Khamis, 10 November 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PRU KE 13 - MASALAH DALAMAN DURI KEPADA PARTI

Posted: 10 Nov 2011 01:36 AM PST

Sikap Sesetengah Pemimpin yang jelas mempunyai sifat - sifat buruk seperti ego, tamak, terlalu cintakan kuasa dan pengaruh sehingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk memecah belahkan Parti.

Hakikatnya, masalah dalaman Parti jika tidak di tangani dengan bijak, ianya akan menghancurkan Parti menjelang Pilihanraya Umum ke 13.

Cuba kita hayati kisah perlucutan jawatan Panglima Perang yang juga seorang sahabat besar Rasulullah (SAW) iaitu Khalid Al Walid.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar As Siddiq, Khalid Al Walid telah dilantik sebagai Panglima Perang Kerajaan Islam tetapi ketika era pemerintahan Saidina Umar Al Khatab, Khalid Al Walid telah di lucutkan jawatan itu.

Tempat Panglima Perang kemudiaannya telah digantikan oleh Abu Ubaidah Al Jarrah. Meskipun telah di lucutkan jawatan, Khalid Al Walid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan Panglima Perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah. Beliau sedikit pun tidak merasa kecil hati malah dengan semangat yang tinggi terus berjuang dan berjihad bersama - sama pasukan tentera Islam yang di ketuai oleh Abu Ubaidah demi menegakkan syariat Islam.

Ketika Khalid Al Walid sedang uzur, Saidina Umar telah datang bertemunya dan berkata "Khalid Saifullah, aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu, jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu".

"Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi Panglima Perang bukan sebab aku cemburu kepadamu wahai sahabat tetapi engkau tidak tahu taktala engkau keluar sebagai Panglima Perang, penduduk Madinah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan -akan mengagungkan engkau. Jika engkau memimpin, pasti kemenangan milik Islam, kata sesetengah dari mereka. Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah swt, lalu aku turunkan jawatanmu wahai sahabat," ujar Saidina Umar. Mereka yang mendengar kata - kata ucapan Saidina Umar itu terus menangis.

Mungkin cerita di atas tidak mendatangkan bekas, tetapi ingatlah apa jua tindakan kita di dunia ini akan di pertanggungjawabkan di akhirat walaupun sekecil zarah. Jangan disebabkan sifat tamak mengejar kuasa dan pengaruh, kita sanggup melakukan apa sahaja hingga menyebabkan Parti UMNO menjadi lemah sekaligus memberi kekuatan kepada Parti pembangkang.

Bersatulah semula, taatlah kepada pemimpin, jalinkanlah kerjasama, contohilah sahabat Rasulullah SAW, Khalid Al Walid demi kelangsungan Parti UMNO dalam menghadapi cabaran mendatang terutama Pilihan Raya Umum ke 13.




Tiada ulasan:

Pengikut