Ayuh Pejuang Muda Posted: 08 Jul 2011 09:24 AM PDT Pemuda UMNO dan Kelab Putera 1Malaysia akan tetap meneruskan perhimpunan mereka di bawah program PATRIOT esok di Jalan Bukit bintang dan seterusnya berarak ke Stadium Merdeka. Pengerusi Bersama PATRIOT, Khairy Jamaluddin berkata program tersebut akan bermula pada pukul 10 pagi dan rayuan untuk mendapatkan permit polis bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka akan dibuat di IPD Dang Wangi petang ini. Menurut beliau memandangkan perkembangan mutakhir ini yang menunjukkan pembangkang akan terus dengan usaha mereka, PATRIOT akan meneruskan semula rancangan mereka yang sebelum ini dibatalkan. PATRIOT bukannya pertubuhan tetapi ianya adalah program Pemuda UMNO bersama Kelab Putera 1Malaysia. Jadi tanggapan sesetangah pihak bahawa PATRIOT adalah pertubuhan haram tidak betul," katanya. AYUH ANAK MUDA, BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL..
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan