Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 16 Disember 2011

Razlan's

sumber :-

Razlan's


Apa salahnya beri kepada orang Melayu!

Posted: 16 Dec 2011 07:49 AM PST

Pada Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2010, agenda ekonomi Bumiputera telah menjadi topik utama dimana Usul Ekonomi telah dibawa sendiri oleh YB Senator Datuk Awag Adek.

Diantara usul yang diketengahkan adalah membawa syarikat-syarikat Bumiputera yang mempunyai potensi untuk dibantu di Senaraikan ke dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, juga semua lokasi-lokasi stretegik untuk hartanah akan dimajukan untuk kepentingan Bumiputera dan tidak lupa juga berkenaan dengan saham-saham yang berkepentingan Bumiputera dijaga.

Perkasa telah banyak menuntut agar orang-orang kerajaan lebih peka untuk membantu syarikat-syarikat yang berpontensi untuk dibantu bagi membolehkan mereka bersaing didalam perniagaan yang penuh dengan cabaran dan diskriminasi.

Pada Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Bahagian Seputeh 2011 pula, di depan Timbalan Menteri MITI, YB datuk Mukhriz Tun Mahathir, kami telah menyahut untuk memberi amaran kepada semua pak-pak Menteri yang memegang kuasa untuk menjaga dan membantu syarikat-syarikat Bumiputera untuk membolehkan syarikat mereka ditingkatkan.

Menteri-menteri yang memegang kuasa dan yang mempunyai roh membantu Bumiputera sepatutnya diberikan KPI bilamana nanti habis penggal sahaja kita nak tahu berapa ramai peniaga Bumiputera yang telah dilahirkan oleh setiap kementerian, dan berapa ramai yang mereka bantu menaikkan syarikat Bumiputera ketahap yang tinggi.

GLC-GLC juga seharusnya membantu untuk merangka plan untuk turut sama membantu syarikat-syarikat Bumiputera berjaya dalam perniagaan, kita mendapati banyak rungutan dari orang Melayu yang mana peneraju GLC sering kali tidak memberi ruang dan peluang untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera.

Apasalahnya sekirang mereka yang memegang amanah ini merealisasikan impian YAB Dato Seri Najib untuk melihat dan bersama memajukan anak-anak Melayu yang berpontensi untuk berjaya seperti bangsa lain didalam bidang perniagaan.

Sebagai contoh, didalam bidang Telekomunikasi mana ada syarikat Bumiputera yang berjaya didalam bidang ini, padalah bidang ini bagaikan mencetak duit setiap saat dan amat malang sekali tidak ada satu pun syarikat ini dimiliki oleh Bumiputera.

Ada banyak lagi peluang yang boleh kita gunakan untuk membantu syarikat Bumiputera berjaya didalam pemberian lisen yang digunakan secara meluas di Malaysia, apa yang penting adalah bagaimana jati diri kemelayuan itu dipunyai oleh bangsa kita sendiri untuk melihat bangsa kita boleh pergi lebih jauh.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian