Selasa, 29 November 2011

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Amat penting BN dipilih semula - Najib

Posted: 28 Nov 2011 07:58 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan adalah "amat penting" bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti menjayakan semua agenda transformasi yang dijanjikan.

Presiden UMNO itu berkata, ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan.

"Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi, politik dan sosial... UMNO akan menerajui transformasi negara bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020.

"Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ia bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilih semula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula," katanya.

Najib berkata demikian semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini. - Bernama

Tiada ulasan:

Pengikut