Selasa, 6 Disember 2011

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


Perihal 10 Muharram dan anak yatim ...

Posted: 06 Dec 2011 12:19 AM PST

salam to all..


  • tengah aku ada depan PC ni, tetibe telefon berbunyi..mak telefon, mak suruh aku ingatkan abah untuk ke masjid petang ni ada buat bubur asyura dan raikan anak yatim. Mak suruh abah bawak sekali anak2 aku..
  • aku pun macam tarzan jerit kat anak2 di rumah bawah...(kalau perlahan takut diorg tak dengar..ALasan!!lupa plak aku dalam pantang! heeee....) suruh anak2 cepat bersiap sebab atok (abah aku..laa)dah pun bersiap2 nak ke masjid,
haiqal dah siap nak ke masjid, hakim masih di toilet.. aku pass kan  pada haiqal utk diserahkan pada mak sampul untuk anak2 yatim.  aku tak dapat nak raikan anak2 yatim petang ni, xpelah..mak wakilkan aku, Haiqal dan hakim pun ada....sekurang-kurangnya mereka faham kenapa anak2 yatim  diraikan pada hari ini.

  • apa citer 10 Muharram ni...? Hari ni sebenarnya 10 Muharram 1433H.@ lebih dikenali sebagai Hari Asyura..
  • info di bawah berkenaan dengan 10 Muharram ni saya ambil dari blog : www.nizarazu.com
  • Antara perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari asyura ini adalah seperti berikut : -

    1. Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak & isteri.
    Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

    2. Memuliakan fakir miskin.
    Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

    3. Menahan marah.
    Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

    4. Menunjukkan orang sesat.
    Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

    5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
    Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

    6. Bersedekah.
    Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

    7. Memelihara kehormatan diri.
    Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

    8. Mandi Sunat.
    Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
    Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala".

    9. Bercelak.
    Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

    10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
    Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

    11. Sembahyang sunat empat rakaat.
    Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
    Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

    12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
    Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

    13. Menjamu orang berbuka puasa.
    Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

    14. Puasa Sunat.
    Lafaz niat – "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala".
    Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

LANGGAR PANTANG ?

Posted: 05 Dec 2011 09:24 PM PST



salam..


  • wah !!hari ni dah hari ke  25 aku berpantang.... masih lagi berstokin, dan mengenakan baju panas panjang..dan berbengkung heee.... :) (disiplin padulah tu...ahaks!!).
  • dari kelmarin aku x dapat nak update blog sebab tetikus aku (mouse laa) rosak, dah terbarai dibuatnya.almaklumlah ramai sangat yang mengguankan pc ni..jadi  sampai tercabut tetikus aku...hahaha... so, aku agak mati kutu jugak sebab x boleh nak layari internet..kalau tidak , aku akan berada di hadapan PC ni kalau  my lil munchkin tu tido...
  • disebabkan oleh perasaan yang tidak boleh tahan dan membuak2  untuk melayari internet..jadi aku terpaksa.. aipp...hihh , aku telah ke Melaka, kononnya nak mencari tetikus dan USB Card reader. Walhal, kat Lubok China boleh beli..(adalah dalam 7minit kalau naik kereta).
  • aku mintak izin cik Somi dulu tau..n mak nak berkeluaran ni...Cik Somi pun bg green lite...cuma aku kena hati2 pesannya,...dia lebih memahami isteri dia ni..ahahahaha..thank you by...yahuuuuuuuu!!!!!!
  • Jadi destinasi aku ialah ke Jaya Jusco baru.( kat Melaka ni ada 2 Jaya Jusco baru. Orang selalu merujuk kepada Jaya Jusco Lama yang terletak di Ayer Keroh dan Jaya Jusco Baru terletak bersebelahan dengan Tesco depan Taman Cempaka. Walaupun kedua kasut aku tertinggal di dalam kereta. kereta pulak cik Somi bawak keje..huhuh...so, aku sarung je apa yang ada kat rumah mak. guess What..aku pakai selipar jepun bersama stokin. Tapi disebabkan stokin aku tu hitam, selipar pun hitam so nampak macam sepadan laa...(Perasan!! LoL....) . baju sejuk panjang pun tidak ku lupa...setia bersama...
  • jadi aku tidak lah langgar pantang ..... ngeh ngeh ngeh.....
  • Antara barang-barang yang aku terbeli ....eh eh..

inilah rupa bentuk tetikus yang aku beli dengan harga RM25 hengget...
yang ini pulak USB card Reader..pun sama harga RM25 hengget...(kedai  yang sama!)

pastu aku ke ke kedai Mother care... memang best sebab banyak benda yang aku suka ada kat sana.... tapi sebab semua dah ada , aku pun teringat Hafiy punya puting dah agak berzaman... so aku nak gantikan dengan puting baru...my fav brand: MAM..  memang bagus sangat!!

ni saiz paling besar.. RM24.50 utk 2 puting... (ceh...ini baru puting) apo nak buekkan...dah anak serasi yang ini kan...


then aku ternampak pulak Bottle sterilizer.. dah lama ku nak berli, tapi selalu jugak tak terbeli...hahaha, semalam memandangkan mood aku baik...baik sangat!! so aku tak melepaskan peluang RM199.00 tapi selepaqs discount )ada discout tu... harga jadi RM159.00 ... tapi yang ini macam berbaloi aku beli sebab it comes together with bottle Warmer.. kalau nak beli Bottle Sterilizer aje dah RM149.00 jadi lebih baik aku yang ini...kan kan kan?...(memujuk hati sendiri!!)
last sekali, aku membeli bahan bacaan untuk memotivasikan diri..hahaha, dan bagi menghilangkan kebosanan duduk di rumah agar tak langgar pantang lagi dengan berkeluaran & merayau-rayau di Jaya Jusco. 


ni pulak baju aku sambar for my Lil Munchkin... 1: RM13..but kalau beli 3 :RM30.. untung RM9hengget..ku pun belilah tiga....semua biru..( baju budak lelaki memang kurang menarik n tak banyak choice)..geram je aku nengok baju bebudak pompuan...sabau ajelah... ahaks!!!

  • erm..pastu aku makan mushrooom soup kat papa john.. wooo sedap sungguh..alamak!! sorilah beb aku lupa nak amik gambar mushroom soup tu sebab sedap sangat sampai terlupa!!hihihi... tapi itu adalah kali peratam aku makan kat situ... kira oklah , staff pun very friendly... tempat makan pun kira ok sangat selesa dan tak ramai orang...lenkali boleh ajak anak2 dan cik Somi makan kat situ lah...
  • habis makan aku ke UITM kampus bandar...jumpa cik Somi kat kedai....sebelum aku balik ke rumah...Cik Somi rupanya tengah jumpa "che Din" kami punya so called agent insuran merangkap kawan sekolah hubby.. dia dok discuss pasal our lil Munchikn "hasif" punya insurance coverage. KAmi memang 1 family amik insurance dengan Che DIn. insurans apa? ...Prudential. why prudential?... ntah lah, sebab aku dari mula2 kerja dah serasi dengan prudential then our agent "Che Din" ni pun ok.. benda yang baik , apa lagi..teruskan jelah!!
  • jadi itulah citer aku pasal semalam ... alhamdulillah, aku selamat sampai ke rumah ...(nasib baik x bentan...sebab apa?..sebab aku telah mengambil langkah2 berjaga...dari segi aspek keselamatan dan kesihatan..) hahahha.... iyolah tu nyah!!!!!!! :p ok babai.....



Tiada ulasan:

Pengikut