umno bahagian cheras |
Bersih ; Dr. Mahathir mungkin tidak bersetuju pandangan Marina - Syed Ali Posted: 18 Jul 2011 12:14 AM PDT DATUK Wira Syed Ali Alhabshee tidak terfikir mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan sikap anak sulungnya, Datuk Paduka Marina yang begitu menyanjung perjuangan Bersih. Katanya, Dr. Mahathir mungkin tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan Marina terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa Marina sebagai terancam. "Saya tak fikir begitu, Dr. Mahathir adalah pejuang UMNO dan sudah tentu beliau menentang keras usaha Bersih untuk melumpuhkan kerajaan BN," tegasnya. Sehubungan itu, Syed Ali menyifatkan kenyataan Marina sebagai pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili pendirian keluarga bekas Perdana Menteri berhubung perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. "Mungkin itu pandangan peribadi, tetapi saya bimbang kenyataan Marina boleh menyinggung perasaan Dr. Mahathir," ujar Ketua UMNO Bahagian Cheras itu. "Dr. Mahathir mungkin tidak boleh menyekat hak Marina untuk bersuara tetapi sebagai anak bekas Perdana Menteri, tentu tindak-tanduk beliau menarik perhatian rakyat. Katanya lagi, rakyat melihat situasi sedemikian sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Beliau kecewa kerana Marina sejak kebelakangan ini dilihat begitu lantang mengecam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Katanya, sejak demontrasi haram Bersih baru-baru ini, Marina dilihat membabitkan diri secara langsung dalam perhimpunan tersebut dengan turut hadir menyertainya. "Beliau mengecam kerajan secara terbuka, saya lihat seperti ada yang tak kena pada Marina," ujarnya. Beliau mengulas kenyataan Marina dalam portal berita malaysiakini yang berkata BN berada dalam kedudukan panik dan merasakan kerajaannya terancam dan tidak boleh berfikir dengan jelas. Marina dipetik sebagai berkata : " Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka.Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir, Tetapi bukan semua mereka,". Kata Marina lagi, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan Bersih 2.0 sambil menyifatkan mereka melakukan perkara yang baik dan menjadi 1Malaysia. Dalam hal ini, Syed Ali kecewa kerana Marina menggunakan malaysiakini sebagai medium untuk mengkritik kerajaan sedangkan portal berita tersebut sememangnya pro-pembangkang. "Saya berasa hairan bagaimana Marina berbuat demikian sedangkan Dr.Mahathir sendiri pernah dikecam oleh malaysiakini dalam banyak isu sebelum ini," tambahnya. Sebagai anak bekas Perdana Menteri tersohor katanya, Marina masih boleh menyuarakan pandangan dan kritikan beliau mengikut saluran yang betul tanpa mencetuskan kontroversil. |
Hiburan di bulan Ramadhan : mengaku pejuang Islam tetapi kecut perut diherdik DAP Posted: 17 Jul 2011 08:50 PM PDT PAS akan mengeluarkan pelbagai fatwa dan dalil al-quran untuk menghentam kerajaan terutama UMNO jika terbabit dalam isu kebenaran mengunjungi pusat hiburan di bulan Ramadhan. "Tetapi disebabkan ianya membabitkan pentadbiran PAS di Kedah, mereka berdolak-dalik dengan pelbagai alasan kerana ingin menjaga hati DAP walaupun terpaksa menggadaikan prinsip Islam, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Bertambah buruk tegasnya, pemimpin PAS akan memanipulasikan ayat-ayat al-quran untuk menghentam UMNO dan menghalalkan apa sahaja yang mereka lakukan walaupun memberi kesan negatif kepada umat Islam. Katanya, tabiat buruk dan 'cakap tak serupa bikin' pemimpin PAS itu sudah menjadi perkara lumrah dan umat Islam yang waras pemikiran mereka dapat menilai sejauhmana kebenaran perjuangan PAS. "Sifat pemimpin PAS yang suka bermuka-muka bukan perkara baru, inilah tabiat mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan mereka dan agama juga diperalatakan untuk memburukkan pemimpin UMNO," tegasnya. Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan, walau macamana pun lakonan PAS untuk menunjukkan mereka berjuang untuk Islam, akhirnya mereka akan tunduk terkulai kerana ditekan oleh DAP. "Jadi kita tidak hairan dalam isu ini, biasalah kalau dah jadi keldai politik, garang macamanana pun ianya sekadar lakonan, akhirnya mereka seronok belakang dipijak pemimpin DAP," ujarnya. Syed Ali kecewa kerana Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengaku sebagai ulama, rupa-rupanya takut kepada gertakan DAP. "Mengaku kononnya pejuang Islam, tetapi apabila diherdik oleh DAP dalam isu pusat huburan di buan Ramadhan, mereka jadi kecut perut, inilah wajah hipokrit pemimpin PAS," tegasnya. Kata Syed Ali lagi, apa sahaja isu membabitkan UMNO, mereka akan ekspolaitasikan isu tersebut tetapi jika terkena batang hidup PAS, mereka akan berdolak-dalik dengan pelbagai alasan. Mengaku kononnya pejuang Islam, tetapi kecut perut diherdik DAP Mengulas mengenai 500 mahasiswa menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu seperti yang didedahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi semalam, Syed Ali berkata ianya amat serius dan memerlukan tindakan selanjutnya oleh pihak berkenaan. "Kementerian berkenaan kena tegas dalam soal ini, cari pendekatan berhemah dan puncanya mengapa mahasiswa tersebut cenderung memihak kepada gerakan anti-kerajaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan