Pengikut

Nuffnang

Selasa, 12 Julai 2011

umno bahagian cheras

sumber :-

umno bahagian cheras


UMNO Cheras desak tubuh suruhanjaya bebas sahkan pelaku seks

Posted: 12 Jul 2011 01:02 AM PDT

UMNO Bahagian Cheras mahu kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi mengesahkan identiti sebenar pelaku seks dalam kes video lucah yang dikaitkn dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pengesahan Identiti Pelaku Seks (SPIPS) itu disegerakan bagi menamatkan pelbagai spekulasi dan kekeliruan orang ramai.
"SPIPS perlu ditubuhkan bagi membuktikan siapa sebenarnya pelaku dalam video seks yang menggemparkan negara apabila dakwaan mengatakan ianya mirip wajah Anwar," tegasnya.


Katanya, selagi pelaku utama dalam video seks itu tidak didedahkan maka selagi itulah pelbagai tuduhan liar dibuat oleh banyak pihak termasuk pembangkang yang menuduh ianya satu konspirasi.


Bagi menamatkan spkulasi tersebut dan untuk membersihkan mereka yang didakwa terbabit, maka pelaku seks dalam video berkenaan sewajarnya didedahkan.


Sehubungan itu katanya, sebelum kerajaan melayan tuntutan gila Bersih 2.0 yang mahu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja, pelaku dalam video seks itu perlu terlebih dahulu didedahkan kepada umum.


Lagipun jelas Syed Ali, ketulenan pita video berkenaan telah diperakui oleh pakar antarabangsa dan pihak polis sendiri mengesahkan ianya adalah benar.


"Pembangkang memang tak habis-habis cuba membuat onar, kini mereka tuntut pula supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan ekoran demomntrasi haram 9 Julai lalu yang tidak mendapat sambutan," ujarnya.


Bagaimanapun beliau berharap kerajaan tidak akan melayan tuntutan tersebut kerana sudah terbukti Bersih berniat jahat untuk menjahanamkan keamanan negara ini.


Isu video seks telah menggemparkan negara apabila pendedahan dibuat oleh trio 'Datuk T' yang mendakwa pelaku dalam video berkenaan adalah mirip wajah Anwar.


Pada 24 Jun lalu, trio Datuk T yang terdiri Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari PESAKA, Datuk Shuib Lazim telah dihadapkan ke Mahkamah Mejisteret Jalan Duta, Kuala Lumpur ekoran pendedahan video sesk tersebut.

Syed Ali sifatkan carta undi internet desak Najib berundur sekadar provokasi selepas perhimpunan Bersih gagal

Posted: 11 Jul 2011 08:33 PM PDT

SELEPAS matlamat perhimpunan haram Bersih gagal, kumpulan pro-pembangkang kini mula menggunakan internet untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berundur.

Menyifatkan taktik itu sebagai provokasi terancang, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bagaimanapun yakin usaha tersebut tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Beliau berkata, keputusan undian menerusi internet tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur tahap sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib.

"Orang yang sama boleh menyatakan undian mereka berulang kali kerana identitinya tidak diketahui," katanya mengulas laman internet "100,00 People Request Najib Tun Razak Resignation " (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur), seperti yang disiarkan oleh portal berita malaysiakini.com semalam.

Malaysiskini melaporkan setakat semalam sudah ada 110,192 menyokong dengan menekan butang 'like', hanya selepas 48 jam ianya dimulakan.

Sebaliknya jelas beliau, undian menerusi internet yang dirancang pihak tertentu tidak akan mempengaruhi sikap pengundi.

Menurutnya, rakyat yang menentukan sesebuah kerajaan menerusi proses Pilihan Raya Umum (PRU), bukannya undian carta yang direka oleh pihak yang berkepentingan.

"Jika mereka bernafsu sangat untuk menjatuhkan kerajaan, mereka dialu-alukan untuk mendaftar sebagai pertubuhan politik dan bertanding pada PRU akan datang.

Menurut Syed Ali lagi, sesiapa sahaja berupaya untuk membina carta undi menerusi internet dengan niat tertentu.

"Kaedah yang sama juga boleh digunakan menerusi saluran internet dengan melaporkan sehingga kini lebih 2 juta rakyat Malaysia 'bersetuju' pengacau keamanan negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara,"

"Tingal lagi tidak ada orang yang tergamak membuat kerja bodoh seperti itu hanya untuk melepaskan geram," tambahnya.

Oleh sebab itu jelasnya, usaha untuk mendesak Najib berundur seperti dipaparkan oleh malaysiakini hanyalah satu provokasi yang dirancang dan berniat jahat.

Justeru, beliau meminta rakyat negara ini supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah seperti itu kerana ianya adalah agenda puak pelampau.

"Yang saya hairannya, mengapa portal berita tersebut dilihat cukup berminat membesar-besarkan pelbagai isu yang dilihat cuba menjatuhkan kerajaan BN dan mencemarkan reputasi Najib sebagai Perdana Menteri," tegasnya.

Sehubungan itu kata Syed Ali, Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) perlu lebih aggresif memantau beberapa laman blog termasuk malaysiakini yang dilihat begitu ghairah memaparkan pelbagai isu yang boleh menjejaskan keamanan negara.

Sementara itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pihak tertentu supaya menghentikan perbuatan menghasut rakyat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), twitter dan facebook untuk membalas dendam selepas kegagalan perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, 9 Julai lalu.

Bercakap kepada media di Skudai, Johor Bharu semalam, beliau berkata perbuatan seperti itu amat berbahaya sekaligus boleh menimbulkan kekacauan dan harus dihentikan segera.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian