Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak |
Awas - Kepimpinan Ulama Pas Bakal Digodam “Pemuja Anwar”! Posted: 31 May 2011 10:01 PM PDT Kedudukan golongan Ulama di dalam Pas hari ini umpama bagai telur di hujung tanduk dan ahli Pas di seluruh negara perlu mempersiapkan diri mereka untuk bersama-sama membawa parti itu 'bersama kepimpinan Anwar' dan bukannya lagi bersama kepimpinan ulama. Perkara ini ditegaskan oleh bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris berhubung Muktamar Agung Pas pada Jun depan yang bakal menyaksikan pertandingan sengit beberapa jawatan utama khususnya kerusi Timbalan Presiden. Menurut beliau desas-desus bahawa ombak besar yang dibawa oleh kumpulan yang berkiblatkan Anwar seolah-olah tidak lagi mampu ditampung oleh kumpulan yang setia kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mereka mungkin lemas di dalam gulungan ombak berkenaan. "Jika benar itu berlaku, saya ingin menyarankan kepada pengikut 'totok' Pas, bersedialah untuk menjunjung kepimpinan yang berkiblatkan Anwar yang begitu rakus kononnya untuk membawa perubahan di dalam parti berkenaan dengan pelbagai muslihat dan tipu daya yang lain. "Percayalah 'nawaitu' sebenar mereka bukannya untuk membawa pembaharuan dalam konteks sebenar Pas tetapi pembaharuan untuk memuja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini terpalit dengan pelbagai skandal. "Pada ketika dan waktu itu, tunggulah saat kehancuran parti berkenaan yang makin hari makin menyimpang daripada landasan perjuangan sebenar dalam usaha mengejar kemenangan politik bersama sekutu 'Ahzab' mereka iaitu DAP dan PKR," katanya kepada UMNO-Online di sini. Pemilihan pakan berlangsung pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar awal bulan depan akan dihadiri 1,100 perwakilan dari 179 kawasan dengan 15 Mei lalu ditetapkan sebagai tarikh akhir untuk perwakilan mengemukakan pencalonan. Setakat hari ini, tiga calon sudah mengesahkan merebut jawatan Timbalan Presiden iaitu penyandang, Nasharudin Mat Isa, Mohamad Sabu dan terbaru Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Manakala untuk Naib Presiden, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan Pas bulan depan. Selain Husam, penyandang Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan, Idris Ahmad turut menyatakan mereka akan bertanding jawatan berkenaan. Terbaru, Datuk Mohd Amar Abdullah turut menyatakan kesediaan yang sama. Prof Mohd Noor seterusnya mengingatkan para perwakilan agar membuat pilihan dengan bijak agar tidak terperangkap dengan jerangkap samar yang dipasang oleh mereka yang berkepentingan di dalam parti tersebut. "Sebagai bekas ahli parti, saya cukup sedih melihat apa yang berlaku hari ini yang mana pemimpin yang ingin melonjak naik di dalam parti berkenaan mempunyai 'nawaitu' yang bukannya untuk parti tetapi ada sebaliknya," katanya. -MediaUMNO Warna-warni politik Torashah |
You are subscribed to email updates from UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan