Pengikut

Nuffnang

Khamis, 20 Oktober 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BANYAK JENIS KETAGIHAN DI MALAYSIA.

Posted: 20 Oct 2011 09:20 AM PDT

CHINA Press terbitan 28 Mei 2011 mengupas mengenai jenis-jenis ketagihan rakyat Malaysia di halaman C15.

Artikel bertajuk 'Ketagihan rakyat Malaysia ada banyak jenis' yang ditulis oleh Lee Rang disiarkan di ruangan perbincangan umum rakyat.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini yang mendedahkan rakyat Malaysia yang ke-10 tertinggi meminum arak adalah amat memeranjatkan.

Cuba kita fikirkan, bilangan penduduk negara ini tidak ramai dan ia turut dikatakan sebuah negara Islam tetapi satu pertiga rakyatnya meminum arak.

Bagaimanapun, banyak pihak yang meragui ranking yang diumum oleh WHO ini berikutan harga arak di negara kita dikenakan cukai sehingga menyebabkan harganya menjadi antara yang paling mahal di dunia. Terdapat juga kemungkinan sebahagian arak berkenaan diminum pelancong yang ramai ke negara ini.

Selain itu, ramai rakyat Malaysia ketagih subsidi, yang jika tidak dibasmi akan menjadi seperti penagih dadah yang teruk. Demi masa depan negara ini, kerajaan perlu menghentikan ketagihan ini dengan menaikkan harga barangan subsidi seperti gula dan minyak.

Jika orang awam rasa gelisah dan tidak tenteram, itu adalah reaksi semula jadi buat sementara waktu seperti yang dilalui penagih dadah. Jangan takut, apabila sudah biasa nanti, ia tidak akan apa-apa.

Sementara itu, banyak ketagihan lain yang dialami rakyat Malaysia yang berpunca daripada terlalu banyak keistimewaan yang diberikan. Contohnya ketagihan kroni, ketagihan tongkat, ketagihan rasuah dan ketagihan untuk menyelewengkan kuasa.

Terdapat juga ketagihan pihak tertentu supaya kerajaan mendukung mereka sehingga menyebabkan semua rakyat tidak boleh menggunakan kekuatan diri sendiri secara adil untuk bersaing.

Kerana ketagihan ini, kumpulan cerdik pandai menghilang diri ke luar negara, pelaburan asing semakin berkurangan dan kualiti kehidupan rakyat semakin mengundur ke belakang. Jika ketagihan ini tidak dibasmi, Malaysia akan muflis.

KETAGIHAN TERKINI:
POLITIK


FACE BOOK


PUTRAJAYA

FAKTA SEBENAR PAS BERTUKAR PRINSIP PERJUANGAN.

Posted: 20 Oct 2011 08:54 AM PDT




APAKAH sebenarnya yang Pas mahu? ISLAM ATAU KUASA?

Apakah Pas benar-benar berani? BERANI HANYA DENGAN UMNO? TAKUT DENGAN DAP?

Itulah persoalan yang perlu dijawab oleh kepimpinan baru parti itu yang dilihat begitu teruja menjadi 'jaguh' kepada pakatan pembangkang apabila sejak kebelakangan ini begitu lantang bersuara.

Jika pada 9 Julai lalu, kepimpinan Pas telah menunjukkan keberaniannya dengan mengerahkan ahli-ahlinya turun ke jalanan menyertai perhimpunan haram Bersih, terbaru mereka menolak pula mentah-mentah cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.

Mungkin kerana keterujaan selepas mengubah dasar perjuangan daripada negara Islam kepada negara berkebajikan, istilah berunding dan berbincang seolah-olah tidak wujud lagi dalam kamus politik kepimpinan Pas, justeru mereka tidak mahu berbincang atau mendengar dahulu penjelasan SPR.

TERBAHARU CUBA GUNA HUKUM HUDUD......

Corak berpolitik Pas sejak terbentuknya barisan harapan pilihan raya parti berkenaan selepas muktamar baru-baru ini, kini lebih menjurus kepada konfrantasi dan demonstrasi bukanlah lagi bertoleransi.

DULU MUSYAWARAH KINI DEMONTRASI & KONFRANTASI.

Oleh itu, ia menimbulkan kekeliruan dan persoalan apakah penolakan terhadap penggunaan sistem biometrik itu benar-benar dilakukan setelah membuat kajian atau ia lebih bermotif politik semata-mata.

Mungkin Pas ingin menunjukkan kepada sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka hebat berpolitik.

Namun persoalannya apakah Pas hanya berani berhadapan dengan SPR, berani bertelingkah dengan UMNO, berani menyerang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berani berbalah dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi apakah Pas akan benar-benar berani untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang?

HAJI HADI AWANG JADI PERDANA MENTERI?

Kalau kepimpinan baru Pas merasakan mereka sudah cukup hebat berpolitik maka mereka juga perlu menunjukkan 'kehebatan' itu apabila berunding dengan PKR dan DAP dalam pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketika ini sudah ada cabaran kepada Pas untuk bertanding antara 120 hingga 130 kerusi Parlimen bagi membolehkan parti tersebut menjadi peneraju utama dalam pakatan pembangkang.

DAPATKAH DAP TERIMA PAS MENGETUAI PAKATAN?

Cabaran berkenaan bukan sahaja dilontarkan oleh Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Kota Setar, Datuk Yusof Ismail, malahan oleh blogger-blogger yang mungkin sudah muak dengan 'keberanian tidak bertempat' Pas.

Mereka melihat Pas begitu bercita-cita tinggi untuk menggantikan UMNO malahan di mana-mana pun pemimpin Pas 'menjaja' bahawa parti itu jauh lebih baik daripada UMNO

JAJA PROPAGANDA PAS GANTI UMNO ?

Tetapi malangnya 'nafsu besar' itu tidak seiring dengan persoalan apakah Pas benar-benar berani hendak memberitahu PKR dan DAP bahawa Pas perlu dominan dalam pakatan pembangkang.

Setakat ini, pemimpin Pas meletakkan sasaran untuk bertanding 80 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum akan datang, lebih 14 kerusi daripada jumlah pada tahun 2008 iaitu 66 kerusi.

Maknanya, Pas mahu bertanding lebih kerusi daripada PKR dan DAP. Pada tahun 2008, PKR bertanding di 97 kerusi dan menang 31 kerusi manakala DAP bertanding 47 kerusi dan menang 28 kerusi.

Soalnya, daripada mana Pas akan mendapat 14 lagi kerusi Parlimen bagi meletakkan calon-calonnya? Apakah DAP akan memberi laluan? Atau apakah Pas hendak mengambil semula kerusi yang diberikan kepada PKR?

PAS RAMPAS KERUSI PARLIMEN DARI PKR TETAPI TIDAK DAP?

Beranikah Pas yang kini dilihat begitu ghairah untuk berkongsi kuasa dengan kedua-dua parti itu berkeras dan menunjukkan kejaguhan seperti mana mereka berhadapan dengan UMNO, BN, SPRM, SPR dan PDRM?

Penulis percaya hasrat untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen atau menjadi dominan dalam pakatan pembangkang hanyalah mimpi indah yang mengasyikkan bagi Pas.

Cita-cita itu tidak akan tercapai dan ia sekadar impian seperti mana mereka diperdayakan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam 'impian 16 September'.

16 SEPTEMBER 2008, 16 SEPT 2009, 16 SEPT 2010, 16 SEPT 2011....SAMPAI BILA?

'Keberanian' pemimpin-pemimpin Pas hanya terbatas di luar lingkungan pakatan pembangkang sahaja tetapi dalam kerjasama dengan PKR dan DAP, Pas sekadar menjadi 'pak turut'.

Jika berhadapan dengan UMNO, BN dan agensi kerajaan, Pas begitu bermati-matian melakukan serangan tetapi percayalah keberanian berkenaan tidak akan sampai ke mana apabila berhadapan dengan PKR dan DAP.

PAS KUDA TUNGGANGAN DAP & PKR..

PKR sudah pasti tidak akan menyerahkan kembali kerusi Pas yang mereka tandingi pada tahun 2008 kerana ia melibatkan banyak kawasan selamat, begitu juga DAP yang tidak akan sesekali menyerahkan kerusi mereka kepada Pas.

Semangat setiakawan seperti mana ditunjukkan oleh UMNO yang bersedia menyerahkan kerusi kawasan selamat kepada MCA atau MIC sama sekali tidak akan berlaku dalam pakatan pembangkang.

Dalam pakatan berkenaan masing-masing ingin berkuasa apatah lagi PKR dan DAP amat memahami keghairahan Pas untuk berkongsi kuasa bersama mereka.

Kerana itulah Pas menjadi satu-satunya parti pembangkang dalam sejarah politik negara sanggup mengorbankan dasar perjuangannya - satu tindakan yang sama sekali tidak akan dilakukan oleh PKR apatah lagi DAP.

Oleh itu PKR dan DAP tidak akan melayan tuntutan Pas apabila tiba masa perundingan pembahagian kerusi dilakukan kerana percaya serta yakin bahawa keberanian Pas bertempat.

DAP DAN PKR JOHOR BEREBUT KERUSI DUN TANGKAK.....

Pas hanya berani terpekik terlolong di jalanan, menunjuk hebat di hadapan rakyat dengan membuat pelbagai tohmahan kepada kerajaan BN tetapi pasti akan tunduk kepada kehendak PKR dan DAP.

Justeru adalah diharapkan kepimpinan baru Pas tidak terlalu ghairah hendak menjadi jaguh dalam berhadapan dengan UMNO, BN dan agensi kerajaan kerana kesudahannya bukan Pas yang akan meraih keuntungan sebaliknya PKR dan DAP.

Dan paling malang bagi Pas pula keberanian tidak bertempat parti itu hanya akan menyebabkan rakyat terutamanya orang Melayu menolak mereka dalam pilihan raya nanti.

Malahan orang Melayu juga tahu Pas tidaklah seberani mana apabila berhadapan dengan PKR dan DAP. Isu penjualan arak di Selangor dan larangan beroperasi kepada 13 pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadan sudah menjadi bukti sejauh mana keberanian Pas dalam berpolitik.

PERJUANGAN DULU,KINI DAN SELAMANYA.

Posted: 20 Oct 2011 08:33 AM PDT


PRU 13 : Punca Sebenar DAP Mengidam Calon Melayu.

Posted: 20 Oct 2011 08:00 AM PDT



Strategi DAP yang mahu meningkatkan pengaruh di kalangan orang Melayu adalah terbit daripada sikap paranoid dan kurang yakin kepada sokongan anggota daripada parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
 
Penganalisis politik, Mohd. Roslan Saludin berkata, selama ini DAP memendam rasa terutama di negeri yang diperintah oleh Pas dan PKR apabila merasakan diri mereka tidak begitu berkesan dalam mengenengahkan agenda sebenar perjuangan parti berkenaan.

PAS dan PKR akan jadi boneka mereka sahaja. Ini kerana DAP tidak berpeluang untuk jadi MB atau KM di 9 buah negeri Melayu. Contoh yang nyata adalah Kerajaan 11 bulan di Perak. MB tiada kuasa (boneka), 6 exco daripada DAP. Mereka mengawal MB dari PAS menerusi undian yang bakal dibuat.



"Oleh itu DAP merasakan mereka perlu melakukan sesuatu bagi mengenengahkan calon Melayu daripada parti itu sendiri bagi memenuhi keperluan teknikal pelantikan orang Melayu sebagai ketua negeri khususnya di negeri yang mempunyai Raja atau Sultan.



"Ini menyerlah sikap angkuh DAP terhadap kemampuannya meraih sokongan orang Melayu untuk dijadikan pemimpin boneka dan alat semata-semata bagi mencapai matlamat perjuangan politiknya sekali gus memperlekeh kemampuan orang Melayu dalammemelihara maruah mereka dan menjadikan mereka ibarat kuda tunggangan" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kempen mereka DAP parti untuk semua kaum.

Kit Siang dalam wawancara bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat 'keputusan yang sukar'.

Keputusan yang sukar adalah merujuk bahawa dalam pembahagian kerusi parlimen dan DUN, DAP akan menuntut lebih banyak kerusi diberikan kepadanya khususnya dikawasan bandar dan majoritinya pengundi Cina.

Bagaimanapun, Mohd. Roslan berkata, sama ada strategi DAP itu berhasil atau tidak adalah bergantung kepada sejauhmana orang Melayu sanggup dijadikan alat atau tunggangan bagi memuaskan nafsu DAP memerintah negara ini.



Menurut beliau, Sejarah Melayu dan Nusantara telah banyak memberikan contoh pemerintahan boneka yang pernah berlaku khususnya apabila British melantik Residen menjadi penasihat di istana beberapa buah negeri di Tanah Melayu.

Justeru, kata beliau, orang Melayu harus sedar, sekiranya mereka terjebak dengan perangkap politik DAP itu maka bukan sahaja maruah mereka sebagai orang Melayu akan tergadai malah kemerdekaan yang dibanggakan selama ini akan menjadi sia-sia.

Katanya, ini kerana negara akan kembali menjadi bangsa yang terjajah seperti mana pada zaman penjajahan British dahulu, cuma pada kali ini bukan British yang memerintah dan menjajah tetapi DAP.

Beliau berkata, seperti mana British pada satu ketika dahulu yang tidak yakin dengan kemampuan untuk memerintah Tanah Melayu tanpa sokongan Raja-Raja Melayu pada ketika itu, sehingga terpaksa mencari helah menyokong pihak yang bertelagah di kalangan kerabat diraja dan menyokong pihak yang sanggup jadi boneka dan menerima residen British.

Ia, ujarnya, sama seperti DAP yang juga akan sentiasa mencari ruang untuk memecah orang-orang Melayu dan akan berusaha mencari boneka di kalangan orang Melayu yang mereka boleh tunggang kerana cubaan berpakat dengan PAS dan PKR telah terbukti bermasalah dan tidak mampu memenuhi kerakusan nafsu serakah politik DAP.

Lihat sahaja bagaimana mereka menggunakan orang Melayu sendiri untuk menyerang Isntitusi Raja, Kontrak Sosial, hak istimewa orang melayu, DEB, pendidikan, agama Islam, Perkataan Allah, berceramah dalam masjid dsb. Tidakkah ini semua contoh yang jelas????? 





Bagaimanapun, tegas beliau, pakatan yang cuba mereka gunakan bagi menjayakan hasrat memerintah negara ini dilihat begitu rapuh dan goyah.


"Selain dari banyak masalah dalaman yang melanda setiap daripada parti dalam pakatan, DAP sedar ia bakal turut menjadi korban sekiranya pakatan pembangkang gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat seperti yang dijanjikan sebelum ini.

DAP sedar pada PRU 13, sekiranya rakan mereka mengalami kekalahan ditangan BN maka DAP akan selamat daripada kekalahan tersebut. Adakah ini menunjukkan DAP tidak setia kepada rakan dalam Pakatan?????

"Kini Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir dan DAP terdesak dan harus bersedia dengan alasan, strategi atau jalan keluar yang bakal mereka gunakan bagi menghadapi pilihan raya dan pengundi yang kecewa dengan prestasi pakatan pembangkang.



Isu-isu yang diciptakan oleh rakan mereka umpama senjata makan tuan. DAP tidak mahu terheret sama dalam kekalutan rakan-rakan mereka yang tidak cerdik ketika PRU 13. Tambahan pula isu dalaman parti yang melibatkan pemimpin atasan yang tidak selesai.


"Oleh itu, strategi yang terbaik ialah mencari boneka di kalangan orang Melayu. Kalau British boleh, tidak mustahil DAP juga boleh mencari boneka di kalangan orang Melayu," katanya lagi

SEJARAH MANIFESTO PILIHAANRAYA DI MALAYSIA.

Posted: 20 Oct 2011 06:45 AM PDT

Mengenai PRU juga, satu perkara yang tidak harus dilupakan ialah manifesto serta jentera perang saraf parti. Pelbagai tema dan slogan manifesto dirangka untuk menarik perhatian pengundi. Apakah pakatan 3P akan mempunyai satu manifesto atau sebaliknya membawa haluan masing-masing mengikut kehendak parti? BN juga pernah mengadakan manifesto berasingan mengikut negeri tetapi matlamat asalnya tidak lari daripada manifesto di peringkat pusat.
Di peringkat nasional, BN pernah menggunakan Tradisi Membela Rakyat; Bersih Cekap Amanah; Keamanan Kestabilan Kemakmuran; Malaysia Bebas Sepadu Maju; Ke Arah Malaysia Cemerlang Gemilang Terbilang; Selamat Aman dan Makmur. Di peringkat negeri antaranya Bersama Membina Masa Depan dan Islam Hadhari Terengganu Bestari.
Bagi pakatan 3P, Buku Jingga dan Negara Berkebajikan sudah tentu menjadi bekal bersama tetapi bagaimana pula apabila berhadapan kelompok masing-masing? Contohnya, isu negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud sudah tentu menarik perhatian terutama penyokong setia Pas dan DAP. Apakah isu ini akan dimasukkan dalam manifesto bersama 3P kerana setakat ini, sokongan yang diberi 'sekejap okey sekejap tidak' kecuali DAP yang konsisten dengan prinsipnya. Mungkin Pas akan merangka dua manifesto - jika mendapat majorti dua pertiga Parlimen maka hudud akan dilaksanakan sementara satu lagi manifesto sekadar mewujudkan negara berkebajikan selari dengan iltizam baru Pas yang diumumkan oleh Presidennya Abdul Hadi Awang pada muktamar Pas yang lalu.
Menyelak kembali PRU lalu, sebelum ini Pas pernah menggunakan Membangun Bersama Islam dan Gagasan Negara Islam sebagai tema manifesto. Pada PRU lalu, Pas menggunakan tema Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan sementara di Kedah bertemakan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Pada PRU 2004, Pas bersama Keadilan membentangkan manifesto Bersama Malaysia Baru - Kesejahteraan Untuk Semua berbanding pada PRU 1999 bertemakan Ke Arah Malaysia Yang Adil. Di Kedah, pada 2004, parti itu menggunakan tema Progresif, Adil, Sejahtera. Semalam, di Terengganu, Pas melancarkan manifesto Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan.
DAP juga setiap kali PRU cukup kreatif dengan pelbagai slogan. Keadilan, kebebasan, demokrasi dan pentadbiran yang bersih cukup popular. Turut digunakan slogan Enough is Enough, Try Five Years, Chief Minister with POWER dan sebagainya bagi menarik perhatian pengundi. Slogan itu jelas mengkritik kerajaan negeri ketika itu. DAP juga menggunakan watak Robocop. Lebih kreatif ialah penggunaan Change!, Tukar! Pada PRU 1990, DAP menggunakan peristiwa bersejarah iaitu gambar Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka! Berlatarkan Jalur Gemilang, Tunku seolah-olah melaungkan tukar! atau change!.
Begitulah kreativiti parti politik. Mungkin kali ini lebih hebat dengan pelbagai teknik yang sudah tersedia. Namun apa yang diharapkan, berpolitik dan berkempenlah secara berhemah. Kenapa harus mencipta sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah orang lain atau menyakitkan hati dan menimbulkan kemarahan? Kempen PRU sepatutnya membentangkan apakah agenda yang akan dilakukan dalam tempoh jika mereka berkuasa.
Kadangkala, senarai janji manifesto memang menarik tetapi sejauh mana pula keupayaan untuk melaksanakannya? Adakah ia sekadar kata-kata tetapi tidak ada tindakan untuk merealisasikannya?

PRU 13 : PENUH DENGAN TEKA TEKI.

Posted: 20 Oct 2011 06:18 AM PDT



PAS yakin PRU 13 selepas Mac 2011 PAS percaya tarikh paling awal Datuk Seri Najib Razak akan mempertimbangkan bagi diadakan pilihan raya umum ke-13.


Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan masa sekarang tidak sesuai untuk diadakan pilihan raya.Menurut beliau "suasana politik semasa" tidak mengizinkan ia diadakan. Beliau menyarankan apa salahnya dilonjakkan ke akhir mandat kerajaan sehingga April 2013.

Namun satu ramalan paling ekstrem ialah pilihan raya akan berlaku seawal bulan depan, November.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian