Khamis, 16 Jun 2011

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ampang


Tingkat persepsi terhadap BN

Posted: 16 Jun 2011 01:16 AM PDT

Oleh Meor Hisham Zulkiflisham@bharian.com.my

2011/06/13

NAJIB pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ampang, semalam.
NAJIB pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ampang, semalam.
Najib mahu ahli UMNO bijak pengaruhi minda rakyat raih sokongan AMPANG: Jentera UMNO perlu bekerja keras dan merangka strategi baru untuk meningkatkan persepsi serta aspirasi rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, ahli UMNO dan BN perlu bijak mempengaruhi minda serta cita rasa rakyat supaya mampu memberi sokongan padu kepada BN sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum kelak.

"Politik adalah mengenai persepsi. Bukan soal realiti. Pembangkang pandai main persepsi yang sudah benar pun nak nafi. Nak minta DNA pun tidak bagi, soal jam Omega tidak terjawab sampai sekarang.
"Sebab itu UMNO dan BN mesti tahu bagaimana boleh mempengaruhi minda dan cita rasa rakyat supaya mereka lihat UMNO dan BN parti yang berkesan, terbaik dan boleh bela rakyat berbanding orang lain yang pandai berjanji tetapi tidak laksanakan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang Kelapan dan Majlis Perasmian Bangunan Umno Bahagian Ampang di sini, semalam.

Najib yang juga Presiden BN berkata, kepemimpinan UMNO juga tidak seharusnya memberi tumpuan mengukuhkan sokongan ahli parti semata-mata demi menjaga kedudukan masing-masing, tetapi turut memberikan perhatian terhadap rakyat. "Dalam sistem demokrasi berparlimen, kuasa politik datang daripada rakyat. Jangan bertelagah sesama sendiri, rapatkan barisan dan kuatkan azam. UMNO dan BN mesti menyusun strategi dan pastikan melakukan sesuatu lebih berkesan. Kita mesti tunjukkan kita lebih mampu, lebih baik dan berkesan serta tidak sekadar retorik saja.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tetapi soalnya apakah kita sudah bersedia. Tidak cukup dengan dengan mengadakan pilihan raya olok-olok saja kerana yang penting adalah persepsi dan sentimen rakyat perlu lebih baik terhadap kita. "Parti tidak dapat melakukan sesuatu, melakukan perubahan melaksanakan wadah perjuangan dan memenuhi aspirasi rakyat jika tiada kuasa politik," katanya sambil mencabar BN Ampang merampas ketiga-tiga kerusi di bahagian itu pada pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri turut membidas parti pembangkang yang disifatkannya hanya pandai menabur janji berbanding kerajaan BN yang sudah pun melaksanakan pelbagai program untuk rakyat. "Dalam Pelan Transformasi Ekonomi, kita akan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun, selain kerajaan juga akan melancarkan program kedai barangan keperluan pengguna yang menawarkan harga paling minimum tidak lama lagi. "Pembangkang berjanji mengenai kenaikan harga minyak, sedangkan hakikatnya harga minyak di seluruh dunia meningkat," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut