Jumaat, 7 Januari 2011

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


ISU SUK SELANGOR,PERSATUAN BEKAS PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK TELAH BERSUARA !!!

Posted: 07 Jan 2011 05:05 PM PST


Tindak tanduk kerajaan negeri Selangor mempertikaikan lantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru boleh memberi impak negetif keatas integriti dan moral Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) khasnya dan perkhidmatan awam amnya.Itu pandangan Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD Alumni) yang mengikuti dengan teliti perkembangan pelantikan Khusrin.

Laporan dari Agenda News Menyebut Presidennya Tan Sri Salehuddin Mohamed meminta pentadbiran negeri Selangor menghormati keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam membuat lantikan itu.Beliau yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara berkata kerajaan Selangor perlu memberi peluang kepada Khusrin berkhidmat dengan jujur dan cemerlang sebagai SUK menggantikan Datuk Ramli Mahmud.

"Kami yakin beliau akan berbuat demikian kerana adalah menjadi tradisi dan budaya yang diamalkan dan dimegahkan di kalangan pegawai PTD untuk berkhidmat dengan setia di bawah kerajaan yang memerintah," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Beliau berkata PTD Alumni,yang mengikuti dengan teliti perkembangan pelantikan Mohd Khusrin yang dipertikaikan dan ditolak kerajaan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berasa dukacita dan berasa bimbang terhadap impak negatif yang akan berbangkit.Salehuddin berkata impak berkenaan membabitkan integriti dan moral Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik khasnya dan perkhidmatan awam amnya.Beliau berkata kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tersiar di akhbar Khamis juga tidak seharusnya dipertikaikan kerana ia menjadi amalan biasa perkhidmatan awam mematuhi peraturan mengikut ketetapan yang dibuat dalam undang-undang.Katanya, proses kenaikan pangkat adalah satu perkara yang sensitif kerana ia membabitkan pelantikan untuk memegang jawatan tertinggi dan berprestij seperti SUK.

"Segala keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam dibuat secara profesional dengan berasaskan penilaian yang amat teliti dan menggunakan laporan sulit tahunan pegawai berkenaan," katanya.

Beliau berkata lembaga berkenaan juga tidak akan membuat apa-apa keputusan kenaikan pangkat yang akan dipersoalkan di kalangan anggota perkhidmatan awam dan boleh membawa kesan yang tidak diingini serta menjejaskan keyakinan dan kehormatan badan itu.

POST BY DR.ME...

Tiada ulasan:

Pengikut