Khamis, 13 Oktober 2011

Razlan's

Razlan's


Malaysiakini milik UMNO?

Posted: 13 Oct 2011 02:08 AM PDT

Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.

Laporan Malaysia Insider menyatakan portal malaysiakini akan dijual kepada syarikat berkempentingan UMNO disanggah oleh CEO Malaysiakini.

Melihat pada isu ini, sudah pastinya pembaca seperti saya berpandangan, ini satu daripada propaganda tidak berakal dimainkan oleh Malaysiakini dan Malaysia Insider.

Kedua-dua portal ini sering kali menabur fitnah jahat terhadap Kerajaan dan kesultanan Melayu. Berita mengenai MB Selangor yang menipu rakyat Selangor dan Sultan berkenaan perlantikan SUK negeri, isu Gereja Damansara dan banyak lagi isu-isu besar yang dimainkan oleh Malaysiakini menunjukkan mereka jelas berpihak kepada pembangkang, manakan mereka boleh memberi peluang kepada editorial yang pro kerajaan duduk di meja pengarang!

Seperti biasa, Malaysia insider akan melambung cerita sensasi dan disambut oleh Malaysiakini untuk menarik pembaca, sama la seperti isu tuduhan UMNO mahu memiliki Malaysiakini. Dan terbukti selepas isu ini dinaikkan oleh Malaysia Insider, Malaysiakini pula menafikan berita ini.

Tetapi kali ini lebih menarik, CEO Malaysiakini sendiri ditampilkan sebagai ikon untuk menolak tuduhan ini. Apakah sebenarnya yang cuba mereka potrekan? Sudah pastinya seorang lagi idola akan di lahirkan oleh portal ini untuk tujuan yang sudah pastinya memberikan kekuatan kepada mereka.

Malaysiakini dipunyai oleh Pelabur antarabangsa dari Tabung Media. Orang luar dari Malaysia mempunyai kuasa bercakap didalam menentukan hala tuju portal ini. Ini satu lagi bukti kenapa portal ini tidak akan bergabung atau dibeli oleh UMNO.

Portal ini telah diwujudkan untuk tujuan memusnahkan kredibiliti kerajaan dan memusnahkan parti UMNO. Banyak iklan dari pembangkang dan juga promosi pembangkan menggunakan portal ini, terbaru perhimpunan Bersih telah menggunakan portal ini sebagai portal publisiti mereka. Komen-komen yang berpihak kepada kerajaan tidak akan dilepaskan untuk bacaan tetamu mereka.

Jadi, pepatah, masakan tak ada angin pokok boleh bergoyang sudah tidak boleh digunapakai pada zaman ini, melalui beberapa mainan ayat dan cerita, ntah mana angin datang, ntah mana pokok goyang semuanya boleh diwujudkan oleh portal ini. Jadi, berhati-hatilah membaca portal ini, jangan anda semua dibodohkan oleh mereka yang meniup dan mengoyangkan sendiri semua isu demi kepentingan mereka.

Tiada ulasan:

Pengikut