Jumaat, 5 Ogos 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PEMIMPIN PAS KUTIP CERITA TEPI JALAN - SYED ALI

Posted: 04 Aug 2011 11:21 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan pemimpin PAS hanya mengutip cerita tepi jalan untuk dijadikan isu besar kononnya ada gerakan menjatuhkan Perdana Menteri.

"Walhal cerita tersebut tidak benar sama sekali dan bertujuan mencemarkan nama baik Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.

Katanya, semua itu adalah cerita rekaan dan karut yang cuba diperbesarkan oleh pemimpin PAS setelah hubungan mereka dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) semakin renggang.

Beliau berkata, PAS mengutip cerita tidak benar itu dalam usaha mereka untuk memecahbelahkan perpaduan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya jelas beliau, kepimpinan Najib dan timbalanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah terbaik setakat ini dan mendapat keyakinan penuh daripada ahli-ahli parti serta rakyat keseluruhannya.

Katanya, perbuatan tersebut merupakan sebahagian daripada propaganda digunakan PAS ketika bahang Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir hampir," tambahnya.

" Semua itu cerita karut dan dakwaan tak masuk akal dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kononya ada gerakan untuk menjatuhkan Najib" tegasnya.

Beliau mendakwa, Mustafa hanya mengambil cerita tepi jalan dan dijadikan satu isu besar hanya untuk menutup pelbagai kepincangan dan kelemahan PAS.

Beliau mengulas dakwaan Mustafa menerusi portal berita pro-pembangkang – Malaysiakini bahawa ada gerakan dalaman UMNO untuk menjatuhkan Najib.

Mustafa juga dilaporkan berkata bahawa Najib dan isterinya sebagai liabiliti kepada UMNO dan BN.

Dalam hal ini, Syed Ali menyifatkan Setiausaha Agung PAS itu sudah ketandusan modal politik sehingga terpaksa mengutip cerita tersebut yang dijaja di warung kopi dan di tepi jalan.

"Masakan seorang pemimpin kanan PAS boleh percaya kepada cerita atau gosip tepi jalan ?, soalnya lagi.

PAS juga jelas beliau, terpaksa 'tumpang sekaki' untuk menonjolkan diri supaya dilihat masih mempunyai suara dalam PR yang didominasi oleh DAP.

Katanya, untuk memulihkan semula hubungan PAS dengan DAP serta PKR, mereka mula mencari isu termasuk membuat dakwaan ada usaha dalaman UMNO untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini katanya, PAS hanya 'melukut ditepi gantang' dan tidak mendapat layanan mesra oleh DAP.

"Malah PKR juga mula berasa cuak dan curiga dengan permainan politik PAS yang dilihat mempuyai agenda tertentu," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut