Hamidah Osman |
Posted: 03 Feb 2011 07:54 PM PST Jangan politikkan krisis MesirKITA mengikuti dengan penuh minat tentang krisis kegawatan politik yang berlaku di dalam kerajaan Hosni Mubarak di Mesir. Lebih-lebih lagi apabila ramai warga Malaysia yang terperangkap dalam kemelut tersebut. Kita berdoa agar keselamatan mereka dilindungi sementara menunggu bantuan. Tetapi yang tidak menyenangkan ialah terdapat pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu ini dengan memburuk-burukkan kerajaan. Shamsul Iskandar, calon pilihan pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau misalnya, berlagak pandai dan arif apabila menuduh kerajaan dan Wisma Putra lembap dalam memberi respons terhadap hal ehwal rakyat Malaysia di sana. Inilah masalahnya apabila seorang pemimpin muda AMK seperti Shamsul Iskandar hanya pandai mencari salah orang lain sahaja tetapi dirinya kurang pengalaman tentang protokol diplomatik yang terpaksa dilalui oleh kerajaan Malaysia. Sudahlah seluruh kerajaan Mesir hampir tidak berfungsi, jentera-jentera kerajaan di sana juga hampir lumpuh dan tidak bertuan. Mana-mana penerbangan ehsan ataupun penerbangan bantuan yang meredah sempadan negara-negara lain perlu diberitahu dan mendapat kebenaran dahulu. Begitu juga kebenaran kerajaan Mesir itu sendiri dan juga pihak berkuasa lapangan terbang serta pelabuhan negara itu. Kita perlu ingat bahawa bukan negara kita sahaja yang terlibat dalam krisis tersebut. Warga negara asing di Mesir mencakupi negara-negara di dunia dan mereka juga seperti kita yang bimbang tentang keselamatan rakyat mereka. Tetapi seperti negara kita, protokol diplomatik perlu diikuti meskipun tatkala krisis ini, protokol tersebut akan dilonggarkan seminimumnya untuk mempermudahkan proses bantuan dan penghantaran pulang rakyat ke negara masing-masing. Bayangkanlah jika 194 buah negara di dunia ini menghantar beberapa kapal terbang dan kapal laut serentak dalam masa yang sama? Dan dalam masa yang sama, lapangan terbang dan pelabuhan di Mesir mungkin kurang berfungsi kerana pekerja-pekerjanya berdemonstrasi di jalan raya? Oleh kerana itu, 'penghijrahan' besar-besaran melintas negara dengan jalan darat adalah alternatif yang perlu difikirkan tetapi itu pun memerlukan pasport atau visa segera dan penyediaan kenderaan. Dan perlu diingat, mungkin berlaku insiden 'berebut-rebut' di sepanjang jalan dan sempadan kerana orang lain juga ingin menyelamatkan diri. Segala kemungkinan di atas perlu difikirkan oleh si Shamsul Iskandar dan pemimpin pembangkang lain sebelum menuduh yang bukan-bukan serta menambah kebimbangan rakyat Malaysia. Atau mungkin si Shamsul ini beranggapan bahawa kita boleh bawa kapal terbang atau kapal laut sesuka hati pada bila-bila masa sahaja seperti kita mahu ke negeri lain di Malaysia. Atau beliau fikir negara kita sahaja yang terlibat dan jumlah rakyat yang mahu dipindahkan itu sama dengan jumlah penduduk kampung yang dipindahkan sebab banjir? Jika itulah anggapan beliau, itu tidak cerdik namanya! Maka, saya berharap agar parti pembangkang tidak mengeksploitasi isu kebimbangan rakyat Malaysia ini untuk kepentingan politik mereka seperti isu kesedihan dan kematian ahli Felda di DUN Tenang tempoh hari. Difahamkan bahawa seramai 11,319 pelajar Malaysia didaftarkan secara rasmi menuntut di Mesir dalam pelbagai disiplin terutama dalam bidang perubatan dan agama. Dalam jumlah ini, lebih daripada 70 peratus pelajar terlibat dengan kawasan darurat terutama di Kaherah. DR. NOVANDRI HASAN BASRI Gelugor, Pulau Pinang. p/s : Sikap politik yang keterlaluan pembangkang lebih banyak menghalang usaha kerajaan dari bersama bergandingan membantu menyelesaikan polemik yang timbul. Dalam keadaan begini sebaiknya kita saling membantu dan bukannya saling menyalahkan satu pihak yang lain tanpa menghulurkan sumbangan. Bercakap lebih mudah dari menguruskan Kak Midah Trengganu |
You are subscribed to email updates from Hamidah Osman To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan