Isnin, 11 Julai 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Demontrasi gila 9 Julai ; siasat sumber kewangan Ambiga dan Anwar - Syed Ali

Posted: 11 Jul 2011 02:27 AM PDT

MODUS operandi perhimpunan gila Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah untuk meruntuhkan kerajaan secara kekerasan dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai perancang dibelakang tabir.
Manakala sebilangan besar pemimpn Melayu PAS pula berlagak sebagai pelakon-pelakon 'handalan' bagi memenuhi skrip pementasan yang dirancang Bersih bersama DAP, parti Cina yang memperjuangkan politik perkauman.

Mereka dikatakan sangup mengupah dengan bayaran lumayan kepada peserta demontrasi haram tersebut yang sumber kewangan untuk membiayai perhimpunan itu terus dipertikai oleh rakyat.

"Kita hairan dari mana Bersih dan Anwar memperolehi dana yang tentunya banyak bagi membiayai perhimpunan gila tersebut, apakah punca simpanan peribadi atau perolehan daripada sumber luar ?, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau memberitahu, untuk mengadakan sesatu majlis yang besar apatah lagi perhimpunan gila 9 Julai lalu lazimnya akan menelan kos yang amat tinggi.

"Darimana mereka dapat duit ? apakah ada bantuan dana asing yang berpengkalan di negara Barat terutama negara Yahudi," ujarnya.

Beliau mendakwa Anwar sememangnya mempunyai ramai rakan karib daripada kalangan rejim Yahudi yang memusuhi umat Islam.

Sehubungan itu, beliau mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) segera menjalankan siatan terhadap pengajur perhimpunan gila Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga dan Anwar.

"Isu ini harus segera disiasat oleh SPRM dan rakyat tidak mahu lagi menunggu terlalu lama," tambahnya.

Syed Ali turut bersetuju dengan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rasak bahawa Anwar sememangnya pengkhianat besar dan sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Katanya lagi, hanya orang yang singkat akal sahaja yang akan selalu gelojoh dan tidak pernah memikirkan kepentingan orang lain dan oleh sebab itu betulah kata Perdana Menteri bahawa " perangai Anwar tidak pernah berubah sejak dari duhulu..."

"Anwar adalah perosak negara dan kesatuan orang Melayu, maka jenis manusia seperti ini sepatutnya sudah lama dilucutkan kerakyatannya," tegas beliau lagi.

Beliau juga turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa ruang demokrasi membolehkan seseorang itu bebas melakukan sesuatu diluar batasan yang dibenarkan oleh undang-undang.

"Demokrasi bukannya lesen untuk orang gila melakukan kemusnahan kepada keamanan negara, sebaliknya ia adalah satu sistem menjamin kesempurnaan dan kerukunan sesebuah negara," tegasnya.

Justeru tegas beliau, UMNO akan tetap menentang mana-mana pihak yang cuba menghancurkan keamanan negara dengan berselindung disebalik ruang demokrasi.
Selain itu, Syed Ali sekali lagi mengulangi desakannya supaya gelaran 'Datuk' yang dipakai oleh Ambiga dan Anwar dilucutkan serta merta.

"Buat apa lagi berikan kemuliaan kepaad Ambiga dan Anwar sedangkan mereka sendiri melacurkan kemuliaan itu untuk agenda politik pelampau yang menyusahkan kehidupan rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut