Isnin, 14 November 2011

DunSemarang

DunSemarang


Blog DunSemarang.."TUTUP"

Posted: 13 Nov 2011 07:27 PM PST

Kepada YB dan seluruh AJK UMNO DunSemarang serta para Pembaca dan pelayar Blog DuSemarang,Saya memohon maaf untuk seketika blog ini akan berehat, saya akan menjalani Pembedahan Katarak dan saya mohon doa restu para pembaca mendoakan kleselamatan serta kesejahteraan saya. Terima kasih diatas kerjasama tuan-tuan semua.


Apakah Katarak?Ianya sejenis selaput di dalam mata.

Bolehkah ianya dirawat dengan ubat titis atau ubat lain?
Tidak ada rawatan ubatan untuk katarak semasa ini.

Bagaimana dengan rawatan herba?
Rawatan herba sering diiklankan sebagai rawatan yang boleh mengelakkan, mengurangkan dan menghapuskan katarak. Tetapi tiada bukti sains yang menunjukkan rawatan herba boleh membasmikan katarak.

Bolehkah kanak-kanak mengidap penyakit katarak?
Ya. Ada bayi yang dilahirkan dengan katarak. Kanak-kanak kecil juga boleh mendapat katarak selepas kemalangan dan penyakit sistemik.

Apakah jenis pembedahan yang diperlukan?
Pembedahan ini melibatkan kanta yang telah mengandungi selaput dikeluarkan dan kanta intraocular dimasukkan untuk menggantikannya.

Selamat Berjaya SPM & STPM 2011

Posted: 13 Nov 2011 07:02 PM PST


Kami warga UMNO dan AJK Bhg Ayer Hitam, mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPM dam STPM kepada anak-anak Ayer Hitam dan DunSemarang. Kami berharap semuga anak-anak semua mendapat penuh kebarkatan, petunjuk dan hidayah dari Allah SWT ketika menjawab kertas soalan. Sihat dan sejahtera dan memperoleh kejayaan yang cemerlang demi Agama dan Bangsa.

Tiada ulasan:

Pengikut