Ahad, 23 Januari 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


UNDILAH BARISAN NASIONAL

Posted: 23 Jan 2011 10:24 AM PST

Put your stuff here

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Jenazah Terbiar: PAS sanggup buat Fitnah lagi...

Posted: 22 Jan 2011 03:46 PM PST


Suruh Cikgu Mala minta maaf bagi pihak PAS

"Takkanlah penduduk di sini begitu jahil dan begitu zalim sekali membiarkan jenazah Allahyarham sedemikian rupa. Janganlah buat dakwaan karut-marut semata-mata musim pilihan raya kecil ini," katanya

LABIS 22 JAN – Imam Masjid An-Nur, Felda Tenang, Hj Mohd Shariff Hj Hasan kesal dan kecewa dengan tindakan penyokong Pas yang mempolitikkan Fardhu Kifayah semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Menurut beliau dakwaan bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, terbiar dan tidak diuruskan oleh kariah Felda Tenang adalah satu penipuan dan pembohongan melampau.

"Beliau sebenarnya Setiausaha UMNO cawangan Kolam Air…..Saya sendiri yang baca Talqin manakala proses menggali kubur dan sebagainya diuruskan oleh jawatankuasa khairat kematian yang diketuai oleh Hj Hamzah Abd Manaf. Jika mereka mengatakan jenazah terbiar, itu adalah satu kenyataan yang tidak benar

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pas bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61,terbiar dan tidak diuruskan. Mereka seterusnya mendakwa ianya diuruskan oleh petugas Pas daripada Pahang.

Menceritakan lebih lanjut, beliau seterusnya berkata Allahyarham yang menetap di Segamat telah meninggal dunia secara mengejut pada awal pagi 18 Januari di Hospital Segamat.

"Dan setelah selesai segalanya, jenazah Kemudiannya dimandi dan dikafankan di Hospital terbabit. Pada waktu itu, kita difahamkan jenazah hendak disemadikan selepas solat asar.

"Memandangkan bapanya adalah seorang peneroka di sini, dan atas permintaan keluarga agar jenazah di semadikan di Felda Tenang, kita telah menghantar van jenazah daripada Masjid Felda Tenang untuk di bawa ke masjid ini kerana rumahnya tidak lagi didiami. Jenazah kemudiannya sampai lebih kurang pada pukul 11.30 pagi.

"Dan secara kebetulan, pada tarikh berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan ke Felda Tenang. Dan saya akui saya turut pergi ke majlis berkenaan yang berdekatan dengan rumah saya.

"Semasa ketibaan jenazah, Bilal, Mohd Yusof Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid serta Pengerusi Jawatankuasa Khairat Kematian, Hj Md Salleh Md Ali turut menyambut ketibaan jenazah terbabit. Apakah ini mengatakan kita membiarkan jenazah berkenaan," katanya.

Sambung cerita berkenaan, beliau seterusnya memberitahu setelah jenazah sampai, mereka mengambil keputusan untuk mengkebumikan selepas solat Zohor.

"Saya yang ketika itu berada di majlis bersama PM kemudiannya bergegas pulang setelah dimaklumkan oleh Hj Hamzah. Dan ketika pulang kerumah, rumah pula berkunci kerana ianya dipegang oleh isteri saya yang kebetulan turut pergi ke majlis bersama Datuk Seri Najib.

"Oleh kerana saya mahu menyegerakan urusan jenazah terbabit, saya memecahkan tombol pintu rumah saya untuk mempersiapkan diri bagi mengimamkan solat jenazah. Namun setelah sampai di masjid yang berhampiran dengan rumah saya, jenazah telah disembahyangkan.

"Saya kemudiannya bertanya kepada Hj Hamzah perkara berkenaan dan dijawab oleh beliau bahawa perkara itu berlaku terlalu pantas. Saya kemudiannya mahu menunaikan solat jenazah bersama beberapa penduduk yang lain, namun jenazah terbabit telah diangkat secara tergesa-gesa oleh sekumpulan yang memakai baju tertera lambang Pas," katanya.

Katanya lagi, beliau berperasangka baik dan tidak mengesyaki apa-apa niat yang buruk serta menganggapnya satu kebaikan.

"Saya berpendapat jika mereka ikhlas Alhamdulillah…Namun jika ada niat tersembunyi mereka adalah golongan yang tidak beriman kerana sanggup memperalatkan fardhu kifayah untuk memburukkan pihak tertentu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hj Md Salleh Md Ali menyifatkan budaya sedemikian adalah budaya orang luar yang cuba memporak-porandakan perpaduan penduduk setempat.

"Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seumpama ini kerana masyarakat Felda Tenang menghormati antara satu sama lain. Malah tidak timbul langsung soal sama ada BN atau Pas.

"Ini kerana masing-masing tahu itu hanyalah politik dan soal pergaulan tidak terbatas oleh parti. Malah kenduri kendara sekali pun kita tidak tidak ambil kisah sama ada mereka itu Pas atau UMNO," katanya.

Dalam pada itu, Bilal Masjid Masjid An-Nur Mohd Yusof Hashim berkata isu berkenaan tidak sepatutnya diperbesarkan dan dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

"Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Saya secara peribadi tidak terlibat dalam mana-mana parti politik dan kejadian yang berlaku Selasa lalu menunjukkan perangai Pas begitu "hodoh" kerana sangggup memburukkan pihak tertentu demi politik.

