Jumaat, 22 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


UMNO perlu terus 'hidupkan' keburukan moral Anwar - Syed Ali

Posted: 22 Jul 2011 03:31 AM PDT

UMNO perlu terus 'menghidupkan' isu membabitkan keburukan moral Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai salah satu strategi mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, langkah itu wajar memandangkan Anwar sendiri terlalu ghairah merekacipta pelbagai isu fitnah dan tohmohan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Langkah itu jelas beliau, bukan bermakna UMNO mula menggerakan serangan peribadi terhadap pemimpin pembangkag, tetapi sebagai usaha menangkis segala fitnah jahat yang ditabur mereka selama ini.

"Selama ini kita diam mendengar pelbagai fitnah jahat dan tohmohan mereka, tetapi kali ini kita kena bingkas menghadapinya. Kalau mereka berani serang kita dengan fitnah, maka kita juga harus menyerang balas," tegasnya.


Katanya, UMNO pada saat ini perlu lebih aggresif mematahkan serangan lawan jika kita ingin kekal berkuasa pada PRU akan datang.

Malah katanya, Anwar juga sentiasa membohongi rakyat dengan mendawka menjunjung sistem demokrasi tetapi dalam masa yang sama mendalangi beberapa demontrasi jalanan dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

"Sebagai contohnya, pemimpin pembangkang termasuk Anwar terus memainkan isu wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu walaupun Najib telah bersumpah di masjid bahawa beliau tidak ada kaitan dengan wanita tersebut," tegasnya.

Menurut beliau, inilah contoh bagaimana Anwar memanipulasikan isu tersebut untuk mengheret Perdana Menteri bagi menghakis kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dalam masa yang katanya, Anwar sehingga kini masih takut untuk bersumpah di masjid apabila dikaitkan dengan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari.

Sehubungan itu, Syed Ali menyarankan jentera UMNO disemua peringkat supaya turut memperhebatkan gerakan bagi menangkis dakyah tersebut dan turut mendedahkan kepada umum sejauhmana skandal dan kegiatan tidak bermoral Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
"Sebagai contohnya, kita mahu satu ujian DNA dijalankan segera bagi menentukan kesahihan seorang anak perempuan Azmin Ali yang sebelum ini didakwa oleh keluarga terdekatnya sebagai anak Anwar," tegasnya.

"Ada yang kata anak gadis itu anak Anwar hasil skandal sulit derngan isteri Azmin, ada yang kata benar itu anak sahih Azmin dengan isternya, mana satu yang betul ? soal beliau lagi.

Oleh sebab itu katanya, satu kepastian perlu didedahkan bagi mengelak berlaku fitnah berpanjangan dan menyelamatkan masa depan anak gadis berkenaan.

Selain itu katanya, isu rakaman video seks yang turut dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur China juga hendaklah diperjelaskan kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar.

"UMNO perlu perhebatkan gerakan penerangan isu video berkenaan kerana wajah pelaku skandal seks itu dipercayai mirip wajah Anwar," ujarnya.

Justeru, beliau sekali lagi mendesak supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan segera bagi mengenalspasti siapa pelaku seks seperti yang dipaparkan di dalam video berkenaan.

Berhubung kes liwat yang dalam proses perbicaraan, Syed Ali berkata rakyat sudah sekian lama menunggu keputusan kes tersebut yang kerap kali ditangguhkan dengan pelbagai alasan.

"Anwar amat licik dan sentiasa berusaha mencari jalan untuk menangguhkan kes tersebut, oleh sebab itu pelbagai isu ditonjolkan untuk mengalih perhatian rakyat, sepertimana yang dilakukan menerusi perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini," katanya.

Katanya lagi, insden perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini juga turut menayangkan bagaimana bijaknya Anwar dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu 'berlakon' dalam usaha mereka menarik simpati rakyat.
"Mereka kata cedera akibat keganasan polis tetapi apabila siasatan dibuat ternyata pengakuan mereka adalah rekaan dan bohong semata-mata," jelasnya.

Sehubungan itu, Syed Ali mencadangkan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat pakar perubatan daripada hospital kerajaan untuk memastikan kesahihan 'kecederaan' pada pipi kanan seorang pegawai peribadi Anwar.

Menurutnya, daripada apa yang diperkatan umum bahawa ramai yang meragui kecederaan tersebut dan menyifatkannya sebagai lakonan untuk 'memerangkap' pasukan polis.

"Polis harus sentiasa memantau pergerakan mereka kerana modus operandi kumpulan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada menerusi kekerasan," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut