Pengikut

Nuffnang

Rabu, 28 September 2011

UMNO Cawangan Bukit Ampang

sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PM: Semai daya tahan, penyesuaian agenda transformasi

Posted: 27 Sep 2011 07:31 AM PDT

27/09/2011 8:59pm

KUALA LUMPUR 27 Sept. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, agenda transformasi kerajaan bermatlamat untuk memupuk daya ketahanan dan penyesuaian negara ini dari kejutan yang tidak dijangkakan dan bukan untuk menebat negara ini dari pelbagai perubahan.

"Fenomena ketidaktentuan ini menjuruskan kepada sesuatu yang kebiasaan yang meletakkan ekonomi terdedah kepada kejutan itu, tetapi jika kita melihat ekonomi sebagai satu sistem, kita akan mengetahui bahawa hanya ekonomi yang stabil dan berdaya tahan akan mampu mengharunginya," katanya semasa menutup Forum Megatrends Khazanah 2011 hari ini.

Katanya, bagi membina dan mewujudkan satu sistem yang berdaya tahan dan pada masa yang sama mempunyai keanjalan dan tangkas malah pantas, kerajaan perlu mengenepikan yang kaku di dalam sistem dan pada masa yang sama membina kapasiti dan keupayaan mereka yang mengendalikannya.

Pada masa yang sama, para peneraju enterpris, sama ada mereka yang di dalam perniagaan atau politik, perlu menyedari ketidaktentuan yang mereka hadapi, katanya.

Perdana Menteri berkata, sejarah yang lepas menunjukkan bahawa pasaran yang utama juga boleh gagal dan gagal dengan teruk, sehinggakan memerlukan kerajaan masuk campur dan menyediakan kepimpinan. — Bernama

BN sudah mula kenal pasti calon PRU13 - Muhyiddin

Posted: 27 Sep 2011 07:31 AM PDT

27/09/2011 8:53pm

PARIS 27 Sept. — Barisan Nasional (BN) sudah mula mengenal pasti calon bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah awal itu bukan bermakna pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat tetapi bagi memastikan calon yang dipilih nanti berkeupayaan dalam semua aspek, termasuk dalam menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Muhyiddin berkata, BN akan menggunakan pendekatan baru dalam memilih calon dengan kriteria utamanya ialah bakal calon akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pucuk pimpinan, selain sumber rasmi dan tidak rasmi.

"BN perlu ubah cara pemilihan calon berdasarkan perubahan landskap politik semasa...tidak boleh secara semberono," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin yang diiringi isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman kini berada di ibu negara Perancis ini untuk lawatan kerja dua hari bagi menghadiri mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco), yang berakhir hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, antara kriteria pemilihan bakal calon ialah kebolehan, kewibawaan, latar belakang, status pendidikan, kemahiran tertentu yang selari dengan tuntutan semasa, selain prihatin dan faham kehendak rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemilihan bakal calon terdiri daripada golongan muda dan berkelulusan tinggi akan diberikan pertimbangan sewajarnya, namun pengalaman turut diberikan perhatian bagi mewujudkan keseimbangan antara jumlah pemimpin muda dan berpengalaman.

Keutamaan juga diberikan kepada calon pilihan rakyat, katanya. — Bernama

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian