Isnin, 4 Julai 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Bersih 2: Macai Disuruh Demo, Nik Aziz Lari Makan Angin

Posted: 04 Jul 2011 05:36 AM PDT

Nik Aziz memang panjang otak, dia seru macai-macai PAS turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 9hb Julai 2011 sementara dia sendiri dan beberapa orang Exconya menghabiskan duit rakyat Kelantan dengan berkunjung ke Uzbezkistan sebelum ke Dubai, Madinah dan Mekah.

Nik Aziz hanya akan pulang pada 10hb Julai 2011, sehari selepas Bersih 2 berakhir.

Macam inikah pemimpin yang diagungkan sangat tu? Bukan sedikit macai Pakatan yang menganggap demonstrasi 9hb Julai ini sebagai acara 'suci' dan masa inilah jugak Nik Aziz lari meninggalkan 'medan perang'? Ini kalau tak bacul, dayus, kalau tak dayus, penakut, mana-mana satulah, yang penting itulah karaketer Nik Aziz yang dianggap macam dewa hidup oleh macai PAS.

Kalau diikutkan tujuan ke Uzbezkistan tu untuk menziarah makam Imam At-Tirmidzi dan Al-Bukhari, sementara ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Macam tak berapa penting dan mendesak.

Begitulah, bagaimana licik Nik Aziz melarikan diri dari masalah yang bakal melanda pada 9hb Julai nanti. Larinya Nik Aziz menunjukkan bahawa memang ada something yang tak betul dan ganas bakal berlaku pada 9hb Julai nanti.

Yang bakal jadi mangsa ialah macai-macainya yang begitu bodoh nak berdemonstrasi menuntut pilihanraya yang adil sedangkan Nik Aziz sendiri 21 tahun jadi MB!!!!

Siapa yang uruskan semua pilihanraya yang mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan selama 21 tahun dan tambahan 4 negeri pada PRU 12? Sudah tentulah SPR. Organisasi sama yang kini dianggap pembangkang serba tak kena itulah.

Nik Aziz sudah pasti mengetahui agenda sebenar demo Bersih 2 nanti, dia cuma taknak menyatakannya saja. Nurul Izzah dah menyatakan bahawa KL akan jadi seperti Dataran Tahrir Kaherah pada 9hb Julai nanti. Apa yang berlaku di Dataran Tahrir? 800 orang mari sepanjang kebangkitan rakyat berlaku. Sam Ketot, Ketua AMK pula dah menyatakan kerajaan akan ditumbangkan menerusi jalanraya, bukan pilihanraya.

Jadi, cakap-cakap kononnya perhimpunan nanti adalah perhimpunan aman, hanyalah satu sandiwara, sudah jelas pembangkang ada niat untuk mencetuskan huru hara pada hari perhimpunan, sebab itu Nik Aziz lari.

Nik Aziz hanya pandai menghasut pengikutnya melakukan kekacauan, sementara dia sendiri melarikan diri, makan angin dengan para Exco Kelantannya sementara macai jugak yang bakal mandi air gatal FRU.

Lihatlah dunia bagaimana mudahnya macai PAS diperbodohkan pemimpin mereka.

Tiada ulasan:

Pengikut