Ahli Parlimen Kota Belud |
Facebook: Kit yang perlu letak jawatan bukan PM. Posted: 11 Jul 2011 02:52 AM PDT Tadi terbaca tweet Lim Kit Siang dalam Twitter tunjuk bagaimana lebih kurang 100 ribu orang telah mendaftar dalam satu laman Facebook yang diujudkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, mendesak Perdana Menteri untukletak jawatan. Seolah-olah Kit Siang nak memberi isyarat kepada Dato Sri Najib untuk berundur sekarang kerana rakyat sudah tidak mahukan dia. Ye ke YB Kit? Mari kita tengok penyokong laman web 4 tokoh politik negara: Dato Sri Najib Tun Razak 779,724 Nik Aziz 531,223 Anwar Ibrahim 316,637 Lim Kit Siang 77,082. Bagaimana pulak penambahan penyokong Kit Siang dibandingkan dengan Dato Sri Najib sepanjang minggu lepas di mana Kit Siang dan rakan-rakannya mengasak Dato Sri Najib dengan gerakan haram Bersih? Ini jumlah-jumlah penambahan penyokong Facebook mereka: Dato Sri Najib Tun Razak tambah 11,580 Lim Kit Siang tanbah 963. Hari ini 11hb Julai 2011 bagaimana pula? Setakat penulisan blog ini, Dato Sri Najib Tun Razak tambah 2,496 Lim Kit Siang tambah 230. Nampaknya kalau berdasarkan laman rasmi masing-masing, Kit Siang yang perlu letak jawatan. Ada berani kah YB? Nota: Laman Facebook UtusanOnLine yang menjadi musuh media utama Kit Siang mempunyai penyokong yang jauh lebih besar iaitu 205,555 berbanding Kit Siang 77,082! Sumber: http://www.famecount.com/facebook-rank/Malaysia |
You are subscribed to email updates from Ahli Parlimen Kota Belud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan