Pengikut

Nuffnang

Khamis, 18 Ogos 2011

Razlan's

sumber :-

Razlan's


Pendedahan Utusan: Pemuda UMNO buat laporan polis

Posted: 18 Aug 2011 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan Utusan Malaysia mengenai sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama di sini yang mengajar lagu-lagu berunsur Kristian sehingga boleh dihafal oleh murid-muridnya itu.

Ketua pergerakan itu, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, tindakan pusat tuisyen itu jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesucian agama Islam tidak boleh dicerobohi oleh agama lain.
Katanya, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) digesa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, terdapat tenaga pengajar dipercayai pendakwah Kristian yang mengajar tuisyen untuk Bahasa Inggeris kepada kira-kira 20 murid.

"Bagaimanapun, apa yang dikesali mereka telah menerapkan ajaran Kristian kepada murid-murid tersebut dengan mengajar mereka menyanyikan lagu agama Kristian serta menayangkan video berhubung kelahiran dan kehidupan Nabi Isa," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Brickfields di sini, hari ini.
Ruangan 'Cuit' Utusan Malaysia hari ini mendedahkan maklumat seorang guru sekolah rendah mengenai kegiatan beberapa muridnya Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Kegiatan tersebut dipercayai telah berlaku sejak lebih enam tahun lalu yang mana golongan anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan sektor Hock Ann di Jalan Klang Lama itu menjadi sasaran mereka.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian