Pengikut

Nuffnang

Isnin, 10 Oktober 2011

UMNO Cawangan Bukit Ampang

sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Bubar Parlimen bila-bila masa

Posted: 09 Oct 2011 06:42 AM PDT

KOTA BHARU 8 Okt. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memaklumkan tarikh akhir pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 sekiranya tiada pilihan raya umum diadakan sebelum itu.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada tarikh tersebut kerana mandat rakyat kepada kerajaan masa kini untuk memerintah telah berakhir.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja. Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013 Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar pada tarikh itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agribisnes Negara (Teman) di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Majlis penerangan tersebut dihadiri lebih 6,000 orang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, kakitangan awam dan rakyat Kelantan.

Noordin berkata, selepas tarikh tersebut, SPR akan segera memainkan peranan untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, beliau berkata, SPR masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan bahan itu termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"SPR masih mengkaji cadangan itu, kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram yang memudaratkan seperti memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.

"Bagaimanapun, sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tidak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan Parlimen ke Parlimen lain seperti yang didakwa pihak pembangkang.

Tegasnya, SPR tidak mempunyai kuasa dalam undang-undang negara untuk melakukannya melainkan atas permohonan pengundi itu sendiri.

BN mesti jadi parti untuk semua rakyat - PM

Posted: 09 Oct 2011 06:23 AM PDT

09/10/2011 7:55pm

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti yang disokong oleh segenap lapisan rakyat.

Pengerusi BN itu berkata, beliau tidak mahu BN hanya sekadar disokong oleh penduduk luar bandar tetapi semua rakyat bandar terutamanya di Kuala Lumpur kerana ia merupakan ibu negara.

"Kita tak nak BN hanya menjadi parti luar bandar dan desa seolah-olah orang di bandar tidak sokong kita. Kita nak BN menjadi sebuah parti yang disokong semua termasuk golongan berpendapatan sederhana di kota raya KL ini," katanya.

Kira-kira 8,000 anggota dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan hadir pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Justeru itu beliau menggesa semua anggota BN supaya melipatgandakan gerak kerja mereka memandangkan gema pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.

Beliau berkata semua anggota mesti memastikan keadaan di akar umbi betul-betul tersusun dan tidak sekadar hanya tahu memberikan maklum balas positif.

"Saya tidak terima OK, saya nak tengok bukti, OK, tak OK," katanya.

Mengenai persiapan BN Wilayah Persekutuan untuk menawan Kuala Lumpur, Najib berkata beliau mahu melihat kekuatan itu betul-betul diterjemah dalam kemenangan kepada BN pada PRU nanti.

"Congak punya congak, kita memang boleh menang. Atas kertas memang boleh menang," katanya. - Bernama

PM ingatkan ahli BN elak cipta masalah kepada parti

Posted: 09 Oct 2011 06:21 AM PDT

09/10/2011 4:15pm

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak mencipta masalah yang boleh memberi kesan kepada kekuatan parti.

Kata beliau, kesepakatan dan perpaduan dalam parti itu sangat penting ketika gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin jelas kedengaran dan sudah dapat dirasai ketika ini.

" Untuk memastikan kemenangan pada PRU-13 itu, semua ahli BN perlu turun ke gelanggang dengan semangat untuk menang.

"Maka untuk menjamin bahawa kita boleh menang, kita perlu membuat persiapan secara menyeluruh dalam memastikan tahap kesiapsagaan seterusnya menentukan sama ada kita sudah bersedia atau tidak,'' katanya ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana, Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN menambah, kesiapsagaan yang dimaksudkan beliau itu termasuk mengelak perbalahan sesama sendiri, tidak mewujudkan puak dalam parti serta cantas-mencantas kerana rasa tidak puas hati. - Utusan

Jangan angkat diri, sabotaj bila tidak dipilih - PM

Posted: 09 Oct 2011 06:20 AM PDT

09/10/2011 5:33pm

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak menganggap diri sebagai calon boleh menang pilihan raya umum akan datang dan bertindak mensabotaj parti apabila tidak terpilih.

Pengerusi BN itu menegaskan bahawa calon-calon BN yang bakal diketengahkan kelak adalah calon terbaik yang mempunyai ciri-ciri boleh menang, yang dipilih selepas membuat tinjauan sistematik dan semakan terperinci.

"Kalau kita nak pastikan kemenangan, kita mesti tampilkan kriteria calon yang boleh menang dalam pilihan raya umum," katanya pada Majlis Penerangan Perdana BN Peringkat Wilayah Persekutuan di PWTC di sini, yang dihadiri 8,000 ahli dan pemimpin BN Wilayah Persekutuan.

Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, beliau tidak mahu melihat mana-mana parti mencipta masalah dan mewujudkan puak-puak di dalam parti atau berlaku perpecahan sesama parti komponen BN semata-mata orang pilihan itu tidak dipilih oleh pucuk pimpinan sebagai calon pilihan raya umum.

"Kalau ada (calon) ditentukan orang tertentu, tapi sebaliknya kalau ada orang yang kata definisi calon boleh menang adalah saya sebagai contohnya, dan (mereka) tidak dapat terima orang lain sebagai yang terbaik.

"Maka dia akan potong trip dan lakukan perkara-perkara yang boleh jejaskan peluang calon kita untuk menang," katanya.

Mengambil pengalaman selama 35 tahun beliau berkecimpung dalam politik, Najib berkata ini termasuk cubaan mensabotaj secara terang-terang atau secara halus, seperti yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak. - Bernama

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian