pas melakukan fitnah dan pembohongan hanya kerana mahu meraih undi. Penuh kemungkaran. Ini yang dikatakan perjuangan Islam?

Eloklah selepas Tenang, Pas bermuhasabah. Taktik lapuk yang memperbodohkan pengundi terutama Melayu dengan memperalatkan agama sudah tidak boleh diterima. Lebih-lebih lagi apabila Pas terlalu mengharap undi Cina hingga sanggup bersekongkol dengan DAP.

Orang Melayu mulai memikirkan masa depan anak cucu-cicit mereka. 'Buku jingga 100 hari' dilihat sebagai penjual mimpi yang tidak berpijak di bumi nyata. Apa yang boleh ditawarkan.

Kini Tenang dilanda banjir teruk. Mana perginya pemimpin dan penyokong Pas yang ramai di hari berkempen tempoh hari? Rakyat mahukan bantuan. Inilah pengajaran paling besar tentang kejujuran dan keikhlasan mengikut Islam. Tapi Pas hanya mahu undi saja


Bookmark and Share

DunSemarang

DunSemarang


Lawatan YAB MBJ ke Puast Banjir SK Seri Bandan pada 3 Feb 2011

Posted: 03 Feb 2011 11:16 PM PST

Pt. Hj Talib 3 Feb – Kehadiraan YAB MBJ ke Pusat Pemindahan mangsa banjir di Sk Seri Bandan di sambut meriah oleh 250 orang mangsa banjir . Mangsa banjir yang datang dari kampung sekitar iaitu Kg Bonangong, Batu 3 Jalan Yong Peng, Parit Lapis Khalid, Parit Darim dan Parit Lhalid Laut merasakan mereka amat dihargai dengan kehadiran pemimpin tertinggi negeri Johor. Turut mengiringi YAB MBJ ialah YB Datuk Hj Samsol Bari Jamali Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam / ADUN Semarang, Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Johor , Pegawai Daerah Batu Pahat, Ketua-ketua Jabatan dan pemimpin masyarakat. Sempena kunjungan YAB MBJ, jawatankuasa puasat pemindahan banjir telah menganjurkan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sukaneka untuk penyertaan semua peringkat dan demonstrasi produk cokelat yang di kelolakan oleh Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam. Pada sebelah malam pula di adakan ceramah agama yang mana penceramahnya ialah Ustaz Mohd Shahli bin Mohd Said. (Sumber Berita dari SUBAH Halid Saat). ByM69

Lawatan MB Johor ke Pusat Banjir S.Agama Seri Bertam

Posted: 03 Feb 2011 05:29 PM PST



3-2-2011 Sri Aman/Yong Peng. Menteri Besar Johor Dato' Abd.Ghani Othman melawat mangsa Banjir di pusat pemindahan Banjir Sekolah Agama Seri Bertam, Yong Peng. Turut sama dalam lawatan itu YB.Datuk Haji SamsolBari bin Jamali,Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam-ADUN Semarang, YB.Lim Kee Moi-ADUN Yong Peng,YB Datuk Muhamad Aziz Ahli Parlimen Sri Gaading dan pegawai serta jawatankuasa UMNO bahagian Ayer Hitam.
(Foto By FB Zainudin Mohidin / Sumber Berita SUBAH A Halid Saat) ByM69

Kisah "LORI bawa HANTU" di Tenang.

Posted: 03 Feb 2011 03:25 PM PST


Kisah benar..penglaman saya semasa PRK Dun Tenang. Semuga kisah ini akan menjadi iktibar dan teladan anak BangsaKu.
Kita lihat...bagaimana pihak yang tidak bertanggungjawab terutama Pembangkang yang sering membuat ONAR dan FITNAH...berjaya mempengaruhi minda segelintir atau mungkin hampir semuanya seperti tersebut. Mereka sering menabur fitnah tentang Pengundi Hantu,
Walaupun isu ini telah diperjelaskan oleh pihak SPR..namun jika minda telah terlalu taksub dan fanatik..pasti sikap PRAJUDIS sentiasa bermain dan berlegar di fikiran mereka yang telah TERCEMAR.
merujuk kepada kenyataan..Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pengundi hantu tidak wujud sama sekali."Kalau diperkatakan juga (isu pengundi hantu), ia adalah semata-mata modal politik. Modal isu pengundi hantu ini dari 10 tahun dulu lagi, kita harap ubahlah".
Pada Sabtu 29.01.11 saya telah membantu rakan berpindah dari PT Raja Ke Gemas dengan menaiki lori. Sampai di Labis jalan ke Segamat telah di tutup sementara kerana memberi laluan kepada MB Johor melawat Labis, kami di arahkan melalui jalan pintas., malangnya kami tersesat sampai ke Pekan Ayer Panas...lalu kami bertanya kepada seorang..berbangsa cina,umur dalam 40an..namun jawapanya.."....@***#*@ Lu ankat pengundi antu ka"..
dan kami terpaksa berpusing kembali..dan berhenti berehat di sebuah Gerai di Pekan Labis, semasa kami sedang makan datang seorang lelaki cina umur dalam lingkungan 50an..bertanya."Lu bawak apa..pengundi hantu ka..".saya jawab "Apa pasal tanya serupa itu..kalau lu benci sama kerajaan..jangan cakap serupa itu laa..." dia jawab pulak..."***** wa bukan talak suka sama kelajaan..wa suka..tapi waa talak suka sama itu um mu no (UMNO) selupa itu PAS cakap"..
Oleh itu Wahai anak BangsaKu..bersatulah kita semua dalam Wadah Melayu dan Islam. Jangan kita mempersendakan Bangsa dan Agamamu sendiri..apa maksud.."Waa..talak suka sama um mo no"... yang jelas kita fikirlah sendiri..siapa sebenarnya mereka musuhi dan tidak suka...UMNO MCA MIC DAP PKR GERAKAN...PAS.. bagaimana pulak genarasi yang muda..antara umur 20an dan 30an..apa akan jadi 10 tahun akan datang...

...Itulah iktibar bahawa ada manusia yang sentiasa curiga kepada UMNO dan Melayu..Siapa yang silap dalam hal memberi penjelasan kepada mereka..MIC atau UMNO atau...fikirlah..peratus undi di Pekan labis..undi siapa yamh merosot...Tahniah UMNO dan MIC labis kerana memberi sokongan padu kepada calon UMNO dan BN. Saya tidak salahkan ke dua orang tersebut..kerana mereka mendapat didikan dan maklumat yang kurang tepat dan berlakunya kecelaruan fikiran..maka salah faham..mereka tidak salah..mereka tidak salah..mereka tidak salah..SIAPA LEMAH...ByM69

Pengikut