Rabu, 2 Februari 2011

Puteri UMNO Kota Marudu

Puteri UMNO Kota Marudu


HARI JADI KETUA PUTERI KM

Posted: 01 Feb 2011 09:54 PM PST



WARGA PUTERI KM MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR
FEBRUARI 01, 2011
KHAS BUAT PUAN REDONAH BAHANDA
KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN KM

"Semoga dianugerahkan limpahan kebaikan dan kesihatan yang baik"

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Muhyiddin: Sikap bohong, khianat Anwar punca anggota keluar PKR

Posted: 02 Feb 2011 03:28 AM PST

MUAR, 2 Feb — Sikap pembohong besar dan khianat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim lambat laun akan menyebabkan beliau ditinggalkan seorang diri, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sikap itu, kata Muhyiddin, telah menyebabkan ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu "chow liao" atau cabut lari beramai-ramai. Terbaru adalah Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang keluar dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 29 Januari lalu.

"Semua pengasas bersama sudah 'chow liao', lari tinggalkan Anwar seorang sahaja.

"Terbaru Gobalakrishnan . . . mereka tak percaya kerana Anwar pembohong besar, pengkhianat negara," katanya sambil menambah Anwar telah membuat pelbagai cerita di dalam dan luar negara yang tidak membawa sebarang kebaikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir kawasan parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh, di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata BN tidak gentar dengan hasrat Anwar untuk membuat lawatan ke 30 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi penerangan kepada orang ramai.

Ini kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, katanya.

Beliau berkata BN sentiasa bersedia di mana-mana kawasan untuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat mengenai dakwaan Anwar terhadap kerajaan.

"Kian hari kepercayaan orang kian runtuh, jadi dia (Anwar) mungkin rasa perlu gerak ke pelbagai tempat untuk tambah jangka hayat nyawa ikan yang masih tinggal.

"Saya cadangkan dia gerak ke seluruh negara bukan 30 kawasan sahaja kerana imej dia sudah teruk dan orang tidak percaya," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

7 CALON PRK MERLIMAU

Posted: 01 Feb 2011 10:22 PM PST

UMNO JASIN senaraikan 7 calon untuk PRK DUN Merlimau

Barisan Nasional (BN) Melaka telah mengatur strategi bagi memperkuatkan jentera parti sebagai persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau Mac ini.

Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata jentera parti pada keseluruhannya telah bersedia untuk memastikan BN mempertahankan kerusi DUN itu.

"Saya sudah mula buat lawatan lebih kerap dan selami keperluan rakyat di DUN Merlimau dan tempoh empat minggu sebelum penamaan calon, kita akan lipat gandakan usaha dan tenaga jentera BN," katanya.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Beruang Hill Resort di Bukit Beruang di sini Sabtu.

Beliau berkata BN Melaka akan mengerahkan lebih 1,000 anggotanya bagi melancarkan proses kempen yang akan dimulakan selepas penamaan calon pada 26 Feb.

Mengenai senarai calon bagi pilihan raya kecil itu, Mohd Ali berkata beliau akan menyerahkan nama kesemua tujuh calon yang telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Jasin kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa beberapa hari lagi.

Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan daripada BN pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Feb manakala hari pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.

MCA gearing up for Merlimau by-election

Posted: 01 Feb 2011 10:19 PM PST

MCA gearing up for Merlimau by-election
Malaysia Sun
Wednesday 2nd February, 2011 
(Source: The Star)

MALACCA: The MCA will set up a special committee to woo Chinese support for the Barisan Nasional at the March 6 Merlimau by-election.

The committee will be headed by Malacca MCA chairman Datuk Gan Tian Loo, who will be assisted by state secretary Datuk Koh Nai Kuang and Jasin division chief Koh Chin Han.

Announcing this, party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said the committee would work hard to get the support of the Chinese voters for the Barisan candidate, who has yet to be named.

After going through six by-elections as MCA president, Dr Chua said he did not want to make any predictions about the upcoming by-election.

';The party will go all out to support the chosen candidate and ensure that the number of Chinese voters remains strong for Barisan,'; he told reporters after chairin... ...

Read the full story at The Star

INFO GORENG PISANG PANAS

Posted: 01 Feb 2011 09:43 PM PST

Wednesday, February 2, 2011

Sekali Lagi Sam Ketot Meminta Pertolongan Anwar Ibrahim Bagi Di Pilih Menjadi Calon



Mengikut sumber dari dalaman PKR mengesahkan yang kerusi di Dun Merlimau akan di berikan laluan kepada PKR bagi meletakkan Ketua Angkatan Muda nya Shamsul Iskandar sebagai wakil Calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya kecil itu.

Pimpinan PAS Pusat di lihat telah bersetuju bagi memberi laluan kepada PKR memandangkan jika PAS bertanding di jangkakan satu lagi pembaziran Wang dari PAS akan berlaku memandangkan sudah 2 kali PAS tewas berturut turut di PRK Galas dan PRK Tenang.

Walaupun demikian pemberian meletakkan calon PKR di Merlimau mendapat tentangan sengit dari pemimpin pemimpin PAS di Melaka yang mana mereka pemimpin PAS di Melaka merasakan apa sahaja perjanjian di antara Pemimpin PAS Pusat tidak boleh menidakkan kerusi Dun Merlimau bagi meletakkan PAS sebagai Calon utama mewakili PR.

Kemelut dalaman Pakatan Rakyat sebenarnya semakin Parah dalam perebutan PRK Merlimau ini dan memang akan di jangka bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan masuk campur dalam penentuan calon yang akan bertanding bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Shamsul Iskandar di lihat telah melobi dalam hal ini memandangkan Janji Dato Seri Anwar Ibrahim yang pada mulanya ingin meletakkan Shamsul iskandar di PRK Hulu Selangor telah ingkar janji dan meletakkan calon Dato Seri Zaid Ibrahim sebagai calon PKR.

Faktor ini di lihat memberikan laluan kepada Shamsul Iskandar mendapat peluang nya yang ke dua dalam Bertanding bagi mewakili PKR dalam siri pilihanraya Kecil ini.

Sekali lagi Campurtangan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam memenangkan Shamsul iskandar. Pemilihan AMK yang lalu juga sebegini nasib yang menimpa Chegubard bila campurtangan Anwar Ibrahim menyebabkan beliau tewas kepada Shamsul Iskandar.

Ikuti Siri PRK Merlimau di Blogg N-27 Merlimau

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011

Posted: 01 Feb 2011 09:38 PM PST

PPUBJ  : SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA PENGUNDI N 27 MERLIMAU DAN WARGA JASIN.

TERKINI:PELAJAR DI MESIR DIBAWA PULANG.

Posted: 01 Feb 2011 09:25 PM PST

TERBAHARU: Tiga pesawat TUDM akan berlepas ke Mesir 12 tengah hari ini

Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

"Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – 2/1/2011

BN PERIHATIN DENGAN MANGSA BANJIR

Posted: 01 Feb 2011 09:07 PM PST

Agihan bantuan selepas MKN nilai kerosakan

LABIS: Kerajaan akan mengagihkan wang ihsan bagi meringankan beban rakyat yang menjadi mangsa banjir di seluruh negara, termasuk kerosakan kawasan pertanian dan harta benda yang akan dibuat selepas banjir pulih, kata Datuk Seri Najib Razak.
Mengikut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdapat 13,826 keluarga atau 60,389 mangsa banjir seluruh negara ditempatkan di 356 pusat pemindahan sementara sehingga semalam.
Perdana Menteri berkata, nilai kerosakan itu akan ditentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengikut kadar dan formula sedia ada termasuk perbincangan dengan kerajaan negeri sebagai usaha Kerajaan Pusat membantu mangsa banjir.

"Kita membantu bukan saja dari segi makanan, tetapi bantuan wang ihsan supaya dapat membantu mereka kembali membersihkan rumah dan sedikit sebanyak membeli peralatan yang mereka perlukan.

"Kita akan bagi bantuan ehsan menggunakan kadar yang ada termasuk kerosakan sektor pertanian dan keadaan rumah bagi kadar seragam untuk mereka semua," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Ayer Panas, dekat sini semalam.

Turut serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Datin Prof Jamilah Ariffin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim.
Najib berkata, setakat ini kerajaan belum dapat membuat anggaran mengenai nilai kerosakan termasuk harta benda yang disebabkan banjir itu kerana yang penting ketika semua mangsa banjir dipindahkan ke tempat selamat dan diberi bantuan.

Katanya, banjir yang berlaku tahun ini adalah fenomena luar biasa susulan jumlah hujan dalam tempoh 24 jam menyamai kadar selama dua bulan dan ia adalah kesan pemanasan global serta perubahan iklim yang melanda hampir semua negara seluruh dunia sehingga menyebabkan berlakunya perubahan cuaca luar biasa berbanding masa lalu.

Beliau berkata, 20 platun anggota tentera dikerah membantu mengeluarkan mangsa banjir termasuk penggunaan trak 10 tan ke kawasan yang ditenggelami banjir dan tidak boleh dilalui kenderaan lain.

Najib berkata, beliau berpuas hati dengan tindakan pantas diambil semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, negeri dan semua agensi berkaitan termasuk polis dan tentera yang membantu menyelamatkan mangsa banjir.

Katanya, apa yang menarik perhatiannya ketika membuat tinjauan di pusat pemindahan sementara itu apabila mangsa banjir memaklumkan mereka mendapat makanan segar seperti ayam, daging dan kambing.

"Mereka memberitahu hanya makan sardin pada hari pertama banjir saja, selepas itu mereka mendapat makanan segar termasuk kari dan keadaan itu adalah lebih baik daripada menu sardin dan biskut kering, " katanya.

Katanya, tinjauan dan peluang bertemu mangsa banjir sekitar Labis memberi kesempatan kepada beliau untuk mengucapkan terima kasih terhadap sokongan penduduk kepada Mohd Azahar selaku calon Barisan Nasional (BN) menerusi kemenangan memberangsangkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Ahad lalu

SEKITAR SEGAMAT YANG DILANDA BANJIR

Posted: 01 Feb 2011 09:03 PM PST
























































BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH.....

Posted: 01 Feb 2011 08:51 PM PST

RM1j musnah
bhnews@bharian.com.my
2011/02/02

LADANG pisang yang diusahakan Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin di Kampung Simpang Kerayong,  ditenggelami banjir.
LADANG pisang yang diusahakan Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin di Kampung Simpang Kerayong, ditenggelami banjir.
Dua projek pertanian 36 hektar di Jasin ditenggelami banjir

JASIN: Dua projek pertanian di tanah seluas 36 hektar di Kampung Simpang Kerayong dan Kampung Chenderah, dekat sini, yang dianggarkan mampu menjana hasil pengeluaran bernilai lebih RM1 juta musnah ditenggelami banjir kira-kira dua meter selepas hujan lebat sejak empat hari lalu.
Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jasin, Ahmad Pudzi Ismail, berkata projek itu membabitkan tanaman pisang yang meliputi 32,000 pokok dan labu sebanyak 30,000 pokok manakala jagung manis di lokasi berasingan membabitkan 100,000 pokok.
Beliau berkata, pokok pisang yang diusahakan itu mula ditanam sejak tiga bulan lalu dan dijangka hasilnya dapat dinikmati dalam tempoh enam bulan, labu pula mengeluarkan hasil kira-kira sebulan manakala jagung tiga minggu lagi.

"Bagaimanapun, semua tanaman itu musnah berikutan banjir. Ada peladang yang hampir putus asa, namun kami percaya ini adalah ujian dari Allah SWT kerana memang sudah ditakdirkan mungkin bukan rezeki kami," katanya ketika ditemui di pejabat PPK Jasin di sini, kelmarin.

Ahmad Pudzi berkata, selain projek tanaman pertanian berkenaan, sebanyak 400 kambing biak baka jenis Boer yang turut dikendalikan PPK, kini terperangkap di Kampung Kumpai berikutan laluan menuju lokasi ternakan sejauh satu kilometer dari jalan utama itu, dinaiki air sedalam satu meter.

Katanya, buat masa ini, pihaknya masih mencari pengangkutan sesuai seperti sampan untuk sampai ke kandang terbabit kerana haiwan berkenaan perlu diberi makan tiga kali sehari.
"Khuatir juga jika hujan masih tidak berhenti, kambing ini mungkin mati kelaparan," katanya.

Selain itu, Ahmad Pudzi berkata, kilang memproses ayam milik pihaknya di Simpang Bekoh turut mengalami nasib sama apabila kawasan itu ditenggelami air sedalam satu meter menyebabkan hampir semua peralatan dan infrastruktur di situ rosak.

Sambil menyifatkan banjir kali ini adalah paling buruk, beliau berharap jabatan dan agensi berkaitan dapat mengambil tindakan termasuk menyalurkan bantuan segera bagi memulihkan semula tanaman dan infrastruktur yang sudah rosak akibat banjir berkenaan.

"Apa yang diharapkan sekarang ialah sokongan padu pihak berkenaan dari aspek mendapatkan anak pokok baru untuk kami menjalankan penanaman semula selain menampung kos lain yang timbul akibat banjir ini," katanya.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PAS selewengkan pemikiran umat ; haramkan penggunaan istilah ‘Islam’

Posted: 01 Feb 2011 08:34 PM PST

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

PEMIMPIN PAS berkata mereka menerima kekalahan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini dengan 'tenang' dan hati yang terbuka.

Malah calon mereka, Normala Sudirman juga berkata redha dan berlapang dada sambil mengucapkan tahniah kepada Mohd. Azhar Ibrahim, calon BN yang kini sudah bergelar YB.

Itu kata manis pemimpin PAS untuk menunjukkan kepada rakyat betapa ikhlasnya mereka menerima keputusuan tersebut.

Tetapi pada hakikatnya PAS sebenarnya tidak tenang dan tidak ikhlas sepertimana wajah hitam pemimpin mereka.

Oleh sebab itu, beberapa jam selepas diumumkan kalah, para pemimpin PAS secara spontan mendakwa UMNO menang kerana taktik serangan peribadi.

Seperti beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, mereka juga akan kata UMNO dan BN main taktik kotor.

Bagaimanapun jika mereka menang, maka mereka juga akan menyifatkan pilihan raya kecil itu bersih dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telus serta adil.

Inilah perangai talam dua muka pemimpin PAS. Mereka sebenarnya tidak pernah ikhlas dan jujur, cakap lain buat lain.

Di Tenang mereka kata pasrah dan terima keputusan dengan rela tetapi selepas itu lemparkan bermacam-macam fitnah dan tohmohan jahat. Inilah gaya pemimpin yang suka berbohong.

Fitnah dan berdusta adalah perbuatan keji yang dikutuk oleh Allah S.W.T. tetapi para pemimpin PAS yang kononnya 'terlebih Islam' lakukan juga.

Mungkin berdusta, melemparkan fitnah dan berbohong itu fatwanya 'halal' kepada mereka asalkan hanya digunakan untuk menyerang pemimpin UMNO.

Bagaimanapun pada saya, ianya bukan perkara pelik apabila mereka cakap bohong tetapi sedihnya mereka sering memperdagangankan ajaran Islam untuk kepentingan politik.

Atas nama Islam, mereka tuduh UMNO dengan perkara yang bukan-bukan tetapi apa yang PAS buat semuanya baik dan ikut peraturan agama.

Perkara PAS selewengkan agama Islam ini sudah lama saya bangkitkan dan minta kerajaan bertindak supaya Islam tidak selama-lamanya dijaja untuk kepentingan mereka.

Ajaran pelik PAS menyesatkan pemikiran umat

Selama ini PAS telah banyak memesongkan pemikiran umat Islam dengan pelbagai bentuk fatwa karut sehingga ramai yang jadi keliru.

Sebagai contohnya, pemimpin PAS pernah mengkafirkan orang UMNO tetapi dalam masa yang sama mereka seronok bersubahat dengan Cina kafir dari DAP.

Kerana 'ajaran pelik' PAS, wakil rakyat Cina boleh menyampaikan tazkirah di surau dan masjid.

Malah wakil rakyat Cina tidak bertudung dibolehkan memasuki perkarangan masjid untuk bersenamrobik dengan berpakaian yang menjolok mata.

PAS juga redha apabila bukan Islam sewenang-wenangnya membaca ayat-ayat al-quran dan mempersendakan ucapann' salam'.

Terbaru, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong Menteri Mentor Singapura, Cina Lee Kuan Yew yang mahukan umat Islam direpupblik itu supaya tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Nampkanya Nik Aziz seperti berpakat dengan Kuan Yew untuk meruntuhkan akidah dan perjuangan umat Islam di negara berkenaan termasuk di Malaysia.

Jelas bahawa sekarang ini sekalian pemimpin PAS termasuk tok guru Nik Aziz sudah jauh tersasar dan melencongkan ajaran Islam untuk agenda mereka.

Mereka terus berselindung di sebalik bendera bulan dengan pengertian PAS adalah Parti Islam Se-Malaysia tetapi diputarbelitkan secara terancang.

Umat Islam di negara ini terus dirasuk dengan pelbagai helah kononnya mereka lebih Islam daripada UMNO.

Oleh sebab itu, saya bertegas mendesak Pendaftar Pertubuhan supaya mengharamkan perkataan 'Islam' diguna pakai dalam pendaftaran parti tersebut.

Isu mengharamkan penggunaan perkataan 'Islam' pada mana-mana pertubuhan politik dan siasah di negara ini sudah lama dibangkitkan tetapi malangnya tidak ada respon daripada pihak berkuasa.

Secara peribadi saya tegaskan bahawa UMNO tidak pernah takut dan gentar untuk berdepan dengan PAS kerana parti itu tidak memberi ancaman besar kepada kerajaan.

Pengertian Islam ditafsir untuk kepentingan politik PAS

Cuma yang saya khuatir dan bimbang ialah perkataan 'Islam' itu telah disalah tafsir dan dilencongkan pengertiaannya untuk menegakkan mazhab politik berfahaman sempit.

Saya juga harus mengakui bahawa orang Islam memang mudah disentak hati mereka apabila isu agama disensasikan.

Itulah taktik yang digunapakai oleh PAS selama ini kerana mereka sedar bahawa umat Islam amat sensitif terhadap agama mereka.

Oleh sebab itu, para pemimpin dan ulama murahan PAS sentiasa memikirkan bagaimana cara untuk memperdayakan umat Islam supaya menentang UMNO.

Lalu mereka jaja isu agama dan berlapikkan hadis Nabi S.A.W kononnya mereka adalah pejuang tulin Islam, walhal para pemimpin mereka adalah golongan yang memecahbelahkan penyatuan umat Islam.

Bertopengkan Islam untuk tutup kebatilan

Mereka bertopengkan agama untuk menutup wajah hitam mereka yang memperdagangan Islam untuk kuasa politik dengan menyesatkan pemikiran umat.

Golongan inilah sebenarnya yang amat berbahaya kepada perpaduan dan pemikiran umat Islam kerana golongan yang menentang kebenaran sentiasa berlegar sepertimana pernah berlaku di zaman para sahabat.

Secara jujurnya saya tegaskan bahawa PAS bukan parti yang menegakkan kesucian agama Islam yang sebenarnya kerana parti itu ditubuhkan atas dorongan kepentingan politik untuk berkuasa.

Contoh paling mudah mengenai kebatilan dan subahat PAS ialah para pemimpin mereka sehingga ke hari ini tidak berani bersuara mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah al-quran menafikan pembabitannya dalam aktiviti liwat.

Ini bermakna PAS bersetuju tuduhan kononnya Anwar melakukan liwat tetapi takut bersuara kerana menjaga survival politik mereka.

Maka, apakah ini sebenarnya perjuangan PAS untuk menegakkan kesucian Islam atau sekadar untuk kepentingan perut mereka kerana kuasa ?

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


JOM FUTSAL!!!

Posted: 02 Feb 2011 01:44 AM PST


Anda semua adalah dijemput untuk menyertai pertandingan FUTSAL bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011. Pertandingan Futsal ini terbuka kepada berkumpulan lelaki dan wanita.

Keterangan lanjut bagi pertandingan FUTSAL ini adalah seperti dibawah:-

Tarikh : 20 Februari 2011 (Ahad)
Masa : 8.00pg - 7.00ptg
Tempat: (tbc)


Hadiah kepada untuk para pemenang adalah seperti :-
Juara - RM1,000.00 + Medal
Kedua - RM750.00 + Medal
Ketiga - RM 500.00 + Medal
keempat - RM 500.00 + Medal

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan Futsal ini, anda boleh menghubungi pejabat Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras di talian 03-92827923 (waktu bekerja) atau 019-2677923 ( zuraidah).

JANGAN LEPAS PELUANG!!! JOM FUTSAL !!!

Pemuda UMNO Taman Ehsan

Pemuda UMNO Taman Ehsan


LUAHAN HATI DARIPADA SEORANG PENDUDUK LABIS...

Posted: 01 Feb 2011 10:32 AM PST

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


PRK Tenang: Satu Pandangan

Posted: 02 Feb 2011 04:00 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Terkini dari MESIR...

Posted: 01 Feb 2011 07:54 PM PST

Pelajar Malaysia Di Mesir DIBAWA PULANG

02 Februari, 2011 00:15 AM
Kerajaan Usaha Bawa Pulang Pelajar Menggunakan Kapal Atau Pesawat
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur.
"Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
"...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.
Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – Bernama (sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm)

MB baru ke kat Selangor?

Posted: 01 Feb 2011 05:47 PM PST

Biar benar ni..

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/02/hasan-ali-mb-baru-selangor.html
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pengikut