Isnin, 25 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali : jangan terhad temui rakyat

Posted: 24 Jul 2011 11:54 PM PDT

PEMIMPIN parti komponen perlu lebih aktif menemui rakyat dan tidak terhad kepada kepentingan satu-satu kaum sahaja, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, ia bertujuan memenuhi dua prasyarat untuk Barisan Nasional (BN) terus releven sepetimana yang dikehendaki oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua prasyarat berkenaan ialah memperkukuhkan perpaduan dan mendahulukan kepentingan rakyat demi menguatkan pasukan BN menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menurut beliau, masa bukan terlalu lama lagi untuk pemimpin BN memperhebatkan gerakan bertemu rakyat memandangkan bahang PRU semakin hampir.

Katanya, walaupun gerakan turun padang sudah lama dilakukan tetapi ia perlu diperhebatkan termasuk bagi menangkis pelbagai dakyah pembangkang.

"Kita tidak tahu bila PRU akan berlaku, tetapi ianya semakin hampir. Oleh itu kita kena melipatgandakan usaha menemui rakyat disetiap kawasan," ujrnya.

Beliau yang juga Setiausaha BN Wilayah Persekutuan menegaskan, setiap pemimpin komponen BN mempuyai tanggungjawab terhadap kelompok masyarakat yang diwakili.

Katanya, sama ada komuniti kaum itu Melayu, Cina, India ataus sebagainya, ia perlu mendapat perhatian daripada pemimpin yang mereka pilih.

"Inilah yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri, rakyat perlu didahulukan tanpa mengira perbezaan warna kulit, kaum dan agama" ujarnya.

Mengenai tahap sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN, Syed Ali menjelaskan perkembangan sekarang berada di tahap memuaskan terutama di Wilayah Persekutuan.

Beliau percaya warga kota tetap menaruh keyakinan kepada keupayaan BN untuk merampas semula beberapa kerusi parlimen yang ditawan pembangkag pada PRU ke-12.

"Banyak sentimen semasa yang mempengaruhi sokongan bukan Melayu kepada BN terutama selepas perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini," jelasnya.

Beliau berkata, pengundi dapat melihat secara jelas bagaimana taktik jahat pembangkang yang cuba mencetuskan kacau-bilau sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Mengenai desakan pelbagai pihak supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga, Syed Ali berkata perkara itu sepatutnya sudah lama dilakukan.

"Saya sendiri tidak faham mengapa kerajaan dilihat terlalu sukar untuk bertindak keatas beliau," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut