Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 5 Ogos 2011

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

sumber :-

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


Puteri UMNO melancarkan Kad Hawa Real Rewards

Posted: 04 Aug 2011 08:34 PM PDT



Pelancaran Kad Hawa dibuat serentak dengan sambutan 10 tahun penubuhan Puteri. Kad Hawa adalah program usahasama antara Puteri UMNO dan Real Rewards yang bukan dikhususkan kepada ahli Puteri sahaja tetapi juga dibuka kepada wanita berusia 18 tahun ke atas. Selain mendapat mata ganjaran, Kad Hawa juga memberikan perlindungan kecurian ragut untuk meringankan beban mangsa. Kad berkenaan menawarkan faedah perlindungan bagi kecurian ragut yang meliputi kehilangan wang dan barangan berharga, perlindungan pengeluaran wang dari ATM, kehilangan dompet dan juga kes ragut menyebabkan kematian yang meliputi faedah dari RM500 sehingga RM10ribu.Ketua-ketua pergerakan Puteri bahagian dilantik sebagai ejen menyebarkan Kad Hawa. Bagi mereka yang tidak dapat menghubungi ketua Puteri bahagian, mereka boleh mendapatkan terus daripada Real Rewards.

KEMBARA JELAJAH SINGGAH SAHUR

Posted: 04 Aug 2011 08:06 PM PDT

Kembara Jelajah Singgah Sahur Puteri UMNO Malaysia dan Belia 4B Malaysia dengan kerjasama Puteri UMNO Melaka dan Belia 4B Melaka pada 2hb Ogos 2011 jam 2pagi. Bertempat di Kg. Krubong Tengah, Dun Paya Rumput, Melaka.  Penerima sumbangan En. Isnin dan Pn Latipah Omar iaitu ibu tunggal kepada 3 anak.  Sumbangan duit, keperluan barang dapur dan isi rumah yang daif mendapat perhatian CM.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian