Khamis, 27 Januari 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Pemuda BN Jasin Siap Sedia Pertahan Merlimau

Posted: 27 Jan 2011 02:50 AM PST

Sidang Media dari Ketua Pemuda BN Jasin



Kita sudah bersedia sejak sekian lama, bukan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau tetapi Pemuda BN Jasin sudah lama menjalankan gerakkerja untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke13 tidak lama lagi, ujar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Zaidi Attan.
"Kita dah lama mengerakkan jentera Pemuda, bukan sahaja Pemuda UMNO malah Pemuda parti-parti kompenan juga sudah mengerakkan jentera masing-masing untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 kelak.
Namun, kepulangan ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan ke rahmatullah baru-baru, akan menguji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang bakal dilalui jentera kita bukan sahaj dalam PRK Merlimau nanti, malah menambahbaik kekuatan dan memperbaiki kelemahan menjelang PRU 13 kelak," ujarnya ketika ditemurah mengulas gerakkerja Jentera Pemuda bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau tidak lama lagi.
Dalam masa ini, kekuatan Pemuda BN serta kefahaman dan kerjasama semua sayap-sayap dan parti-parti kompenan BN amat penting, bukan sahaja memastikan kemenangan cemerlang calon BN kelak, malah ia merupakan penanda aras persediaan jentera BN Jasin dalam menuju kepada gerakkerja Pilihanraya Umum kelak.
"Oleh itu, kami Pemuda BN sebulat suara akan menyokong mana-mana calon yang bakal bertanding mewakili BN dalam Pilihanraya Kecil DUN Merlimau kelak.
Yang penting, calon yang akan ditonjolkan BN nanti haruslah calon yang boleh diterima rakyat khususnya di DUN Merlimau. Calon yang berdedikasi dan mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, seterusnya meneruskan kesinambungan kerja-kerja yang yang telah dibuat sebelum ini oleh Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir semasa hayatnya," ujarnya lagi.
DUN merlimau akan menyasikan satu pilihan raya kecil dalam masa yang terdekat berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu Mohamad Hidhir Abu Hassan daripada Barisan Nasional pada 20 Januari lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.
Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Nik Aziz lebih teruk daripada Lee Kuan Yew, mengharu-birukan pemikiran umat Islam di negara ini

Posted: 26 Jan 2011 08:48 PM PST

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SEKALI lagi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan pemikiran umat Islam di negara ini.

Semalam beliau membuat perbandingan bahawa umat Islam di Malaysia lebih teruk daripada menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dengan alasan terlalu kuat berpegang kepada semangat nasionalisma.

Pada hemat saya, yang paling teruk adalah Nik Aziz sendiri kerana kenyataan beliau sejak akhir-akhir ini dilihat mengharu-birukan pemikiran umat Islam di negara ini.

Nik Aziz sepatutnya sedar bahawa inilah perancangan halus mereka di Singapura untuk melenyapkan umat Islam di republik berkenaan sepertimana yang sedang dilakukan DAP di Pulau Pinang.

Saya tidak faham mengapa Nik Aziz yang kononnya digelar sebagai tok guru sejak kebelakangan ini amat membenci sebahagian besar umat Islam di negara ini.

Saya juga amat sedih dan terkilan kerana Nik Aziz mempertahankan pendapat Kuan Yew yang mahukan umat Islam di Republik Singapura tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam.

Kuan Yew sudah menghina Islam secara terang-terangan tetapi Nik Aziz pula yang bersetuju dan menyokong kenyataan gila bekas Perdana Menteri Singapura itu.

Ini menggambarkan seolah-olah Nik Aziz dan Kuan Yew bersetuju supaya umat Islam di kedua negara menjauhi ajaran Islam demi meneruskan kelangsungan perjuangan politik mereka.

Pada hemat saya, kalau tidak berpegang kepada ajaran Islam, bermakna Nik Aziz dan Kuan Yew nampaknya seperti mahu umat Islam di negara ini menolak al-quran dan hadis.

Ini bermakna Nik Aziz yang sering dijadikan pakar rujuk oleh PAS membenarkan umat Islam ini di negara ini supaya jangan terlalu berpegang kepada ajaran Islam.

Mungkin kerana berpendirian sedemikian, maka Nik Aziz tidak ambil kisah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa beliau mengetahui aktiviti liwat Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Nik Aziz suka dengan aktiviti liwat Anwar

Nampkanya 'tok guru' Nik Aziz suka dengan aktiviti liwat Anwar asalkan tidak menggugat kepentingan politik PAS.

Masyaallah, saya amat dukacita dan bersimpati dengan Nik Aziz yang semakin nyanyuk dan hilang pertimbangan kerana dirasuk oleh nafsu politik.

Fatwa sesat ini pada saya hampir menyamai tatacara pemerintahan Kamal Atartuk di Turki sehingga agama Islam lebur di negara yang pernah menjadi kebangaan tamadun Islam.

Malah lebih mendukacitakan lagi ialah bilamana tidak ada seorang pun ulama dan para ustaz dalam PAS yang lazimnya 'berkokok' mengambil sikap membisu dengan pendirian Nik Aziz.

