Pengikut

Nuffnang

Selasa, 15 November 2011

UMNO Cawangan Bukit Ampang

sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


SELANGOR HANCUR DI BAWAH PIMPINAN PKR, DAP DAN PAS

Posted: 14 Nov 2011 04:39 AM PST

SHAH ALAM 14 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus mendesak Kerajaan negeri menjelaskan dakwaan wujudnya amalan salah tadbir urus membabitkan sebuah anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Desakan itu dibuat kerana mendakwa syarikat terbabit, Selangor Palm Oil Industries Corporation Sdn Bhd. (SOPIC) yang didapati telah membelanjakan kira-kira 50 peratus daripada RM20 juta wang tunai milik anak syarikat itu pada tahun 2010.

Beliau menegaskan, perbelanjaan yang membabitkan pelantikan kontraktor bernilai jutaan ringgit untuk projek pembinaan kandang lembu tenusu Milking Parlour dan Pejabat Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam menimbulkan pelbagai persoalan kerana SOPIC sendiri telah dihentikan operasinya oleh PKPS pada tahun 2009.

Amalan itu katanya didakwa dikesan menerusi satu prosedur kewangan yang tidak munasabah apabila SOPIC menerusi dua ahli lembaga pengarahnya, pada 19 julai 2010 meluluskan pelantikan kontraktor iaitu syatikat LLK Construction Sdn Bhd. (LLK Construction) untuk melaksanakan projek tersebut yang berjumlah RM1.38 juta.

"Bagaimana sebuah anak syarikat yang telah dihentikan operasinya pada tahun 2009 boleh menjalankan operasi perniagaan. Malah, dia ahli lembaga pengarah SOPIC terbabit difahamkan tidak mendapat persetujuan daripada ahli lembaga pengarah PKPS selaku syarikat induk.

"Malah, Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang juga Pengerusi PKPS sendiri tidak kah mengetahui perkara ini. Apa penjelasan Menteri Besar mengenai perkara ini. Difahamkan salah seorang ahli lembaga pengarah SOPIC yang juga Pengurus Besar PKPS itu merupakan proksi Menteri Besar dan pernah bertugas di Kumpulan Guthrie sebelum ini," katanya ketika membahaskan Bajet Selangor 2012 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Tambahnya, selain projek tersebut, amalan sedemikian turut melibatkan kelulusan pelantikan kontraktor yang sama untuk projek ternakan ayam daging di Ladang PKPS Jelutong Jati, Sabak Bernam berjumlah RM975,130 pada 18 Mei 2011.

Jelasnya, pemberian kontrak itu turut melibatkan pembelian mesin projek ternakan ayam sejumlah RM3.5 juta oleh syarikat Jensen Poultry Equipment atas cadangan LLK Construction sendiri.

"Kita merasakan pemberian kontrak kepada syarikat kontraktor ini buat tanpa melalui proses tender yang telus dan menimbulkan banyak keraguan," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor ketika bercakap kepada media di luar sidang DUN turut mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri dalam amalan pengurusan perlombongan pasir menerusi anak syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima, wujud campurtangan dalam pengurusan perlombingan pasir di negeri ini oleh ahli lembaga pengarah KSSB yang terdiri daripada Exco serta ADUN daripada kerajaan negeri.

Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang bekas Eksekutif Pemasaran KSSB, T . Sivanesan yang menyatakan wujud elemen campurtangan tersebut dari segi pemberian kontrak perlombongan pasir, penjualan pasir kepada syarikat yang sama yang didakwanya dimiliki oleh individu yang berpentingan politik serta mempunyai hubungkait dengan Menteri Besar dan juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Sivanesan, beliau telah memaklumkan amalan salahlaku KSSB itu kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat perlombongan pasir itu sebelum ini, bagaimanapun beliau kemudiannya dipecat tanpa alasan yang munasabah pada 9 September lalu.

-Sumber dari klik disini

LAMBAKAN HOTEL BAJET MENGUNDANG KERUNTUHAN AKHLAK DI SELANGOR PIMPINAN PKR, DAP DAN PAS

Posted: 14 Nov 2011 04:22 AM PST


SHAH ALAM 14 Nov. - Kerajaan Negeri Selangor disaran memantau pembukaan Hotel-Hotel Bajet yang kini terlalu banyak beroperasi sejak akhir-akhir ini

ADUN Semenyih Datuk Hj Johan Abd Aziz berkata, Masyarakat Selangor terutamanya di Semenyih semakin khuatir dengan lambakan hotel-hotel bajet yang kini begitu banyak beroperasi di kawasan tersebut.

Beliau turut merujuk jumlah yang telah diluluskan menurut jawapan Exco Kerajaan Negeri Selangor iaitu sebanyak 138 buah Hotel Bajet.

"Yang 'halal' (registered) menurut jawapan Exco Kerajaan Negeri adalah 138 . Yang kita nampak, rasanya lebih daripada angka 138."

"Soalnya, setakat ini, hanya Majlis Perbandaran Klang yang memberikan komen tentang keperluan kriteria-kriteria tertentu dipenuhi sebelum mendapat lesen mengendalikan hotel bajet. Apakah kriteria MPK ini turut terpakai di PBT-PBT yang lain? Ini yang rakyat nak tahu. Kalau kriterianya sudah jelas; kita harap biar seragam. Jangan di Klang ada syarat lain; di Semenyih ada syarat lain. Keseragaman ini amat penting," demikian kata beliau pada Sidang DUN Selangor pada hari ini.

Beliau turut mendakwa pengusaha hotel bajet yang 'belum lulus' memerlukan tindakan yang tegas oleh Kerajaan Negeri kerana ianya bakal menjadi punca keruntuhan akhlak yang serius jika tidak dipantau.

"Kita pun tak tahu sejauh mana Exco daripada PAS vokal dan bersuara bab ini, tapi kita harap sangat. Jangan kerana 'untung politik' mereka melelapkan mata dan 'declare' (dengan izin), halalan toyyiban untuk gejala yang buruk ini."


Sidang DUN Selangor disambung hari ini susulah pembentangan Bajet 2012 oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

-Sumber dari klik disini

MB Pembohong Besar ? 1.4 Juta Isirumah Selangor Tidak Nikmati Air Percuma

Posted: 14 Nov 2011 04:17 AM PST

SHAH ALAM 14 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pembohong besar menyatakan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya prihatin kepada masalah seluruh rakyat dengan memberikan bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu.

Pembohongan itu jelas dilihat menerusi perangkaan yang diterima yang menunjukkan seramai 1.4 juta isi rumah di Selangor tidak menikmati bantuan itu sehingga ke hari ini.

Katanya jumlah isi rumah itu katanya melibatkan keluarga yang tinggal di perumahan pangsapuri dan kondominium yang masih menggunakan meter bekalan air secara pukal.

"Sejak tahun 2008 bantuan bekalan air percuma ini dilaksanakan, kerajan negeri sering mencanang-canangkan perkara itu sebagai satu kejayaan dan keprihatinan mereka kepada rakyat.

"Hakikatnya yang sebenar ialah sehinga kini, lebih 1.4 juta isi rumah di seluruh Selangor tidak dapat menikmati bantuan air percuma itu. Jadi apakah ini bentuk keperihatinan kerajan negeri kepada rakyat," soalnya di hadapan pemberita di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, petang tadi.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga turut berhutang kepada rakyat yang tidak menikmati bantuan bekalan air percuma sebanyak RM400 juta dalam temph 40 bulan sejak bantuan itu diperkenalkan sejak empat tahun lalu.

Dalam pada itu, Mohd. Isa turut menuntut kerajaan negeri membayar insentif sebanyak RM500 kepada kakitangan awam negeri bagi membantu meriNgankan beban kewangan mereka lebih-lebih lagi sesi persekolahan bermula awal tahun depan.

Insentif itu katanya harus diberikan juga kepada seluruh guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang turut menyumbang kepada pembangunan insan di negeri ini.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga harus memberikan bantuan RM100 kepada semua pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) selaras Kerajaan Pusat yang memberikan bantuan itu kepada pelajar sekolah di negara ini.

"Kerajaan negeri mengatakan Bajet Selangor 2012 adalah bajet berimbang. Namun, apa rakyat nikmati daripada bajet negeri ini, tidak ada.

"Meskipun bajet Kerajaan Persekutuan defisit, rakyat jelasnya menikmati hasilnya seperti subsidi, bonus kakitangan awam termasuklah bantuan-bantuan lain kepada rakyat sehingga kepada persekolahan.

"Kalau kerajaan negeri mengatakan mereka berkebajikan, prihatin rakyat, mereka harus berikan bantuan-bantuan itu," ujarnya.

-Sumber dari klik disini

Gaji minimum: Kerajaan Selangor amal diskriminasi?

Posted: 14 Nov 2011 04:15 AM PST

14/11/2011 2:25pm

SHAH ALAM 14 Nov. – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berkata, kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi terhadap penjawat awam di negeri itu dengan memperkenalkan gaji minimum hanya kepada kakitangan anak syarikat kerajaan negeri semata-mata.

Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) berkata, amalan itu tidak sepatutnya wujud dengan mengambil kira kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini yang berkata, kerajaan negeri berjaya meningkatkan pendapatan dan hasil kerajaan negeri dalam pembentangan belanjawan negeri 2012 baru-baru ini.

"Kalau kerajaan negeri mengatakan ada pertambahan pendapatan, kenapa tidak berikan dan laksanakan gaji minimum kepada semua kakitangan awam Selangor.

"Ini jelas menunjukkan hasil dan pendapatan itu tidak disalurkan untuk manfaat kepada seluruh kakitangan awam negeri," katanya ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Abdul Khalid ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2012 baru-baru ini berkata, pelaksanaan gaji minimum bagi kakitangan anak syarikat kerajaan negeri termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu RM1,500 sebulan akan bermula tahun depan. – Bernama

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian