Khamis, 27 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Nik Aziz lebih teruk daripada Lee Kuan Yew, mengharu-birukan pemikiran umat Islam di negara ini

Posted: 26 Jan 2011 08:48 PM PST

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SEKALI lagi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan pemikiran umat Islam di negara ini.

Semalam beliau membuat perbandingan bahawa umat Islam di Malaysia lebih teruk daripada menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dengan alasan terlalu kuat berpegang kepada semangat nasionalisma.

Pada hemat saya, yang paling teruk adalah Nik Aziz sendiri kerana kenyataan beliau sejak akhir-akhir ini dilihat mengharu-birukan pemikiran umat Islam di negara ini.

Nik Aziz sepatutnya sedar bahawa inilah perancangan halus mereka di Singapura untuk melenyapkan umat Islam di republik berkenaan sepertimana yang sedang dilakukan DAP di Pulau Pinang.

Saya tidak faham mengapa Nik Aziz yang kononnya digelar sebagai tok guru sejak kebelakangan ini amat membenci sebahagian besar umat Islam di negara ini.

Saya juga amat sedih dan terkilan kerana Nik Aziz mempertahankan pendapat Kuan Yew yang mahukan umat Islam di Republik Singapura tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam.

Kuan Yew sudah menghina Islam secara terang-terangan tetapi Nik Aziz pula yang bersetuju dan menyokong kenyataan gila bekas Perdana Menteri Singapura itu.

Ini menggambarkan seolah-olah Nik Aziz dan Kuan Yew bersetuju supaya umat Islam di kedua negara menjauhi ajaran Islam demi meneruskan kelangsungan perjuangan politik mereka.

Pada hemat saya, kalau tidak berpegang kepada ajaran Islam, bermakna Nik Aziz dan Kuan Yew nampaknya seperti mahu umat Islam di negara ini menolak al-quran dan hadis.

Ini bermakna Nik Aziz yang sering dijadikan pakar rujuk oleh PAS membenarkan umat Islam ini di negara ini supaya jangan terlalu berpegang kepada ajaran Islam.

Mungkin kerana berpendirian sedemikian, maka Nik Aziz tidak ambil kisah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa beliau mengetahui aktiviti liwat Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Nik Aziz suka dengan aktiviti liwat Anwar

Nampkanya 'tok guru' Nik Aziz suka dengan aktiviti liwat Anwar asalkan tidak menggugat kepentingan politik PAS.

Masyaallah, saya amat dukacita dan bersimpati dengan Nik Aziz yang semakin nyanyuk dan hilang pertimbangan kerana dirasuk oleh nafsu politik.

Fatwa sesat ini pada saya hampir menyamai tatacara pemerintahan Kamal Atartuk di Turki sehingga agama Islam lebur di negara yang pernah menjadi kebangaan tamadun Islam.

Malah lebih mendukacitakan lagi ialah bilamana tidak ada seorang pun ulama dan para ustaz dalam PAS yang lazimnya 'berkokok' mengambil sikap membisu dengan pendirian Nik Aziz.

Mereka tidak berani menegur Menteri Besar Kelantan itu apabila seorang tok guru boleh bersetuju dengan satu pihak lagi yang jelas orang kafir yang mahu umat Islam jangan terlalu berpegang kepada ajaran Islam.

Sebaliknya, ulama mereka hanya akan melatah dan berkokok apabila sesuatu isu itu terkena kepada batang tubuh UMNO. Inilah ulama murahan dan tok guru putar alam.

Kalau pemimpin bukan Islam sudah berani membuat tegahan itu dan disokong pula seorang yang kononnya ulama, saya bimbang seluruh umat Islam akan menerima kemurkaan dan hukuman daripada Allah S.W.T.

Saya ingin tahu daripada kitab mana Nik Aziz pakai untuk menghalalkan perbuatan gila Kuan Yew dan menyelar semangat nasionalis di kalangan sebahagian besar umat Islam di negara ini.

Walaupun pengajian agama saya tidak setaraf dengan 'kehebatan' Nik Aziz, tetapi belum pernah lagi saya dengar ada tok guru yang bersetuju supaya umat Islam tidak terlalu berpagang kepada ajaran Islam.

Jika Nik Aziz benar-benar berpegang kepada kebenaran ajaran Islam sepatutnya beliau memberi amaran kepada Kuan Yew supaya jangan mempersenda dan mempermainkan agama Islam tanpa mengira tempat dan latar belakang.
Nik Aziz sebelum ini sering berkata kafir yang tak faham Islam perlu diberikan penerangan secara berhemah, tetapi dalam isu Kuan Yew yang memang kafir ini nampaknya beliau sudah bermain kayu tiga.

Fatwa Nik Aziz untuk menyokong kenyataan gila Kuan Yew itu adalah hanya fatwa sedap kepada mereka walaupun boleh membunuh kesucian agama Islam.

Kerana semangat kebangsaan UMNO berteraskan Islam Malaysia merdeka

Saya ingin memberitahu Nik Aziz, mereka yang mengambil pendekatan kebangsaan atau assabiyah di negara ini tidak pernah sesekali menolak Islam, apatah lagi untuk meminta umat Islam menjauhi ajaran yang maha suci itu.

Begitulah juga perjuangan UMNO, walaupun berteraskan semangat kebangsaan atau nasionalisma, tetapi al-quran dan hadis tetap dijunjung.

Kita perlu menerima hakikat bahawa disebabkan UMNO memperjuangkan semangat nasionalisma yang tinggi dengan berpegang kepada ajaran Islam, maka negara kita akhirnya merdeka.

Seluruh umat Melayu bersatu atas semangat kebangsaan dengan berpaksikan kebenaran Islam juga yang telah menentang gagasan Malayan Union sehingga memaksa British mengaku kalah.
Oleh sebab itu, PAS dan Nik Aziz harus bersetuju bahawa UMNO yang bertanggungjawab meningkatkan syiar Islam di negara ini dan sehingga kini diterapkan di dalam pelbagai aspek pentadbiran dan pengurusan, baik di sektor awam mahupun swasta.

Lagi pun, UMNO tidak pernah sesekali memutarbelitkan kalimah Allah S.W.T. yang terkandung dalam al-quran serta hadis, tetapi sebaliknya PAS pula sanggup berbuat demikian untuk kepentingan politik.
Kerana pakar memutarbelit dan memesongkan ajaran Islam, maka PAS berani mengeluarkan fatwa kafir-mengkafir sesama umat Islam.

Jika NIk Aziz tergamak mengatakan orang UMNO sebagai kafir mengapa beliau tidak menghukum Kuan Yew ?

Dalam isu Kuan Yew ini, saya berpendapat Nik Aziz wajar memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kecuaiannya mengeluakan fatwa sesat disebabkan sikap nyanyuk beliau itu.

Tiada ulasan:

Pengikut