Khamis, 28 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


‘Tak ada salahnya jika UMNO-PAS rintis semula kerjasama’ – Syed Ali

Posted: 27 Jul 2011 09:20 PM PDT

JIKA berlaku kerjasama UMNO – PAS, ianya bukan hanya atas kepentingan politik, tetapi demi kesinambungan perjuangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Oleh sebab itu katanya, UMNO tidak pernah berasa kecewa dan berputus asa walaupun selama ini salam kerjasama itu ditolak mentah-mentah oleh PAS.

"Atas nama kepentingan Islam, UMNO sentiasa mengharapkan suatu hari nanti akan berlaku kerjasama atau permuafakatan antara kedua-dua parti yang mewakili kepetingan seluruh orang Melayu," katanya.

Beliau memberitahu, pelawaan untuk bekerjasama antara UMNO-PAS pernah disuarakan secara terbuka oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak lama dahulu.

Bagaimanapun, para pemimpin PAS terutama Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan keras menentang dan menolak pelawaan Perdana Menteri dengan meleparkan pelbagai tuduhan.

Dalam perkembangan terbaru ini, Syed Ali bagaimana pun berharap kerjasama itu hendaklah atas sifat ikhlas dan bermatlamat untuk menjana kekuatan umat Islam.

"Perasaan sombong dan bongkak pemimpin Pas terutama Nik Aziz perlu dikikis demi kepentingan umat Islam tanpa mengira idelogi politik," tambahnya.

Syed Ali mengulas saranan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan yang dilaporkan oleh agensi berita Bernama sebagai berkata UMNO masih berharap PAS dapat bekerjasama bagi menyatupadukan umat Islam dan Melayu di negara ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran UMNO Bahagian Kota Raja, Shah Alam malam tadi, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan, kerjasama itu bagaimanapun bukan bermakna UMNO berada dalam keadaan terdesak.

"Saya berstuju dengan pandangan Ahamd Maslan, UMNO bukan lagi terdesak tetapi kita merenung jauh kepada masa depan umat Melayu yang dikhuatiri akan merempat di tanahairnya sendiri akibat percaturan kuasa pihak berkepntingan," tegasnya.

Mengulas lanjut saranan tersebut, Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berharap kepimpinan baru PAS sekarang ini dapat meneliti cadangan tersebut demi kebaikan bersama.

"Kita bercakap bukan kerana nafsu politik, tetapi kita mengambilkira senario masa kini dan permasalahan yang sedang melanda seluruh umat Islam dan orang Melayu di negara ini,' tegasnya.

Bersetuju dengan penjelasan Ahmad Maslan bahawa UMNO bukan terdesak, beliau menegaskan situasi sekarang sudah jelas menampakkan bahawa orang Melayu sedang dicaturkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

"Kita kena sedar orang Melayu sekarang ini seperti dijadikan buah catur oleh pihak yang berkepentingan dan akhirnya kita bertelagah sesama sendiri," tegasnya lagi.

Menurutnya, sejajar dengan perubahan pendekatan PAS daripada 'Membangun Bersama Islam' kepada 'Negara Berkebajikan', maka bersesuaian jika PAS dengan UMNO merintis jalan untuk bekerjasama.

Tiada ulasan:

Pengikut