Isnin, 27 Jun 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


KOMUNIS, SIKAP ‘ DOUBLE-STANDARD ’ DAN KEBODOHAN HAJI HADI

Posted: 26 Jun 2011 08:39 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

SAYA sedikit pun tidak terkejut apabila Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dilaporkan berpegang kepada kaedah atau hukum Islam sahaja yang dapat memutuskan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbabit dalam kes meliwat dan dikaitkan pula dengan rakaman video seks dengan pelacur China.

Bagaimanapun kenyataan Haji Hadi itu nampaknya lebih menjuruskan kepada kepentingan agenda politik pembangkang yang sedang berusaha memulihkan maruah mereka yang sudah teruk tercemar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

Saya beranggapan bahawa Haji Hadi tidak ikhlas membicarakan kaedah Islam kerana dalam masa yang sama beliau 'menghalalkan' perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini walaupun perarakan tersebut jelas menyalahi undang-undang.

Islam tidak pernah mengajar umatnya bertindak diluar batas peraturan dan pertimbangan sehingga boleh menimbulkan kekacauan atau kebimbangan dalam masyarakat.

Tetapi Haji Hadi dan suku-sakat PAS kerana ingin menunjukkan sikap tolenrasi secara membabi-buta dan mahu menjaga hati DAP dan PKR, boleh pula menghalalkan perbuatan tersebut walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak yang cintakan kedamaian.

Ajaran Islam itu damai dan cintakan kepada keamanan tanpa mengira kaum, tetapi saya hairan kenapa Haji Hadi pula yang tergamak merosakkan kedamaian itu dengan terus bersubahat dengan sekumpulan mereka yang menggerakan perhimpunan haram itu.

Apakah begitu cara Islam yang dibawa dan pelopori oleh Haji Hadi sehingga menolak pintu rundingan dan perdamaian dengan mengetepikan kepentingan keamanman negara dan kesejahteraan rakyat.

Islam dipelopori Haji Hadi tolak perdamaian

Walhal Islam menuntut apa jua masalah yang berbangkit atau ketidakpuashatian yang timbul, maka cara terbaik ialah dengan mengadakan musyawarah atau perbincangan dari hati ke hati untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Pemimpin PAS seringkali melaung-laungkan slogan 'Islam', tetapi dalam menghadapi isu Bersih ini nampaknya benar Haji Hadi sengaja membelakangkan ajaran Islam yang menganjur perdamaian dan keharmonian.

Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sentiasa mengajar umat Islam supaya bermusyawarah sebagai jalan mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang berbangkit dengan mengambilkira kepentingan umum.

Mengapa Haji Hadi, dalam isu Anwar beliau mahu kaedah Islam diguna pakai tetapi sewaktu berdepan dengan 'kegilaan' Bersih yang keras kepala untuk mengadakan perhimpunan haram, Haji Hadi tidak pula menasihati mereka supaya kembali kepada ajaran Islam.

Nampak sangat Haji Hadi bermain politik walaupun tindak-tanduknya ditertawakan orang dan ada yang menyifatkan bahawa beliau tergamak merendahkan imej 'Tok Guru' hanya semata-mata kerana tunduk kepada desakan politik bukan Islam.

Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan Haji Hadi supaya lebih baik mengambil sikap berdiam diri jika beliau tidak faham akan sesuatu isu sepertimana tidak fahamnya beliau terhadap istilah kemera hitam putih atau 'wide-angle', jangan nanti kebodohannya ditertawakan orang.

Sementara itu, saya terkejut apabila polis berjaya mengesan gerakan terancang pihak tertentu yang cuba menghidupkan semula fahaman komunis bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi perhimpun haram Bersih 9 Julai ini.

Cabar PAS buktikan mereka tidak sokong gerakan komunis

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Rahim Jaafar, maklumat itu diperolehi hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai oleh Ahli Parlimen Sungai Siuput, Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalan.

Sehubungan itu, saya mencabar Haji Hadi supaya menasihati penyokong-penyokongnya supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Saya percaya ahli-ahli PAS juga tidak menerima fahaman komunis yang antara pegangan mereka ialah 'tidak percaya kepada Tuhan' dan jika benar Haji Hadi seorang pemimpin agama, buktikanlah keikhlasannya sekarang.

Jangan pula UMNO yang dituduh sengaja mencipta isu tersebut kerana tangkapan itu adalah hasil risikan dan tanggungjawab profesional polis dalam memulihara keamanan negara.

Haji Hadi selaku Presiden PAS perlu membuktikan bahawa Islam, yang dibawanya tidak pernah menyokong gerakan komunis dan tidak akan bersubahat dengan mereka yang melakukan perkara mungkar sepertimana dilakukan Anwar.

Sanggup kah Haji Hadi berbuat demikian ? Kita tunggu dan lihat gelagat beliau selepas ini !

Tiada ulasan:

Pengikut