Selasa, 9 Ogos 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


TS MUHYIDDIN BERBUKA PUASA BERSAMA 1,000 TETAMU DI SRI SATRIA

Posted: 09 Aug 2011 07:53 AM PDT

PUTRAJAYA, 9 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin berbuka puasa bersama lebih 1,000 warga Kementerian Pelajaran di kediaman
rasminya di Sri Satria di sini hari ini.Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, kedua-dua

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Dr Wee Ka Siong serta
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud.
Majlis berbuka puasa itu dimulakan dengan tazkirah, diikuti solat Maghrib.
Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyampaikan
sumbangan kepada 81 kanak-kanak di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.
Mereka terdiri daripada 41 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat serta
masing-masing 20 pelajar SK Dengkil dan SK Merab Luar.
Timbalan Perdana Menteri turut menunaikan solat Isyak diikuti solat sunat Tarawih bersama para tetamu.

Tiada ulasan:

Pengikut