Khamis, 22 September 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


"SAMBUTAN MERDEKA RAYA" ANJURAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Posted: 22 Sep 2011 02:44 AM PDT

Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO telah menganjurkan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majlis tersebut akan dihadiri Perdana Menteri, merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, barisan menteri Kabinet dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Sambutan kali ini lebih istimewa kerana 25 waris pejuang peristiwa Bukit Kepong akan hadir untuk menerima penghargaan berupa replika, sijil serta sumbangan wang tunai sebagai menghargai jasa mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Lebih 10,000 pengunjung akan memeriahkan majlis yang dipenuhi dengan pelbagai acara menarik.

"RUMAH TERBUKA 1 MALAYSIA" ANJURAN UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 21 Sep 2011 08:25 PM PDT

UMNO Bahagian Cheras akan mengadakan 'RUMAH TERBUKA 1MALAYSIA' pada 28 September 2011 (Rabu) bertempat di Dewan Badminton Kuala Lumpur, Cheras.

Majlis yang akan diadakan bermula pada pukul 7.45 malam dan dijangka berakhir pada pukul 11.30 malam itu akan dihadiri oleh Menteri-Menteri kabinet, Ketua-Ketua UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan, pemimpin serta ahli-ahli UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN), pemimpin masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mewakili bagi pihak Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, ingin menjemput semua penduduk dan masyarakat setempat khususnya di kawasan Parlimen Cheras hadir di majlis tersebut. Selain jamuan beranika juadah, majlis terebut akan dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan pertunjukan bunga api.

Tiada ulasan:

Pengikut