umno bahagian cheras |
PAS selewengkan pemikiran umat ; haramkan penggunaan istilah ‘Islam’ Posted: 01 Feb 2011 08:34 PM PST PEMIMPIN PAS berkata mereka menerima kekalahan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini dengan 'tenang' dan hati yang terbuka. Malah calon mereka, Normala Sudirman juga berkata redha dan berlapang dada sambil mengucapkan tahniah kepada Mohd. Azhar Ibrahim, calon BN yang kini sudah bergelar YB. Itu kata manis pemimpin PAS untuk menunjukkan kepada rakyat betapa ikhlasnya mereka menerima keputusuan tersebut. Tetapi pada hakikatnya PAS sebenarnya tidak tenang dan tidak ikhlas sepertimana wajah hitam pemimpin mereka. Oleh sebab itu, beberapa jam selepas diumumkan kalah, para pemimpin PAS secara spontan mendakwa UMNO menang kerana taktik serangan peribadi. Seperti beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, mereka juga akan kata UMNO dan BN main taktik kotor. Bagaimanapun jika mereka menang, maka mereka juga akan menyifatkan pilihan raya kecil itu bersih dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telus serta adil. Inilah perangai talam dua muka pemimpin PAS. Mereka sebenarnya tidak pernah ikhlas dan jujur, cakap lain buat lain. Di Tenang mereka kata pasrah dan terima keputusan dengan rela tetapi selepas itu lemparkan bermacam-macam fitnah dan tohmohan jahat. Inilah gaya pemimpin yang suka berbohong. Fitnah dan berdusta adalah perbuatan keji yang dikutuk oleh Allah S.W.T. tetapi para pemimpin PAS yang kononnya 'terlebih Islam' lakukan juga. Mungkin berdusta, melemparkan fitnah dan berbohong itu fatwanya 'halal' kepada mereka asalkan hanya digunakan untuk menyerang pemimpin UMNO. Bagaimanapun pada saya, ianya bukan perkara pelik apabila mereka cakap bohong tetapi sedihnya mereka sering memperdagangankan ajaran Islam untuk kepentingan politik. Atas nama Islam, mereka tuduh UMNO dengan perkara yang bukan-bukan tetapi apa yang PAS buat semuanya baik dan ikut peraturan agama. Perkara PAS selewengkan agama Islam ini sudah lama saya bangkitkan dan minta kerajaan bertindak supaya Islam tidak selama-lamanya dijaja untuk kepentingan mereka. Ajaran pelik PAS menyesatkan pemikiran umat Selama ini PAS telah banyak memesongkan pemikiran umat Islam dengan pelbagai bentuk fatwa karut sehingga ramai yang jadi keliru. Sebagai contohnya, pemimpin PAS pernah mengkafirkan orang UMNO tetapi dalam masa yang sama mereka seronok bersubahat dengan Cina kafir dari DAP. Kerana 'ajaran pelik' PAS, wakil rakyat Cina boleh menyampaikan tazkirah di surau dan masjid. Malah wakil rakyat Cina tidak bertudung dibolehkan memasuki perkarangan masjid untuk bersenamrobik dengan berpakaian yang menjolok mata. PAS juga redha apabila bukan Islam sewenang-wenangnya membaca ayat-ayat al-quran dan mempersendakan ucapann' salam'. Terbaru, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong Menteri Mentor Singapura, Cina Lee Kuan Yew yang mahukan umat Islam direpupblik itu supaya tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam. Nampkanya Nik Aziz seperti berpakat dengan Kuan Yew untuk meruntuhkan akidah dan perjuangan umat Islam di negara berkenaan termasuk di Malaysia. Jelas bahawa sekarang ini sekalian pemimpin PAS termasuk tok guru Nik Aziz sudah jauh tersasar dan melencongkan ajaran Islam untuk agenda mereka. Mereka terus berselindung di sebalik bendera bulan dengan pengertian PAS adalah Parti Islam Se-Malaysia tetapi diputarbelitkan secara terancang. Umat Islam di negara ini terus dirasuk dengan pelbagai helah kononnya mereka lebih Islam daripada UMNO. Oleh sebab itu, saya bertegas mendesak Pendaftar Pertubuhan supaya mengharamkan perkataan 'Islam' diguna pakai dalam pendaftaran parti tersebut. Isu mengharamkan penggunaan perkataan 'Islam' pada mana-mana pertubuhan politik dan siasah di negara ini sudah lama dibangkitkan tetapi malangnya tidak ada respon daripada pihak berkuasa. Secara peribadi saya tegaskan bahawa UMNO tidak pernah takut dan gentar untuk berdepan dengan PAS kerana parti itu tidak memberi ancaman besar kepada kerajaan. Pengertian Islam ditafsir untuk kepentingan politik PAS Cuma yang saya khuatir dan bimbang ialah perkataan 'Islam' itu telah disalah tafsir dan dilencongkan pengertiaannya untuk menegakkan mazhab politik berfahaman sempit. Saya juga harus mengakui bahawa orang Islam memang mudah disentak hati mereka apabila isu agama disensasikan. Itulah taktik yang digunapakai oleh PAS selama ini kerana mereka sedar bahawa umat Islam amat sensitif terhadap agama mereka. Oleh sebab itu, para pemimpin dan ulama murahan PAS sentiasa memikirkan bagaimana cara untuk memperdayakan umat Islam supaya menentang UMNO. Lalu mereka jaja isu agama dan berlapikkan hadis Nabi S.A.W kononnya mereka adalah pejuang tulin Islam, walhal para pemimpin mereka adalah golongan yang memecahbelahkan penyatuan umat Islam. Bertopengkan Islam untuk tutup kebatilan Mereka bertopengkan agama untuk menutup wajah hitam mereka yang memperdagangan Islam untuk kuasa politik dengan menyesatkan pemikiran umat. Golongan inilah sebenarnya yang amat berbahaya kepada perpaduan dan pemikiran umat Islam kerana golongan yang menentang kebenaran sentiasa berlegar sepertimana pernah berlaku di zaman para sahabat. Secara jujurnya saya tegaskan bahawa PAS bukan parti yang menegakkan kesucian agama Islam yang sebenarnya kerana parti itu ditubuhkan atas dorongan kepentingan politik untuk berkuasa. Contoh paling mudah mengenai kebatilan dan subahat PAS ialah para pemimpin mereka sehingga ke hari ini tidak berani bersuara mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah al-quran menafikan pembabitannya dalam aktiviti liwat. Ini bermakna PAS bersetuju tuduhan kononnya Anwar melakukan liwat tetapi takut bersuara kerana menjaga survival politik mereka. Maka, apakah ini sebenarnya perjuangan PAS untuk menegakkan kesucian Islam atau sekadar untuk kepentingan perut mereka kerana kuasa ? |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan