Rabu, 22 Jun 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Video seks : Trio ‘Datuk T’ didakwa 24 Jun

Posted: 22 Jun 2011 12:19 AM PDT

TRIO 'Datuk T' yang menggemparkan negara apabila mendedahkan rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang akan dididakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, 24 Jun ini (Jumaat).


Tiga datuk itu ialah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim yang mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.


"Datuk T akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8 pagi, 24 Jun 2011, " menurut sumber yang dipetik daripada beberapa portal berita hari ini.


Ketiga-tiga 'Datuk T' kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.


Eskay sebelum itu menegaskan pelaku dalam video tersebut adalah mirip Anwar.


Eskay juga telah melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks.


Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Bukit Aman panggil penganjur perhimpunan 9 Julai

Posted: 21 Jun 2011 11:31 PM PDT

BUKIT Aman hari ini memanggil tiga kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini.

Kumpulan terbabit dipanggil keerana mereka dikatakan tetap akan meneruskan perhimpunan tersebut walaupun awal-awal lagi polis sudah menegaskan permit tidak akan dikeluarkan.

Kumpulan terbabit ialah Bersih 2.0, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberitahu demikian dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenainya.

Tiada ulasan:

Pengikut