Razlan's |
RAKYAT BERHAK DAPAT KEAMANAN ! Posted: 20 Jun 2011 01:07 AM PDT Di dalam Kerajaan BN berusaha untukmembangunkan negara, banyak isu yang sedang dimainkan oleh pihak-pihak pembangkang. Semua isu ini timbul secara berterusan semenjak BN memenangi PRU 12 dengan mejoriti mudah. Betul kata Tun Razak, untuk menentukan kemananan, Malaysia mesti diperintah oleh kerajaan yang mempunyai 2/3 mejoriti di Parlimen, satu sebabnya adalah kita merupakan negara campuran kaum. Dengan kurangnya mejoriti BN di Parlimen dan kehilangan beberapa Negeri, kerajaan telah di perolok-olok kan banyak isu yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim. Sedar tidak sedar, dengan gerakan ini, telah lahir ramai pelapis-pelapis baru yang sungguh kritis dan bersatu hati untuk menentang apa sahaja polisi kerajaan tanpa menghiraukan impak kepada negara. BERSIH adalah anjuran Ambiga yang sebelum ini digerakan oleh Bar Council. Melalui ceramah dan gerakan beliau serta sokongan Anwar dan Parti Pembangkang, gerakan ini telah mendapat sambutan hanga dikalangan penyokong pembangkang. Jesteru itu, akan adalah pertempuran diantara Penyokong dan Pembankang pada 9 Julai ini. Apabila Ibrahim Ali menyatakan akan berkumpul pula bersama untuk menentang perhimpunan BERSIH, sudah tentunya negara kita akan berhadapan kemungkinan yang tidak ketentuan. Kemungkinan untuk terjadinya pertempuran besar-besaran diantara Rakyat Malaysia sudah tidak boleh di tahan lagi, sehingga sekarang, perhimpunan-demi perhimpunan untuk menarik sokongan telah dibuat oleh kedua-dua kumpulan. Mata dunia akan tertumpu pada peristiwa 9 Julai 2011. Mata dunia akan memerhati, adakah cara demontrasi Arab Tengah akan dibawa kepada Asean oleh Anwar Ibrahim berjaya. Sekiranya ianya berjaya dan terdapat bukti yang mana pihak Kerajaan menindas mereka yang melakukan demontrasi, kemungkinan Pihak Antrabangsa mengambil tindakan boleh jadi kenyataan. Perang diantara BERSIH dan PERKASA sudah pastinya akan membawa polimik baru didalam sejarah Malaysia, gerai-gerai yang menjual parang dan kapak akan mendapat sambutan. Sudah pastinya penjual akan mendapat keuntungan daripada peristiwa ini. Sediakanlah apa sahaja senjata yang kita perlukan sebelum perkara-perkara tidak diingini berlaku.Mungkin ada yang ketawa apabila membaca tulisan ini, tetapi keadaan serupa juga berlaku di Mesir dan Libya yang diceritakan oleh pelajar-pelajar kita. Oleh itu, Rakyat berhak mendapat keamanan dan pihak Polis seharusnya menggunakan apa sahaja akta yang ada untuk melindungi Rakyat daripada terjerumus bersama dalam polimik mereka yang dahagakan kuasa politik. |
You are subscribed to email updates from Razlan's To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan