Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 7 Januari 2011

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

0 ulasan
sumber :-

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


ISU SUK SELANGOR,PERSATUAN BEKAS PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK TELAH BERSUARA !!!

Posted: 07 Jan 2011 05:05 PM PST


Tindak tanduk kerajaan negeri Selangor mempertikaikan lantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru boleh memberi impak negetif keatas integriti dan moral Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) khasnya dan perkhidmatan awam amnya.Itu pandangan Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD Alumni) yang mengikuti dengan teliti perkembangan pelantikan Khusrin.

Laporan dari Agenda News Menyebut Presidennya Tan Sri Salehuddin Mohamed meminta pentadbiran negeri Selangor menghormati keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam membuat lantikan itu.Beliau yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara berkata kerajaan Selangor perlu memberi peluang kepada Khusrin berkhidmat dengan jujur dan cemerlang sebagai SUK menggantikan Datuk Ramli Mahmud.

"Kami yakin beliau akan berbuat demikian kerana adalah menjadi tradisi dan budaya yang diamalkan dan dimegahkan di kalangan pegawai PTD untuk berkhidmat dengan setia di bawah kerajaan yang memerintah," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Beliau berkata PTD Alumni,yang mengikuti dengan teliti perkembangan pelantikan Mohd Khusrin yang dipertikaikan dan ditolak kerajaan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berasa dukacita dan berasa bimbang terhadap impak negatif yang akan berbangkit.Salehuddin berkata impak berkenaan membabitkan integriti dan moral Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik khasnya dan perkhidmatan awam amnya.Beliau berkata kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tersiar di akhbar Khamis juga tidak seharusnya dipertikaikan kerana ia menjadi amalan biasa perkhidmatan awam mematuhi peraturan mengikut ketetapan yang dibuat dalam undang-undang.Katanya, proses kenaikan pangkat adalah satu perkara yang sensitif kerana ia membabitkan pelantikan untuk memegang jawatan tertinggi dan berprestij seperti SUK.

"Segala keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam dibuat secara profesional dengan berasaskan penilaian yang amat teliti dan menggunakan laporan sulit tahunan pegawai berkenaan," katanya.

Beliau berkata lembaga berkenaan juga tidak akan membuat apa-apa keputusan kenaikan pangkat yang akan dipersoalkan di kalangan anggota perkhidmatan awam dan boleh membawa kesan yang tidak diingini serta menjejaskan keyakinan dan kehormatan badan itu.

POST BY DR.ME...

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


APABILA TUN MAHATHIR BERSUARA...

Posted: 06 Jan 2011 04:38 PM PST

PRU-13 awal: Adakah BN sudah bersedia, soal Dr Mahathir
 
January 06, 2011
SHAH ALAM, 6 Jan — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya umum ke-13 tidak perlu diadakan dalam masa terdekat, meskipun wujud pelbagai isu politik yang hangat pada tahun lepas.
"Sama ada pilihan raya umum perlu diadakan dalam masa terdekat, ataupun tidak, masalah seperti ini (isu politik panas) akan tetap timbul juga.
"Adakah kerajaan bersedia mengadakan pilihan raya umum lebih awal (dalam senario politik sekarang)," katanya ketika ditanya sama ada pelbagai isu hangat yang melanda negara tahun lepas dan awal tahun ini menjadi petunjuk bagi pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Terdahulu, ketika menyampaikan ucaptama, Dr Mahathir (gambar) berkata semangat perpaduan Melayu menentang Malayan Union pada 1940-an perlu dibangkitkan semula dalam senario politik semasa.
Beliau berkata pada ketika itu, semua orang Melayu, tanpa mengira kedudukan dan ideologi politik, telah bersatu menentang gagasan tersebut yang akhirnya menjadi perintis kepada kemerdekaan Tanah Melayu.
"Orang Melayu tanpa mengira fahaman politik, perlu kembali berpegang kepada semangat perpaduan tulen seperti mana berlaku sewaktu menentang gagasan Malayan Union tajaan British pada tahun 1940-an," katanya.
Mengulas cadangan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, Dr Mahathir berkata walaupun ia membenarkan orang Melayu menjadi Perdana Menteri dan kaum lain dilantik sebagai timbalannya, namun orang Melayu akan tetap terpinggir.
Beliau berkata ini kerana mereka akan memberi keutamaan kepada merit dan sudah pasti kaum lain akan muncul sebagai yang terbaik, dan akhirnya orang Melayu akan menjadi seperti di Singapura iaitu terpinggir serta ditindas.
"Bukan mahu mengatakan orang Melayu ini tidak berkeupayaan, tetapi kalau nak lihat orang Melayu kita jadi macam di Singapura, undilah parti lawan," katanya sinis. — Bernama

1.9 Juta Melayu Layak Mengundi Belum Daftar – SPR

Posted: 06 Jan 2011 04:12 PM PST



KUALA LUMPUR 2 Julai – Seramai 1.9 juta atau 43 peratus daripada 4.3 juta pengundi yang layak mengundi, tetapi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga Mac lalu adalah orang Melayu.

Mengikut statistik SPR, bukan Melayu yang belum mendaftar adalah 1.7 juta dengan pecahan 1.3 juta atau 30.6 peratus daripada kaum Cina, diikuti India seramai 400,997 orang atau 9.3 peratus.

Baki yang belum mendaftar adalah Bumiputera Sabah (249,891 atau 5.79 peratus), Bumiputera Sarawak (283,380 atau 6.1 peratus), Orang Asli (31,848 atau 0.74 peratus) dan lain-lain kaum (152,030 atau 3.53 peratus).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf yang mendedahkan statistik itu berkata, antara punca orang Melayu masih menjadi kumpulan terbesar belum mendaftar ialah kerana kurang rasa tanggungjawab menunaikan hak sebagai warga negara, tidak peka situasi politik tanah air dan gemar mendaftar pada saat akhir.

"Itu trend yang dikesan oleh SPR. Kebanyakan rakyat kita, terutama belia Melayu kurang kesedaran mendaftar sebagai pengundi walaupun sudah berusia lebih 21 tahun. Biasanya, apabila menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, barulah mereka sibuk mendaftar. Kalau daftar lambat dan kemudian berlaku pilihan raya, SPR tidak dapat mengesah dan mewartakan nama mereka dalam Daftar Pemilih terkini, menyebabkan mereka tidak dapat mengundi," katanya.

Abdul Aziz juga berkata, sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga suku pertama tahun ini, jumlah pengundi yang berdaftar adalah 11.2 juta dengan 569,137 daripadanya pengundi baru.

Daripada jumlah pengundi baru itu, 131,047 atau 23.03 peratus adalah kaum Cina, manakala kaum India 27,823 orang atau 4.89 peratus. Jumlah pengundi Melayu pula 355,805 atau 62.52 peratus, manakala Bumiputera Sabah 20,871 (3.6 peratus), Bumiputera Sarawak 27,104 (4.7 peratus), Orang Asli 2,378 dan lain-lain kaum 4,109.
Selasa lalu, SPR mengakui lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana DAP paling agresif melaksanakan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina.

Dalam pakatan pembangkang, DAP lebih aktif mendaftar pengundi baru terutama di bandar, diikuti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menumpukan semua kaum, manakala PAS mensasarkan belia Melayu.

Sehari sebelum ini, Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendedahkan kajian mereka menunjukkan nisbah orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah 1:40. – Berita Harian/MediaUMNO

Lim Kit Siang juga mudah lupa, pelupa atau sengaja lupa?

Posted: 06 Jan 2011 04:05 PM PST


Kontroversi pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu, mengingatkan saya kepada istilah "lupa," terutama seperti yang digunakan dalam ungkapan "Melayu mudah lupa."

Ungkapan tersebut mungkin bertujuan "memperli" atau mempersendakan orang Melayu. Atau mungkin juga bertujuan mengingatkan bangsa Melayu agar senantiasa berhubaya-hubaya, berwaspada dan berjaga-jaga sesuai dengan satu nasihat yang terkandung dalam perbendaharaan sastera lama: "jika duduk meraut ranjau (mempertajam senjata), bila tegak meninjau jarah (melihat-lihat kiranya ada musuh yang hendak merempuh atau sedang mengendap).

Jika tidak salah, ungkapan "Melayu mudah lupa" mula popular setelah digunakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad satu ucapan (atau puisinya?) beberapa tahun yang lalu. Sejak itu ungkapan tersebut dikutip (dirujuk) dari semasa ke semasa untuk tujuan-tujuan tertentu.

Sehubungan itu saya ingin memperkenalkan satu ungkapan lain yang juga menggunakan perkataan "lupa" iaitu: "Lim Kit Siang juga mudah lupa." Ini ada kaitannya dengan beberapa komen (atau 'arahan'?) Kit Siang mengenai pelantikan Datuk Mohammed Khusrin sebagai SUK Negeri Selangor yang baharu.

Bila Kit Siang dilaporkan sebagai menyeru (mengarahkan?) supaya Ketua Setiausaha Negara (KSN) menggantung jawatan baharu Mohammed Khusrin itu, Kit Siang seakan-akan "sudah lupa" bahawa dia belum lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang dijanjikan oleh kuncu politiknya Anwar Ibrahim. Oleh kerana itu bila dia memandai-mandai "memberi arahan" kepada KSN, Tan Sri Sidek Hassan, orang bertanya: "Siapa Lim Kit Siang?"

Sebelum itu Kit Siang juga dilaporkan sebagai mengingatkan supaya pelantikan Datuk Khusrin itu mengambil kira constitutional conventions (amalan-amalan perlembagaan yang tidak tertulis). Dengan komen yang sedemikan sekali gus dia menyindir (dan menimbulkan keraguan) seakan-akan pelantikan tersebut bercanggah dengan Perlembagaan. Dan bila merujuk kepada constitutional conventions dia seakan-akan "terlupa" konsep administrative conventions (amalan-amalan pentadbiran yang tidak tertulis).

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh KSN adalah selaras dengan peraturan-peraturan Perlembagaan dan amalan-amalan lazim pentadbiran.

Tidak ada undang-undang yang dilanggar dan tidak ada peraturan yang tidak dipatuhi. Ertinya, dari segi keabsahan Perlembagaan atau legaliti dan dari segi peraturan pentadbiran, pelantikan Mohammed Khusrin tidak boleh dipertikaikan.

Apatah lagi semuanya itu telah mendapat perkenan daripada baginda Sultan. Dan satu perkara lagi yang jangan sampai "dilupakan" oleh pihak-pihak yang membantah pelantikan Mohammed Khusrin itu ialah institusi kesultanan masih merupakan satu lembaga atau tenaga (force) tersendiri yang penting dalam tatacara (proses) urus-tadbir (governance) negara ini.

Sebarang usaha "membelakangi" atau "melangkahi" baginda Sultan samalah ertinya dengan menggugah asas-asas kestabilan sosial yang dengan sendirinya akan menular terhadap kestabilan politik. Atau adakah hakikat itu telah dilupakan? Atau memang sengaja diabaikan dalam satu "perjudian" atau "percubaan menguji kekuatan."

Mereka yang mengikuti taktik dan telatah politik DAP pimpinan Kit Siang itu tentu menyedari betapa parti yang dirujuk oleh Dr. Ridhuan Tee sebagai "ultra kiasu" itu sering melakukan beberapa "perjudian politik" sambil "menguji kekuatan" seperti tindakan kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng yang melakukan berbagai provokasi terhadap masyarakat Melayu/Islam di pulau itu.

Dan sekarang Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan seorang Menteri Besar dari PKR cuba pula dihasut untuk "menguji kekuatan" dan melakukan "perjudian politik."

Adakah mereka "lupa" bahawa, tidak seperti Pulau Pinang, Selangor Darul Ehsan masih mempunyai seorang sultan yang berdaulat.

Sama ada andaian (kemusykilan) kita tentang kecenderungan "Kit Siang yang sudah mudah lupa" itu, benar atau salah, kita berharap supaya pimpinan PKR dan Pas yang "tidur sebantal" DAP itu, jangan sampai "lupa" satu perkara.

Pas dan PKR janganlah sampai "lupa" bahawa kekuatan DAP hampir 100 peratus bergantung kepada sokongan masyarakat Cina. Oleh kerana itu untuk mengekalkan kekuatannya, DAP tidak boleh lari daripada memprojekkan dirinya (secara terbuka atau berselindung) sebagai "juara masyarakat Cina." Kerana itulah maka DAP berbelah bagi bila pimpinan PKR (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) berura-ura hendak meminda Perlembagaan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan seperti sebelum pindaan 1983 dan 1993. Hubaya-hubayalah

APABILA TUN MAHATHIR BERSUARA...

Posted: 06 Jan 2011 03:55 PM PST

Dr. M jelaskan sebab pindaan Perlembagaan

SHAH ALAM 6 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan langkah meminda Perlembagaan Persekutuan pada 1993 berkaitan kuasa raja-raja Melayu dengan menegaskan ia dilakukan demi masa depan negara.
Bekas Perdana Menteri berkata, keadaan itu berbeza dengan cadangan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang mahu melakukan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri semata-mata atas sebab politik.
"Kita buat pindaan masa itu dengan niat baik. Kalau kita dapati wakil yang mewakili rakyat tidak ada kuasa akhirnya kita tidak begitu demokratik.
"Pada masa itu kita guna (pindaan Perlembagaan) bukan untuk tujuan sembarangan iaitu bukan masalah peribadi tetapi masalah negara,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.
Beliau mengulas kontroversi di negeri ini sekarang yang berpunca daripada sikap kerajaan negeri yang tidak merestui pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.
Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) cuba mengalihkan tumpuan apabila mempersoalkan pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat pada 1993 dan cuba mengaitkannya dengan kejadian di Selangor untuk menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas nama penderhakaan terhadap institusi beraja.
Dr. Mahathir berkata, cadangan kerajaan negeri untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik tiga jawatan eksekutif termasuk SUK, sebenarnya masih berliku.
Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih perlu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum membuat pindaan itu.
"Jadi sebenarnya terpulanglah kepada Sultan Selangor. Kalau baginda tak setuju, tak bolehlah nak pinda.
"Mereka juga kena dapat dua pertiga daripada ahli-ahli dalam Dewan Undangan Negeri. Sama ada dia (Menteri Besar) dapat atau tidak, tak tahulah,'' katanya.
Menurut Dr. Mahathir, sebenarnya masalah tersebut tidak akan timbul jika kerajaan negeri mengikut tertib dengan menulis surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menunggu keputusan.
"Mereka memilih untuk mempolitikkan isu tersebut hingga menyebabkan masalah timbul,'' katanya.

ANTARA LAGENDA DAN REALITI MELAYU !

Posted: 06 Jan 2011 03:53 PM PST

 DAHULU KISAH INI.


SEKARANG


MELAYU DILANGGAR TODAK

BENARKAH?

Lihat nasib Melayu Singapura

SHAH ALAM 6 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, semangat perpaduan orang Melayu semasa menumbangkan Malayan Union pada 1948 perlu dikekalkan oleh generasi masa kini jika tidak mahu nasib mereka menjadi seperti masyarakat Melayu di Singapura.
Bekas Perdana Menteri berkata, meskipun orang Melayu di republik itu hanya mewakili kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan penduduknya, golongan tersebut seolah-olah dipinggirkan dan ketinggalan.

Ini kerana, kata beliau, orang Melayu Singapura tidak banyak mendapat tempat dalam kerajaan, universiti dan juga tidak dibenarkan mengendalikan senjata dalam tentera kerana dibimbangi akan memberontak.

"Jika Malayan Union dikekalkan, pasti bangsa Melayu sekarang akan ketinggalan dan ditindas seperti yang berlaku di Singapura, malah kita juga mungkin jadi mundur dan termiskin walaupun menjadi majoriti.
"Pasti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Universiti Teknologi Mara (UiTM), sekolah untuk memberi latihan untuk orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membantu nasib orang Melayu juga tidak wujud," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini petang ini.

Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Dr. Mahathir turut melahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang terlalu takut untuk mempertahankan hak mereka sebagai orang Melayu dan membincangkan masalah mereka kerana bimbang dilabelkan sebagai perkauman.

Malah kata beliau, untuk menyebut asal usul negara ini adalah Tanah Melayu juga dianggap perkauman sedangkan kenyataan itu ada dalam sejarah negara yang bakal dijadikan mata pelajaran wajib tidak lama lagi.

"Sebenarnya mereka lupa orang Melayu telah banyak berkorban dan mengalah sejak dahulu untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.

"Antaranya membenarkan nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia, Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia, membenarkan kaum lain menjadi warganegara, memperkenalkan DEB yang begitu bertimbang rasa terhadap orang-orang kaya termasuk daripada kaum lain,'' katanya.

Beliau berkata, masyarakat Melayu juga tidak pernah mempertikaikan kontrak swasta yang hampir semua diberikan kepada kaum lain dan tempat di universiti swasta penuh diisi oleh kaum lain.

"Sedangkan mereka mempertikaikan hak yang telah diperuntukkan kepada kontraktor bumiputera dalam memperoleh kontrak kerajaan dan kuota Melayu di universiti awam," kata beliau.

Katanya, orang Melayu perlu mengekalkan perpaduan di kalangan mereka bukan untuk merampas hak orang lain tetapi untuk mengekalkan hak dan keistimewaan bangsa sendiri.

Dalam hal ini, beliau berkata, golongan yang terlalu mengutamakan merit sebenarnya memberikan ruang kepada kaum lain untuk muncul sebagai yang terbaik dan akhirnya Melayu akan menjadi seperti di Singapura.


"Walaupun cadangan asalnya membenarkan orang Melayu menjadi Perdana Menteri dan kaum lain dilantik menjadi timbalannya tetapi akhirnya orang Melayu akan tetap terpinggir.

"Bukan mahu mengatakan orang Melayu ini tidak berkeupayaan tetapi kalau nak lihat orang Melayu kita jadi macam di Singapura, undilah parti lawan," kata beliau sinis.

Karpal perlu jadi saksi kes liwat

Posted: 06 Jan 2011 03:31 PM PST



KUALA LUMPUR 6 Jan. - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh perlu menawarkan diri sebagai saksi kes liwat yang dihadapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, ini kerana Karpal pernah menyatakan secara terbuka dalam ceramah DAP di Hotel Federal pada 1997 yang beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Anwar terlibat melakukan sodomi.

Menurutnya, sekiranya Karpal menolak berbuat demikian, ia secara tidak langsung memberi imej buruk kepada ahli Parlimen pembangkang itu kerana sanggup membuat kenyataan palsu di tempat awam.

"Saya tidak percaya Karpal sebagai pengamal undang-undang akan membuat kenyataan demikian tanpa mengenal pasti dan mempunyai bukti kukuh berdasarkan kenyataan Azizan Abu Bakar (bekas pemandu Anwar) bahawa beliau diliwat Anwar ketika itu.

"Bukan setakat itu, Karpal turut mendesak Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah melakukan siasatan.

"Berdasarkan kata-kata Karpal sendiri 'saya akan pastikan fakta sebelum membuat kenyataan umum', saya pasti beliau telah menilai fakta yang ada sebelum membuat kenyataan umum itu," katanya dalam entri terbaru di blognya http://weechookeong.wordpress.com hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendesak Jabatan Peguam Negara memanggil Karpal untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes liwat kedua yang dihadapi Anwar.

Karpal bagaimanapun dalam kenyataan kepada portal berita dalam talian, freemalaysiatoday.com (FMT) menganggap desakan itu sebagai sukar dibayangkan kerana Anwar telah 'dibebaskan' oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes sodomi yang pertama.

Mengulas kenyataan Karpal itu, Choo Keong berkata, beliau tidak percaya pemimpin pembangkang itu tidak membaca penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan bertarikh 2 September 2004 yang turut diterbitkan dalam Jurnal Undang-Undang Malaya (MLJ).

"Dalam penghakiman oleh Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad menyebut 'Kami mempunyai bukti bagi mengesahkan perayu terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung percaya bahawa mengatakan kejadian di Tivoli Villa berlaku'.

"Sesiapa yang membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan itu pasti membuat kesimpulan bahawa keputusan mahkamah itu adalah jelas. Saya pasti Karpal mengetahui perkara ini, tetapi apabila membaca kenyataan beliau di FMT, kepala saya pusing," katanya.

Justeru, beliau mengharapkan Karpal agar terus berpegang kepada perkara yang dikatakannya dalam ceramah DAP di Hotel Federal.

"Sekiranya beliau salah cakap dalam ceramah itu, ini adalah peluang untuk membetulkannya dengan menawarkan diri menjadi saksi. Jika tidak, Peguam Negara perlu mempertimbangkan secara serius untuk mengenakan sapina bagi mendesak beliau mendedahkan bukti yang dikatakan dimilikinya," ujarnya.

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


Isu SUK Selangor ; Anwar rancang supaya Azmin jadi MB – Syed Ali

Posted: 06 Jan 2011 07:05 PM PST


















ISU pertikaian perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dipercayai dirancang oleh Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai srategi beliau untuk membolehkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika mendedahkan muslihat tersebut berkata, Anwar sengaja menjadikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai 'kambing hitam'.

Katanya, berdasarkan kepada kronologi insiden tersebut jelas membuktikan isu itu sengaja dirancang untuk mencetuskan ketegangan hubungan antara Khalid dengan Sultan Selangor.

Oleh sebab itu katanya, sehingga sekarang Anwar masih berdiam diri dan tidak menyatakan pendirian beliau sama ada menyokong perlakuan biadab Khalid atau memihak kepada Sultan Selangor.

"Sebaliknya Anwar dilihat sengaja berperanan di belakang tabir supaya Khalid bertegas menolak perlantikan Datuk Mohamad Kushrin Haji Munawi sebagai SUK walaupun sah di segi undang-undang serta sudah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah," tegasnya.

Beliau menjelaskan, apabila Sultan Selangor terlalu kecewa dengan perlakuan Khalid ianya akan mencetuskan kemarahan seluruh rakyat terutama di Selangor terhadap kepimpinan Menteri Besar yang ada sekarang.

Anwar jadikan Khalid sebagai 'kambing hitam'

Dalam masa yang sama kata Syed Ali, pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Khalid akan menjadi terlalu lemah apabila beliau masih menolak Mohamad Kushrin sebagai SUK disamping hubungannya dengan baginda Sultan semakin meruncing.

"Bila kemuncak kemarahan rakyat terhadap Khalid kerana mengingkari perkenan Sultan semakin meningkat, Anwar akan memainkan peranannya untuk mengetengahkan Azmin sebagai calon terbaik sebagai Menteri Besar bagi meredakan keadaan," ujarnya.

Katanya, Anwar sememangnya bercita-cita untuk melantik Azmin sebagai Menteri Besar Selangor bagi membalas budi Ahli Parlimen Gombak itu kerana masih setia menyimpan rahsia antara mereka berdua.

Beliau mengulas kedegilan Khalid yang tetap keras kepala menolak Mohamad Khusrin sebagai SUK yang baru walaupun telah mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Selangor, di Istana Kayangan, Shah Alam pagi semalam.

Khalid juga disifatkan sebagai terlalu biadab dan mengaibkan baginda Sultan apabila di luar istana beliau dikatan telah menyebarkan kenyataan media kepada sekumpulan wartawan menjelaskan pendiriannya yang tetap menolak perlantikan Mohamad khusrin sebagai SUK.


Karpal Singh tahu Anwar terbabit kes liwat

Dalam masa yang sama, Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuian mencabar pemimpin DAP, Karpal Singh mendedahkan handsard Dewan Rakyat bahawa beliau mempunyai bukti Anwar pernah terbabit dalam kes liwat.

"Kenyataan wakil rakyat di parlimen tercatat dalam handsard dan satu kebenaran yang diterima pakai, oleh itu saya cabar Karpal Singh dedahkan perlakuan sebenar Anwar kepada rakyat," tegasnya.

Mengenai desas-desus kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan berlaku lebih awal, Syed Ali menjelaskan bukan satu keperluan mendesak mengapa perlu disegerakan.

Beliau bimbang spekulasi itu sengaja dimainkan pembangkang terutama oleh Anwar bertujuan memerangkap UMNO dengan menjadikan isu perkauman sebagai senjata politik mereka.

"PKR dan PAS adalah keldai DAP yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengkhianati orang Melayu asalkan cita-cita mereka untuk menguasai kerajaan berjaya," katanya.

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

0 ulasan
sumber :-

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Santai Bersama YB Senator Ezam Mohd Nor

Posted: 06 Jan 2011 07:44 AM PST

Perkara: Program Santai Pemuda & Gabungan NGO Bersama YB Senator Ezam Mohd Nor

Tarikh: Jumaat (7 Jan 2011)

Tempat: Dewan Melayu Klang (Cawangan Bandar Klang Selatan, Bhg Kota Raja)

Masa: 8.00 Malam

Jamuan Disediakan.

Semua dijemput hadir!

Sayap Parti

Bahagian