Rabu, 26 Januari 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PILIHANRAYA KECIL DUN MERLIMAU

Posted: 26 Jan 2011 06:38 AM PST



Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 28Januari 2011, hari jumaat ini untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka. Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria hari ini berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Jan lepas berhubung kekosongan kerusi itu.

Ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lepas.

Pemergian Mohamad Hidhir, 54, yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka dan Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin itu, kini membuka laluan bagi satu lagi pilihan raya kecil di negara ini.

Allahyarham Mohamad Hidhir, yang juga Exco kerajaan negeri bagi portfolio Pembangunan Desa dan Pertanian, mewakili kerusi DUN Merlimau sejak 2004. Pada pilihan raya umum ke-11 itu, beliau menumbangkan calon Keadilan, S Jayathas dengan majoriti 5,087 undi selepas memperoleh 6,332 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau berjaya mempertahankan semula kerusi itu dengan majoriti 2,154 undi, selepas mendapat 4,981, mengetepikan cabaran calon PAS, Jasme Tompang.

Kerusi DUN Merlimau diwujudkan pada 1994, menerusi persempadanan semula sebelum dipertandingkan buat pertama kalinya setahun kemudian pada pilihan raya umum kelapan. Sebelum itu ia adalah sebahagian daripada kerusi DUN Sungai Rambai.


"Satu kenyataan media oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang (akan) memaklumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian akan diedarkan kepada pihak media," kata Kamaruddin dalam satu kenyataan.

Sumber Berita — Bernama

Tiada ulasan:

Pengikut