Mereka tidak berani menegur Menteri Besar Kelantan itu apabila seorang tok guru boleh bersetuju dengan satu pihak lagi yang jelas orang kafir yang mahu umat Islam jangan terlalu berpegang kepada ajaran Islam.

Sebaliknya, ulama mereka hanya akan melatah dan berkokok apabila sesuatu isu itu terkena kepada batang tubuh UMNO. Inilah ulama murahan dan tok guru putar alam.

Kalau pemimpin bukan Islam sudah berani membuat tegahan itu dan disokong pula seorang yang kononnya ulama, saya bimbang seluruh umat Islam akan menerima kemurkaan dan hukuman daripada Allah S.W.T.

Saya ingin tahu daripada kitab mana Nik Aziz pakai untuk menghalalkan perbuatan gila Kuan Yew dan menyelar semangat nasionalis di kalangan sebahagian besar umat Islam di negara ini.

Walaupun pengajian agama saya tidak setaraf dengan 'kehebatan' Nik Aziz, tetapi belum pernah lagi saya dengar ada tok guru yang bersetuju supaya umat Islam tidak terlalu berpagang kepada ajaran Islam.

Jika Nik Aziz benar-benar berpegang kepada kebenaran ajaran Islam sepatutnya beliau memberi amaran kepada Kuan Yew supaya jangan mempersenda dan mempermainkan agama Islam tanpa mengira tempat dan latar belakang.
Nik Aziz sebelum ini sering berkata kafir yang tak faham Islam perlu diberikan penerangan secara berhemah, tetapi dalam isu Kuan Yew yang memang kafir ini nampaknya beliau sudah bermain kayu tiga.

Fatwa Nik Aziz untuk menyokong kenyataan gila Kuan Yew itu adalah hanya fatwa sedap kepada mereka walaupun boleh membunuh kesucian agama Islam.

Kerana semangat kebangsaan UMNO berteraskan Islam Malaysia merdeka

Saya ingin memberitahu Nik Aziz, mereka yang mengambil pendekatan kebangsaan atau assabiyah di negara ini tidak pernah sesekali menolak Islam, apatah lagi untuk meminta umat Islam menjauhi ajaran yang maha suci itu.

Begitulah juga perjuangan UMNO, walaupun berteraskan semangat kebangsaan atau nasionalisma, tetapi al-quran dan hadis tetap dijunjung.

Kita perlu menerima hakikat bahawa disebabkan UMNO memperjuangkan semangat nasionalisma yang tinggi dengan berpegang kepada ajaran Islam, maka negara kita akhirnya merdeka.

Seluruh umat Melayu bersatu atas semangat kebangsaan dengan berpaksikan kebenaran Islam juga yang telah menentang gagasan Malayan Union sehingga memaksa British mengaku kalah.
Oleh sebab itu, PAS dan Nik Aziz harus bersetuju bahawa UMNO yang bertanggungjawab meningkatkan syiar Islam di negara ini dan sehingga kini diterapkan di dalam pelbagai aspek pentadbiran dan pengurusan, baik di sektor awam mahupun swasta.

Lagi pun, UMNO tidak pernah sesekali memutarbelitkan kalimah Allah S.W.T. yang terkandung dalam al-quran serta hadis, tetapi sebaliknya PAS pula sanggup berbuat demikian untuk kepentingan politik.
Kerana pakar memutarbelit dan memesongkan ajaran Islam, maka PAS berani mengeluarkan fatwa kafir-mengkafir sesama umat Islam.

Jika NIk Aziz tergamak mengatakan orang UMNO sebagai kafir mengapa beliau tidak menghukum Kuan Yew ?

Dalam isu Kuan Yew ini, saya berpendapat Nik Aziz wajar memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kecuaiannya mengeluakan fatwa sesat disebabkan sikap nyanyuk beliau itu.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Wajah Baru KFC?

Posted: 27 Jan 2011 03:33 AM PST





Makin popularlah KFC lepas ni..gara-gara tak suka KFC..hehehe..kenapa ye?hairan bin ajaib..Pelik sungguh apabila Normala secara tiba2 marah apabila dikaitkan beliau dengan Syarikat tersebut. Menurut beberapa ahli PAS terdekat, Normala mendakwa ayam KFC itu bukan dari sumber yang halal, maka beliau secara peribadi menjatuhkan hukum haram untuk makan produk KFC.eceluparan mulut wanita ini seolah2 tidak menghormati pekerja2 KFC yang rata2 nya beragama Islam. Dikata pula makan KFC hukumnya haram. Maknanya, pekerja2 KFC turut bersubahat menjual makanan haram tersebut?Kesian kat pekerja-pekerja KFC seluruh Malaysia ni..mereka cari rezeki yang HALAL .Rezeki untuk sapa?pastinya untuk menyara keluarga..janganlah sewenang-wenangnya berkata sesedap hati aje..Kepada pengundi DUN TENANG,PUcTD berharap agar Tuan/Puan buatlah pilihan yang bijak,SELAMAT MENGUNDI!

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

Posted: 25 Jan 2011 04:00 PM PST

Sebagai seorang yang sentiasa menggesa Kerajaan agar memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), saya begitu terkejut dan memandang serius kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berhubung kemungkinan perluasan skop dan bidang kawal selia akta berkenaan. Beliau menjelaskan bahawa Kementeriannya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji PPPA bagi melihat samaada definisi penerbitan di dalam akta tersebut boleh juga meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

DunSemarang

DunSemarang


UMNO...bersendirian?....

Posted: 26 Jan 2011 06:48 AM PST


Petikana dari Dunsemarang "Ke Mana undi MEREKA? kalau JUJUR buktikan"....
Kini HARAPAN kami di akar umbi UMNO Ayer Hitam...adakah MCA di bawah Pimpinan Parlimen AYER Hitam...dapat menambah peratus UNDI CINA dalam piliharaya Dun Tenang..berdasarkan rekod di atas..atau sekadar bergantung harap kepada undi Melayu Felda dan Kampong sahaja. Kini kami ingin YB YB Dari MCA dan Parlimen Ayer Hitam sebagai jiran Parlimen Labis, membuktikan kepada kami bahawa peningkatan peratus undi Cina akan bertambah selapas piliharaya kecil Dun Tenang nanti. Bukan setakat manis di bibir sahaja dan memberi ruang dan peluang kepada DAP dan PKR bermaharaja LELA di Dun Tenang.

Wahai AnakBangsaKU..marilah kita ambil iktibar dari Nukilan blog berikut http://theunspinners.blogspot.com/2011/01/tenang-mca-sedang-buat-filem-hotel.html

****Sudah lima malam saya mengunjungi bilik operasi DAP dan sudah tiga minggu saya melintasi hadapan pejabat MCA Labis. Bermula pada 21 haribulan sehingga ke malam tadi, ternyata semakin hari semakin ramai yang datang mendengar ceramah di tepi jalan itu.

Sebaliknya dari hari pertama saya melintasi di hadapan pejabat MCA sehinggalah ke malam tadi, ianya seolah-olah tiada apa-apa aktiviti langsung melainkan pada hari penamaan calon. Itupun kerana penyokong-penyokong Barisan Nasional berkumpul di situ untuk berarak ke pusat penamaan calon.

Mendengar ucapan Mahfuz dan melihat respons masyarakat cina, saya bertanya kepada diri saya, mengapa tidak UMNO tinggalkan sahaja Barisan Nasional dan sertai Pakatan Rakyat? Bukan saya mengharapkan ia berlaku. Tetapi sekadar bertanya kepada diri saya.

Saya merasakan MCA, GERAKAN dan MIC sudah menjadi bebanan yang tidak terpikul oleh UMNO. Pelbagai tuntutan yang dibuat oleh MCA, GERAKAN dan MIC terpaksa UMNO tunaikan tetapi apakah sumbangan mereka semula kepada Barisan Nasional?

Lalu apabila Calon PAS Normala Sudirman mengambil alih pentas DAP daripada Mahfuz, saya merasakan apa yang saya lihat, seolah tidak mungkin dapat saya lihat lagi di dalam Barisan Nasional.

Para hadirin yang hadir begitu menyayangi calon PAS itu dan sebaik selesai memberi pidato ringkas, begitu ramai yang ingin mengambil kesempatan bergambar, berpelukan dan bersalaman dengannya.

Mampukah MCA membuat masyarakat Cina sayangkan calon UMNO sebagaimana DAP membuat penyokongnya menyayangi Cikgu Mala?....

"MCA apa lan c**… dia tahu kasi duit saja… tapi dia curi lagi banyak duit… itu olang kasi jahanam ini negeri" kata-kata yang memeranjatkan itu terhambur daripada mulut seorang lelaki Cina yang berbual dengan saya sebaik sahaja YB Lim Kit Siang selesai ceramahnya di hadapan Bilik Operasi DAP DUN Tenang.

"Kita semua satu hati, Melayu, Cina, India…. tapi itu MCA… mana tahu ini semua…." kata lelaki yang berusia lewat lima puluhan itu.

"Kalau kasi itu MCA… kita jadi lagi miskin… sikalang kita sudah susah, lima puluh lebih tahun, apa dia ada bikin kasi tolong kita?" tambahnya.

Setiap hari juga saya lalu di hadapan Ibu Pejabat MCA Labis dan setiap hari juga saya tertanya-tanya, adakah MCA sedar ada pilihanraya kecil di Labis ini?...

Itu adalah petikan dan pandangan mereka...kita ambilah iktibar WAHAI ANAK Felda Tenang...Dan ANAK ANAK Tenang. Jangan gelorakan TENANG dengan sikap mu..seperti Anak=ANAK..bersatulah kita di bawahb payung UMNO dan Felda. Jasa pejuang Bangsa Melayu tidak terbalas oleh kita...BERSATULAH...ByM69

Pengikut