Jumaat, 23 Disember 2011

Razlan's

Razlan's


Selesai Krisis Ekonomi atas kebijaksanaan Tun M.

Posted: 23 Dec 2011 01:32 AM PST


Kecoh baru-baru ini apabila Anwar Ibrahim melaporkan yang Tun Mahathir pernah meminjam wang daripada IMF dan menuduh Tun M menafikan kenyataan itu.

Menurut Tun M, beliau tidak pernah menafikan yang Malaysia tidak pernah meminjam kepada IMF atau Bank Dunia. Malaysia meminjam dari mereka semenjak dari tahun 1958 lagi untuk membiayaai projek pembangunan negara dan sektor pendidikan.

Umum mengetahui, untuk sesebuah negara membangun, mereka memerlukan bantuan kewangan daripada Bank Dunia, bukan sahaja Malaysia malah negera-negara seperti Thailand, Korea dan sebagainya semuanya meminjam dari Bank Dunia untuk projek pembanggunan Negara.

Sebagai contoh, tempat saya duduki hari ini di Taman Salak Jaya, Perumahan ini telah dibangunkan dengan dana wang dari PBB dan telah dibangunkan pada tahun 1978.

Banyak lagi projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan demi untuk percepatkan pembangunan negara membangun agar cepat maju.

Krisis ekonomi 1997 telah menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara yang matang di bawah kepimpinan YABhg Tun M kerana berani menapungkan RM kepada 3.80 dan memberhentikan penggunaan wang RM500 dan RM1000 pada masa itu.

Ini telah membolehkan wang negara di bawa kembali ke Malaysia dan kita dapat mengelakkan rakyat kita berbelanja mewah dan mengalakkan kita berjimat cermat. Wang ini juga secara langsungnya dapat di bawa kembali ke Malaysia sekirannya ianya berada di luar negara.

Dunia telah mengitiraf Malaysia sebagai Cerdik didalam menangani krisis ekonomi, kita tidak perlulah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim yang sering kali mahu memburukkan negara sendiri di luar negara kerana mahu mencari publisti murahan.

Rakyat yang sayangkan negara sendiri tidak akan tergamak menjual maruah negara kepada dunia luar bagaikan kita memburukan ibu dan ayah kita kepada orang lain. Itu lah perangai Anwar!

Ikuti penjelasan Tun M  disini ...

Tiada ulasan:

Pengikut