Pengikut

Nuffnang

Isnin, 19 Disember 2011

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

sumber :-

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Hasan Ali : Ada organisasi murtadkan umat Islam?

Posted: 18 Dec 2011 11:42 PM PST

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan kewujudan sebuah organisasi di negeri itu yang melatih mubaligh secara profesional untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut beliau, organisasi tersebut melatih mubaligh yang kaya dengan ideologi Barat bagi memesongkan akidah umat Islam dengan strategi yang licik termasuk menyertai solat berjemaah di masjid atau surau.

Hasan mendakwa, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan mubaligh yang memakai jubah dan menunaikan solat bersama-sama umat Islam sebagai strategi mendekati mereka yang berpotensi digugat akidahnya.

"Organisasi ini membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari negara Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

"Mereka menyusup masuk ke masjid-masjid dan bersama-sama mengerjakan solat berjemaah, ini strategi mereka untuk mendekati sebelum sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) peringkat negeri Perak di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Himpun, Azmi Abd. Hamid; Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan berkata, sasaran utama organisasi tersebut ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, mereka yang berhutang, orang yang rumah tangganya kucar-kacir, pasangan bercerai, golongan berfikiran liberal serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Malah, dakwa beliau, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabatnya beberapa bulan lalu, terdapat 51 umat Islam yang didapati sudah menjalani proses pembaptisan dan minum 'air suci' dan kini sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

"Ini menunjukkan bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam adalah sesuatu yang benar," katanya sambil menyeru orang Islam untuk sama-sama bangkit memerangi kegiatan tersebut.

Sementara itu Penganjur Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) hari ini mengingatkan bahawa umat Islam tidak akan bertolak ansur dalam soal akidah.

Pengerusi Himpun, Mohd. Azmi Abd. Hamid menegaskan, majoriti umat Islam di negara ini masih berpegang pada prinsip bahawa tiada harga atau istilah tawar menawar dalam agenda melindungi akidah umat Islam dan ia melangkaui kepentingan ekonomi dan politik.

Berucap di hadapan 3,000 orang yang menghadiri majlis Himpun peringkat negeri Perak di Dewan Jubli Perak di sini, beliau berkata, tiada ruang kompromi dalam usaha mempertahankan kesucian agama Islam.

"Tidak akan ada tukar ganti dalam soal kita mempertahankan akidah umat Islam. Prinsip ini merentasi platform politik, ini bukan isu politik, ini isu kepentingan umat Islam dan perjuangan ini tidak akan pernah berhenti," katanya yang menjadi pemidato ketiga dalam perhimpunan itu.

Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali; Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Mohd. Azmi berkata, gelombang kesedaran mempertahankan akidah umat Islam terutamanya dalam isu murtad semakin meluas, malah turut mendapat perhatian Raja-Raja Melayu yang mahu usaha agresif dilakukan bagi menanganinya.

Beliau berkata, Himpun akan terus menggerakkan usaha agresif pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti-parti politik untuk mengekang gejala murtad daripada berleluasa.

"Kita tidak pernah berganjak daripada pendirian bahawa negara sudah mempunyai kerangka yang jelas mengenai peraturan penyebaran agama Islam dan agama lain. Ia bukan sesuatu yang boleh dikompromi.

"Selagi gejala murtad tidak dibendung secara menyeluruh maka kami tidak akan berhenti berhimpun. Kami bersama NGO lain juga akan turun padang untuk memantau sendiri senario permasalahan murtad di setiap negeri," katanya.

Warna-warni Politik
Torashah

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian