Rabu, 26 Januari 2011

PEMUDA UMNO TANJONG

PEMUDA UMNO TANJONG


BANTUAN KEBAKARAN DARI UMNO TANJONG

Posted: 26 Jan 2011 09:21 PM PST

UMNO Tanjong sekali lagi meneruskan misi membantu mangsa kebakaran apabila memberi bantuan sebanyak RM 500 kepada pemilik 5 kedai yg terlibat di dalam kebakaran awal pagi Ahad lalu. Kebakaran yang berlaku lebih kurang jam 1 pagi itu telah menyebabkan pemilik 5 kedai tersebut hilang mata pencarian.

Y.Bhg Dato' Ahmad Ibni Hajar selaku Ketua Umno Bahagian yang menyampaikan bantuan tersebut memberitahu akhbar, ini bukanlah bantuan yang pertama di berikan oleh UMNO dan BN tetapi telah beberapa kali membantu rakyat yang terlibat dalam kejadian sebegini. "kita tidak seperti pihak yang satu lagi itu, bagi RM100 pun nak heboh satu Malaysia" kata beliau secara sinis. "Kita juga membantu tidak kira fahaman politik dan juga kaum kerana kita hidup di dalam komuniti. Turut hadir ialah En. Oh Tong Keong Penyelaras Parlimen Tanjong dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bah. Tanjong Saudara Ahmad Nizam Nazri Hashim yang mewakili Jeffri Salim yang tidak dapat hadir kerana urusan penting.

Menurut salah seorang mangsa Cheah Siew Eng 61, beliau amat terharu dengan bantuan yang di berikan ini. " bantuan yang di berikan ini saya lihat penuh keikhlasan dengan genangan air mata".

DAP SEMAKIN RAKUS

Posted: 26 Jan 2011 09:14 AM PST

Sejak kebelakangan ini Pemuda Tanjong melihat Kerajaan Negeri Di pimpinan DAP semakin rakus bertindak merobohkan gerai peniaga-peniaga yang tidak menyokong mereka. Yang terbaru berlaku di Batu Feringgh. Sebanyak 43 gerai peniaga di robohkan. Tindakan ini telah menyebabkan rakyat di Pulau Pinang semakin jelek dengan pimpinan LGE.

Namun persoalan yang timbul kini adalah mengapakah tindakan hanya di ambil di sesetengah tempat sahaja. Sikap.pilih bulu kerajaan negeri menimbulkan keraguan segelintir peniaga-peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan.

Apakah permainan politik yang cuba di tunjukkan olek kerajaan negeri... Pemuda Tanjong akan mendapatkan pandangan dari peniaga-peniaga yg tidak berpuas hati dengan sifat pilih bulu ini....

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Posted: 26 Jan 2011 08:03 PM PST

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Khalid seperti kain buruk – Syed Ali

Posted: 25 Jan 2011 08:42 PM PST

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee bersetuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar setelah gagal untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, Khalid sudah hilang kredibiliti apabila usul yang dibawa pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Isnin lalu tidak diluluskan.

"Khalid megah dengan jawatan Menteri Bear tetapi beliau sekarang ini seperti kain buruk, tidak boleh dipakai sekadar disimpan di tepi dinding menunggu masa dimakan anai-anai," tegasnya.

Bagaimanapun beliau menyifatkan Khalid masih tidak sedar bahawa dirinya seumpama kain buruk dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, jika Menteri Besar itu seorang yang mempunyai harga diri dan berprinsip sepatutnya beliau sudah meletakkan jawatan secara terhormat.

Selaras itu katanya, saranan Muhyiddin supaya Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sebagai wajar bagi mengembalikan semula kestabilan pentadbiran di negeri teersebut.

Lagipun jelas Syed Ali, hubungan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Shariffudin Idris Shah juga 'tidak jernih' kerana baginda difahamkan masih terluka dengan perlakuan biadap beliau.

" Banyak pihak terutama sebilangan besar rakyat Selangor desak Khalid letak jawatan kerana biadap dan ingkar perkenan Sultan, tetapi dia buat tak kisah dan pekakkan telinga," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri di Bandar Seri Bagawan semalam yang berkata Khalid sewajarnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar kerana usul meminda Undang - Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tidak diluluskan.

Menurut Syed Ali lagi, disebabkan Khalid tidak ada sedikitpun perasaan rasa malu terhadap penolakkan usul tersebut, beliau masih juga bermegah dengan jawatan Menteri Besar.

"Kita tahu, Khalid tidak akan melepaskan jawatan tersebut kerana beliau hanya robot ciptaan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tunjuk ajar DAP," tegasnya.

Mengulas mengenai cabaran terbaru Anwar untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak atas isu peribadi, Syed Ali berkata :

"Orang yang sasau politik dan gilakan kuasa sanggup lakukan apa sahaja untuk popular walaupun terpaksa bercakap bohong,".