"Malah terlintas di hati saya pada ketika ini, mungkin masa mereka angkat takbir ketika solat jenazah, mereka mungkin terfikir dah ada satu isu untuk dipolitikkan…Itu adalah hati kecil saya. Saya cukup marah dan amat sedih sekali," katanya.

Beliau seterusnya bekata pihaknya tidak pernah menyangka perkara itu terjadi sedemikian rupa.

"Saya tidak sangka Pas sanggup mempolitikkan perkara ini. Sungguh saya tidak sangka sama sekali…," katanya. -MediaUMNO



Bookmark and Share

UMNO CAWANGAN KAMPUNG BARU SG LUI HULU LANGAT SELANGOR DARUL EHSAN

UMNO CAWANGAN KAMPUNG BARU SG LUI HULU LANGAT SELANGOR DARUL EHSAN


SELAMAT BERJUANG DI TENANG

Posted: 23 Jan 2011 12:53 AM PST

Selamat berjuang kepada petugas2 BN di Tenang..harap menang dengan majoriti besar kali ini

DunSemarang

DunSemarang


Ke Mana undi MEREKA? kalau JUJUR buktikan..

Posted: 22 Jan 2011 10:08 PM PST



3 Peti Undi Majoriti Cina Dun Tenang Tolak BN Pada Pru-12
Peti2 undi penduduk majoriti Cina di Dun Tenang pernah menolak BN pada PRU12 yang lalu, di peti undi Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis, BN dacing umno apco KO di ketiga-tiga peti undi ini, hanya melayu2 yang makan rumput jah pangkah BN umno apco, melayu ada hati perut ka ?.(http://guanomanikurai.blogspot.com)
(Petikan ini di rujuk berdasarkan kenyataan blogger di atas).

Sekian lama UMNO Bahagian Ayer Hitam, AJK dan para SukrelawanNYA bersama YB DSBJ.. telah bertapak dan bertungkus dan lumus ber DESA di Felda Tenang, demi menyokong, membantu dan menyumbang semangat kental agar kemenangan di Pihak BN dan memastikan PENINGKATAN jumlah undi bertambah kepada UMNO dan BN.

Kini HARAPAN kami di akar umbi UMNO Ayer Hitam...adakah MCA di bawah Pimpinan Parlimen AYER Hitam...dapat menambah peratus UNDI CINA dalam piliharaya Dun Tenang..berdasarkan rekod di atas..atau sekadar bergantung harap kepada undi Melayu Felda dan Kampong sahaja. Kini kami ingin YB YB Dari MCA dan Parlimen Ayer Hitam sebagai jiran Parlimen Labis, membuktikan kepada kami bahawa peningkatan peratus undi Cina akan bertambah selapas piliharaya kecil Dun Tenang nanti. Bukan setakat manis di bibir sahaja dan memberi ruang dan peluang kepada DAP dan PKR bermaharaja LELA di Dun Tenang.

Penulis blogger di atas sering menghina dan memperlekeh UMNO....bukalah mata dan minda TUAN...rujuk jugalah yang lain lain dalam komponen BN..adakah WAJIB.. segala kesalahan dan kelemahan di pikulkan segalanya di PUNDAK kami MELAYU UMNO.
Jangan jadi murid Samy Vellu..kalau minang...kerana dia berwibawa..bila kalah...salah UMNO.

Kepada pengundi di Felda Tenang...dimana bertapaknya kem UMNO DUN Semarang dan UMNO bhg Ayer Hitam...Kami mengerti dan sedia maklum Tuan semua adalah bijak, mewah, senang, Tenang dan waras..walaupun ada segelintir yang jadi ANAK, membawa pembesar suara ke hulu ke hilir...namun itu semua sebagai rencah kehidupan insan yang belum mendapat hidayah.
Jangan fikirkan apa yang diperkatakan oleh pembangkang, fikirkan apa kerajaan Barisan Nasional telah memberi sumbangan kepada penduduk DUN Tenang.

Penjelasan Isu kematian Setiausaha UMNO Tenang oleh DSBJ

Posted: 22 Jan 2011 09:05 PM PST

YB Datuk Haji Samsulbari Bin Jamaali, menerangkan berlkaitan isu kematian S/U Umno Tenang, yang dewasa ini telah menjadi isu kononnya oleh pihak PAS dan bahan kempenya. Wahai saudara seIslamKu..ingatlah, jangan mencerca kaum seAgamamu..nanti yang lain akan menghina Mu. (Terima kasih Sumber berita dari Unit Media U dun Semarang)By M69.

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


To debate or not to debate?

Posted: 21 Jan 2011 04:00 PM PST

That seems to be the question these days. First, Datuk Seri Anwar Ibrahim invited Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for a debate, which he rightly turned down. Then I came into the picture offering myself to go up against the opposition leader, and then came the avalanche of challenges and counter-challenges from everyone. I would be surprised if at the end of it all there will be any debate on anything. But back to why there was talk of a debate in the first place. In an attempt to reverse their flagging political fortunes, the federal opposition have collectively agreed on some policies which they have presented to Malaysians as an Orange Book, or to give it its Malay name "Buku Jingga" (BJ).

Pengikut