Ahad, 26 Jun 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Menyertai perhimpunan haram Bersih adalah pengkhianat - Syed Ali

Posted: 26 Jun 2011 06:11 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan mereka yang menyertai perhimpunan haram anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai pengkhianat kepada keamanan negara.

Menuruthnya, tindakan jahat yang bermotifkan agenda politik pembangkang sengaja dilakukan bagi mencemarkan imej negara dan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mempersoalkan kenapa perhimpunan haram itu perlu diadakan di ibu kota Kuala Lumpur dan bukannya di bandar-bandar lain seperti Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu atau pun Terengganu.

Katanya, jika perhimpunan itu telus, mereka boleh mengadakan di luar Kuala Lumpur tanpa menyusahkan pergerakan harian mesyarakat setempat.

"Ini menunjukkan mereka sengaja memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi perhimpunan haram bertujuan menarik perhatian pelancong asing," tegasnya.

Beliau berkata, pengajur perhimpunan Besih itu secara tidak langsung ingin memberitahu dunia bahawa keadaan negara ini sudah tidak aman lagi.

Beliau menjelaskan, perhimpunan tersebut didalangi oleh mereka yang berkepentingan dan bercita-cita untuk menguasai negara ini secara kekerasan.

"Inilah agenda tersembunyi perhimpunan Bersih yang terus berdegil walaupun pihak polis sudah menyatakan permit perhimpunan tidak akan dikeluarkan," ujarnya.

Beliau juga turut mengecam penganjur perhimpunan tersebut, Datuk S. Ambiga sebagai pengkhianat yang tidak sepatutnya berada di negara ini.

Berdasarkan kepada rekod aktiviti Ambiga sebelum ini, Syed Ali berkata ianya jelas membuktikan perjuangannya hanyalah untuk kepentingan pihak tertentu yang tidak senang dengan kemakmuran negara ini.



Tiada ulasan:

Pengikut