Katanya, tidak perlu Anwar berdebat isu peribadi sebaliknya lebih meyakinkan jika beliau berani bersumpah menggunakan al-quran bahawa dirinya tidak terbabit dalam aktiviti liwat.

"Di mana-mana orang bercakap pasal dia liwat, tetapi masih juga tak mahu bersumpah untuk membersihkan diri, tetapi megah menabur fitnah terhadap pemimpin UMNO," tegasnya.

Labis: Konfrontasi Ganyang Malaysia, Ubah Malaysia

Posted: 25 Jan 2011 08:00 PM PST

KETENANGAN di pekan Labis sedikit terganggu seminggu dua ini. Ini adalah kerana satu proses demokrasi sedang berlangsung di situ.

Hujung minggu ini akan menentukan siapa yang bakal dinobatkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru bagi DUN Tenang dalam kawasan itu.

Kelmarin saya berkesempatan mengunjungi pekan itu, pertama kali dalam hidup saya. Namun sebelum ke pekan itu, saya telahpun mengetahui banyak mengenai Tenang dan Labis. Tidak banyak orang yang sedar bahawa Labis mempunyai banyak sejarah yang tersendiri.
Pada 2 September 1964 - kira-kira 47 tahun lalu, segerombolan gerila payung terjun Indonesia dari batalion para dan kor komando KKO (disebut: ka-ka-o) diterjunkan di sekitar kawasan Kampung Tenang dalam kawasan Labis.

Ia adalah sebahagian daripada misi untuk mengGanyang Malaysia. Peristiwa Konfrontasi Malaysia-Indonesia (1962-1966) tercetus kerana keengganan Presiden Sukarno mengakui kewujudan negara berdaulat Malaysia.
Di hadapan tentera-tenteranya, Sukarno telah mengisytiharkan gerakan Ganyang Malaysia melalui pidato beliau yang amat bersejarah:
"Kalau kita lapar itu biasa
Kalau kita malu itu juga biasa
Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!
Kerahkan pasukan ke Kalimantan hajar cecunguk Malayan itu!
Pukul dan sikat jangan sampai tanah dan udara kita diinjak-injak oleh Malaysia keparat itu.
Doakan aku, aku kan berangkat ke medan juang sebagai patriot Bangsa, sebagai martir Bangsa dan sebagai peluru Bangsa yang tak mau diinjak-injak harga dirinya.
Serukan-serukan ke seluruh pelosok negeri bahwa kita akan bersatu untuk melawan kehinaan ini kita akan membalas perlakuan ini dan kita tunjukkan bahwa kita masih memiliki Gigi yang kuat dan kita juga masih memiliki martabat.
Yoo...ayoo... kita... Ganjang...
Ganjang... Malaysia
Ganjang... Malaysia
Bulatkan tekad
Semangat kita badja
Peluru kita banjak
Njawa kita banjak
Bila perlu satoe-satoe!
Soekarno.
Namun di sebalik itu, tentera kita, Rejimen Askar Melayu Diraja telahpun bersiap sedia. Ramai gerila Indonesia yang ditangkap, menyerah diri. Ada yang kebuluran.

Satu kisah benar menyebut, ada antara tentera Indonesia yang menyerah diri kepada orang kampung akhirnya ditemukan dalam satu peristiwa yang menyayat hati.

Tentera Indonesia itu dan orang kampung itu mempunyai pertalian darah dan hubungan persaudaraan dari tanah Jawa. Ia berakhir dengan insiden berpeluk-pelukan dan tangisan.
Seorang penulis skrip berbangsa Indonesia bernama Alfian Sikumbang, yang kini menetap di Malaysia sedang menyiapkan skrip berhubung kisah benar ini untuk dijadikan dokumentari.

Beliau mahu menggambarkan itulah ciri-ciri serumpun yang tidak boleh dipisahkan antara kedua-dua negara. Kedua-dua negara yang mempunyai hubungan darah yang tidak putus walaupun dicincang dan dipisahkan.
Alfian dan jutaan rakyat Indonesia kini amat bangga berada di tanah Malaysia ini. Ia adalah tanah bertuah yang memberikan segala macam rezeki untuk anak cucu dan saudara mara mereka di seberang sana, serta seantero negara lain sekali pun. Malaysia, yang dulu dibenci oleh Sukarno, kini ialah tanah yang amat aman, makmur dan bertuah.
Namun, dalam realiti di Labis dan Tenang pada Isnin lalu. Konfrontasi antara dua parti yang berlainan haluan sedang berlangsung. Calon Pas, Normala Sudirman (Cikgu Mala) di atas pentas DAP dengan bangga dan bersemangatnya berucap dan menjerit slogan Jom Ubah, Selamatkan Malaysia!!!
Saya yang menyaksikan ceramah itu terkejut. Selamatkan Malaysia? Mengapa Malaysia yang aman, damai, makmur ini mahu diselamatkan? Apakah itu datangnya suara Pas atau daripada suara nurani DAP? DAP tentunya mahu Malaysia diserahkan kepadanya, bukan?
Pas yang kini dikuasai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjaja slogan itu ke pelosok cerok Tenang. Kereta-kereta yang membawa corong pembesar suara turut melaungkan slogan itu Jom Ubah, Selamatkan Malaysia!
''Labis masih ketinggalan, mari kita tingkatkan ekonomi kawasan ini dan negara ini. Kita ubah kerajaan yang ada, undilah saya dan sokonglah kami...," katanya yang mendapat tepukan daripada masyarakat Cina di pekan itu ketika menyebut beberapa patah perkataan Mandarin.

Cikgu Mala yang saya kira tidak tahu apa yang disebutnya itu terus melaungkan Selamatkan Malaysia beberapa kali.
Sementara itu di satu penjuru lain bandar itu, calon Barisan Nasional (BN) - bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd. Azahar Ibrahim atau dikenali sebagai Tok Ai di kalangan penduduk dan rakan-rakannya di bandar itu turut meraih undi di kawasan Cina.

Sambil menyanyikan lagu Tahun Baru Cina - Gong Xi Gong Xi, beliau mendapat tepukan ramai.
''Saya mempunyai ramai kawan-kawan Cina yang bersekolah dengan saya... saya mengenali mereka secara peribadi," katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak bersebelahan dengan pekan Cina Labis.
Slogan BN ialah mengenai kebajikan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Konfrontasi antara kedua-dua calon itu akan terus memuncak sehingga beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad, 30 Januari ini. Jika dilihat atas kertas BN akan terus mempertahankan kerusi DUN itu.
Namun, yang menjadi persoalan sekarang ialah berapa banyak majoriti yang akan diperoleh? Ada yang mahu BN mencatatkan majoriti cemerlang melebihi 5,000 undi dan ada yang sekadar mahu berpuas hati di angka 3,000 sahaja.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, BN memperoleh majoriti 5,517 undi, namun ia jatuh kepada 2,492 undi pada 2008.
Sebaliknya, kempen pakatan pembangkang dilihat turut dilakukan secara strategik. Di satu kawasan, markas Pas diletakkan di atas sebuah kedai hiburan karaoke dalam pekan Cina.

Bendera-bendera hijau Pas dikibarkan di celah-celah kedai Cina. Anak-anak muda DAP yang bersemangat turut digunakan untuk memeriahkan rapat-rapat umum mereka.
Pendek kata, konfrontasi antara kedua-dua pihak kini ialah untuk mendapatkan seberapa banyak pengaruh orang Cina yang boleh. Perlu disebut pengundi Cina ialah besar iaitu 39.08 peratus, manakala India 12.07 peratus dan Melayu ialah 47.7 peratus.
Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini tentunya mempunyai signifikannya dalam petunjuk politik semasa negara. Ia berlaku di Johor, sebuah negeri yang menjadi kubu kuat UMNO dan BN.
Ayuh, kita tunggu dan lihat sama ada slogan Selamatkan Malaysia itu berjaya disekat oleh orang Labis, sebagaimana gagalnya Ganyang Malaysia, 47 tahun lalu.
(Utusan Malaysia : 26 Januari 2011)

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PILIHANRAYA KECIL DUN MERLIMAU

Posted: 26 Jan 2011 06:38 AM PST



Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 28Januari 2011, hari jumaat ini untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka. Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria hari ini berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Jan lepas berhubung kekosongan kerusi itu.

Ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lepas.

Pemergian Mohamad Hidhir, 54, yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka dan Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin itu, kini membuka laluan bagi satu lagi pilihan raya kecil di negara ini.

Allahyarham Mohamad Hidhir, yang juga Exco kerajaan negeri bagi portfolio Pembangunan Desa dan Pertanian, mewakili kerusi DUN Merlimau sejak 2004. Pada pilihan raya umum ke-11 itu, beliau menumbangkan calon Keadilan, S Jayathas dengan majoriti 5,087 undi selepas memperoleh 6,332 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau berjaya mempertahankan semula kerusi itu dengan majoriti 2,154 undi, selepas mendapat 4,981, mengetepikan cabaran calon PAS, Jasme Tompang.

Kerusi DUN Merlimau diwujudkan pada 1994, menerusi persempadanan semula sebelum dipertandingkan buat pertama kalinya setahun kemudian pada pilihan raya umum kelapan. Sebelum itu ia adalah sebahagian daripada kerusi DUN Sungai Rambai.


"Satu kenyataan media oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang (akan) memaklumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian akan diedarkan kepada pihak media," kata Kamaruddin dalam satu kenyataan.

Sumber Berita — Bernama

Pengikut