umno bahagian cheras |
Kes liwat Saiful: Anwar saksi pertama pembelaan Posted: 13 Jul 2011 12:05 AM PDT ![]() Peguam Sankara Nair memberitahu demikian kepada pemberita selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh perbicaraan disambung mulai tarikh tersebut hingga 26 Ogos ini. Menurut peguam itu, pihaknya juga akan memfailkan permohonan pada minggu depan untuk mendapatkan perintah agar pihak pendakwaan membawa saksi-saksi ke mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan sebelum mereka menentukan saksi-saksi lain yang akan dipanggil di peringkat pembelaan. Pada 16 Mei lalu, Ketua Pembangkang itu diperintahkan membela diri setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut. Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas meneliti kesemua keterangan saksi di peringkat pendakwaan dan berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, N0.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. – Utusan Online |
Operasi Bersih : Tiada sebab polis perlu minta maaf – Syed Ali Posted: 12 Jul 2011 10:51 PM PDT ![]() TIADA sebab Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan PDRM perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia berhubung dakwaan bertindak ganas dan melampau terhadap peserta perhimpunan haram Bersih 2.0, Sabtu lalu. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan