Jumaat, 29 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Cincin RM24j; penafian isteri PM lenyapkan fitnah jahat - Syed Ali

Posted: 29 Jul 2011 06:06 AM PDT

PENAFIAN isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor berhubung isu pembelian sebentuk cincin bernilai RM24 juta kelmarin sekaligus melenyapkan fitnah jahat yang dilemparkan oleh pihak tertentu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, isu tersebut sebenarnya tidak masuk akal dan sengaja dicipta untuk memburukkan imej keluarga Perdana Menteri.

Katanya, secara logiknya isu tersebut sebagai kartun, tidak masuk akal dan tidak munasabah langsung sebanyak RM24 juta dibelanjakan hanya untuk sebentuk cincin.

Beliau yakin Rosmah tidak akan berbuat demikian memandangkan beliau merupakan isteri Perdana Menteri dan turut mempunyai tanggungjawab terhadap pembangunan rakyat di negara ini.

"Pada saya rakyat Malaysia termasuk Rosmah belum lagi sampai ke tahap itu untuk membazirkan wang sebegitu banyak hanya untuk pembelian batu perhiasan,"tegasnya.

Justeru katanya, penafian Rosmah berhubung dakwaan beliau membeli sebentuk cincin permata berharga RM24 juta akan melenyapkan segala tohmohan jahat pembangkang.

Beliau mengulas kenyataan Rosmah kelmarin yang menyifatkannya sebagai satu fitnah dan beliau tidak ada masa untuk melayannya.

Bercakap kepada media di Pokok Sena, Kedah semalam, isteri Perdana Menteri dipetik sebagai berkata :" Tak ada masa apa yang nak saya cakap, sebab saya tak ada masa nak layan perkara seumpama itu. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap,".

"Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah. Daripada saya layan perkara seumpama ini, lebih baik saya beri perhatian keada hal rakyat kerana itu lebih penting," kata Rosmah lagi.

Sehubungan itu jelas Syed Ali, perbuatan memfitnah keuarga Perdana Menteri merupakan perbuatan khianat dan tidak boleh dipandang ringan.

"Saya kesal kerana kadangkala blogger bertindak keterlaluan dengan sengaja melemparkan fitnah dengan niat jahat untuk mencemarkan reputasi seseorang," ujarnya.

Beliau berharap dengan penafian Rosmah itu, isu fitnah pembelian cincin tersebut akan dihentikan segera.

Menurut Syed Ali lagi, memfitnah dengan dakwaan tidak berasas bukan caranya untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau mendedahkan pihak tertentu termasuk pembangkang sengaja menjadikan Rosmah sebagai sasaran mereka untuk menjatuhkan reputasi Najib.

"Mengapa Rosmah yang dijadikan mangsa, kalau mereka berniat untuk menerajui negara ini, tunggulah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," jelasnya.

Pada 14 Julai lalu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dikatakan telah membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai RM24 juta oleh Rosmah.

Fitnah tersebut kemudiannya disebarkan oleh beberapa portal beriota pro-pembangkang.






PENGIKUT PAS SEMAKIN KECEWA !

Posted: 28 Jul 2011 09:00 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

KOMEN dan responnya cukup bagus apabila saya turut bersetuju dengan pandangan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Haji Ahmad Maslan berhubung penyatuan PAS-UMNO.

Ramai yang ghairah memberikan pelbagai komen – ada yang bersetuju dan ada yang menentang sekeras-kerasnya.

Malah ada yang masih lagi dibaluti rasa benci yang amat sangat terhadap UMNO, melemparkan kata-kata yang agak kasar dan kesat terhadap saya. Alhamdulillah.

Saya terima pandangan pro dan kontra dengan berlapang dada terhadap usaha kearah penyatuan dua parti terbesar yang mewakili orang Melayu dan umat Islam.

Kritikan pedas itu jelas mencerminkan sejauhmana luhurnya budi pekerti kita sebagai umat Islam, yang sentiasa kalah kepada perasaan amarah, dendam kesumat dan syak wasangka.

Secara jujurnya, saya akui benar bahawa buat masa sekarang ini memang agak sukar untuk PAS berjabat tangan dengan UMNO.

Ini kerana pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu masih lagi dibaluti sikap ego dan angkuh.

Barisan pemimpin tertinggi PAS masih lagi memandang cuak kepada UMNO dan mereka memusuhi UMNO lebih daripada membenci orang kafir.

Inilah yang membuatkan pengikut dan penyokong PAS di akar umbi berasa kecewa dengan sikap pemimpin mereka.

Pemimpin PAS seperti singa tua

Pengikut dan penyokong PAS sedar bahawa Islam tidak mengajar umatnya menentang sebarang usaha kearah kebaikan dan penyatuan.

Keresahan itu menyebabkan ahli-ahli PAS di peringkat bawahan semakin menyisihkan diri daripada parti tersebut dan mereka mula berjinak-jinak dengan UMNO.

Rakan politik saya di Kelantan, Terengganu dan Kedah memberitahu ramai pengikut PAS di negeri-negeri berkenaan sudah tidak lagi yakin dengan falsafah perjuangan PAS.

Mereka berasa malu setelah melihat pemimpin mereka seperti 'lembu dicucuk hidung' oleh DAP.

Malah mereka yang bersifat 'atas pagar' juga kecewa kerana PAS sanggup membiarkan DAP mendominasikan Pakatan Rakyat (PR) sehingga PAS seperti 'singa tua' yang lagi tidak mampu untuk mengaum.

Hakikat itu jelas kerana misi PAS adalah berusaha untuk menjatuhkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pertolongan DAP dan PKR.

Jadi, saya boleh bersetuju ada yang berpendapat usaha kearah perpaduan itu hanya membuang masa dan ibarat 'menuang air ke daun keladi'. Sia-sia dan tidak berbaloi.

Bagaimanapun, saya tidak berputus asa dengan harapan suatu hari nanti PAS-UMNO akan kembali bertaut atas semangat perjuangan Islam.

Apabila ini berlaku, sudah tentu Melayu akan kekal sebagai bangsa yang berdaulat dan perkasa.

Sementara itu, saya dan mungkin pemerhati politik dikejutkan dengan perkhabaran yang dibawa oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim bahawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipelawa jawatan Ketua Pembangkang.

Tawaran itu dibuat sebagai persedian jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Tidak mudah Ku Li berubah hati

Zahrain mendakwa maklumat tersebut diperolehi daripada rakan-rakan beliau yang masih berasa di dalam PKR.

Terlalu awal untuk saya mengulas perkembagan tersebut, tetapi saya sukar untuk mempercayai makklumat yang didedahkan oleh Zahrain itu.

Ini kerana saya begitu yakin bahawa Ku Li, pemimpin veteran UMNO dan bekas Menteri Kewangan rasanya tidak mudah condong hati hanya dengan tawaran berkenaa.

Buat masa ini, saya tidak fikir Ku Li akan berbuat demikian kerana perjuangan beliau bersama UMNO sudah mendarah daging dalam hidupnya.

Cuma saya bimbang, apakah ini strategi terbaru PR terutama PKR untuk mengheretkan nama pemimpin besar UMNO bersama mereka bertujuan memecahbelahkan parti.

Barangkali pembangkang sedar, mereka tidak mampu untuk meruntuhkan UMNO daripada luar, jadi mereka mencari helah dengan merosakkannya daripada dalam.

Dan 'target' pertama pembangkang adalah Ku Li, tokoh yang dilihat mampu menarik perhatian ramai.


Ini sangat berbahaya kepada kekuatan parti dan saya berharap perkhabaran itu tidak benar dan sekadar perang psikologi pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ingat, pembangkang akan merekacipta pelbagai isu untuk melemahkan jatidiri pemimpin UMNO.

Mudah-mudahan kita tidak akan terperangkap dengan taktik dan helah licik yang sedang dimainkan pembangkang.

Tiada ulasan:

Pengikut