Ahad, 19 Jun 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


JIKA BUKU "JING GAY" BAGUS KENAPA MELENTING ?

Posted: 18 Jun 2011 10:06 PM PDT

Pembangkang 'panas telinga' isu Buku Jingga dibangkitkan
KHAMIS, 16 JUN 2011 23:11 ROSLI ISMAIL
Persidangan Dewan Rakyat Khamis kecoh seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara beberapa anggota pembangkang yang 'panas telinga' apabila isu Buku Jingga disentuh seorang anggota Parlimen kerajaan.

Keadaan bertukar gamat sebaik Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) bangkit mempersoalkan janji-janji yang dibuat oleh pembangkang di dalam Buku Jingga yang diperkenalkan mereka.

Soalan itu nyata 'mencuit' sensitiviti anggota pembangkang yang mula 'panas telinga' termasuk Azmin Ali (PKR-Gombak) bangun untuk memberi penjelasan walaupun ada suara-suara dari pihak anggota Parlimen kerajaan yang menggesa soalan itu dijawab oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir.

Anwar dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang -- Azmin, R Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) muncul buat kali pertama di Dewan Rakyat pasa sesi ini selepas tempoh penggantungan mereka selama enam bulan tamat hari ini.

Keempat-empat anggota Parlimen pembangkang itu digantung daripada menghadiri sidang dewan pada Disember lepas atas kesalahan menghina Dewan.

Bernama melaporkan terdahulu, isu buku jingga tercetus apabila Anwar mengemukakan soalan pada sesi soal jawab hari ini meminta kerajaan menjelaskan mengenai dakwaan kerugian Felda dan meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyatakan kedudukan terkini kewangan Felda, kewajaran Felda meminjam lebih RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan prestasi pelaburan hasil daripada pinjaman ini.

Menjawab soalan itu, Ahmad memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kedudukan kewangan terkini Felda berada dalam keadaan yang kukuh dengan jumlah aset terkini adalah sebanyak RM19.18 bilion.

Katanya nilai itu melibatkan tanah seluas 341,000 hektar yang dinilai berdasarkan harga kos dan bukan harga semasa.

"Sekiranya dinilai berdasarkan nilai semasa jumlahnya akan jauh lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata pinjaman KSWP bertujuan untuk program tanam semula kebun peneroka, membiayai lima daripada 12 rumah projek perumahan mampu milik untuk generasi baru Felda dan projek gedung makanan negara.

Katanya hasil daripada projek-projek berkenaan dijangka akan memberikan faedah dan keuntungan yang berlipat ganda kepada Felda.

Menurut Ahmad, pada 28 Oktober tahun lepas kedudukan kewangan Felda dan pinjaman KWSP itu telah dinyatakan kepada semua anggota Parlimen melalui laporan tahunan FELDA.

"Tiada apa yang disembunyikan mengenai kewangan FELDA seperti dakwaan yang dikemukakan wakil Permatang Pauh," katanya.-16/6/2011

Anwar Pergunakan Bersih 2 Untuk Alih Tumpuan Kes Bicara Liwatnya

Posted: 18 Jun 2011 07:01 PM PDT




TAZKIRAH AHAD : WAJAR DIAMALKAN DOA PAGI DAN PETANG...

Posted: 18 Jun 2011 06:52 PM PDT


Alhamdulillah wassolatuwassalam 'ala rasulillah waba'd.

Imam Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi menjelaskan dalam kitab beliau Anta Tas'alu wa Islaamu Yujiibu seperti berikut: "Orang beriman menghadapi tiap persoalan kehidupan dunia dengan memohon pertolongan Allah dan bertawakal kepada-Nya. Apabila ia gagal mencapai apa yang dicita-cita, ia tidak susah hati dan bersedih meskipun ia sedar bahawa kegagalan itu adalah kerana persediaan yang kurang sempurna.

Orang yang tidak beriman bergantung nasib dalam usahanya kepada kesempurnaan persediaan. Apabila gagal, dia gelisah, fikirannya terganggu, hatinya risau, takut yang menyebabkan sakit jiwa dan akhirnya bunuh diri. Keadaan seperti ini banyak kita jumpa di negara maju bukan Islam. Negara seperti ini ramai rakyatnya terkena gangguan jiwa.

Lalu orang pun bertanya mengapakah di negara maju berlaku ramai yang menghidap gangguan jiwa? Bukankah yang sepatutnya kena adalah masyarakat di negara yang sedang berkembang atau negara yang mundur?

Mereka iaitu orang yang mengabdikan diri dengan ilmu pengetahuan dan membuang agama dari diri. Apabila keimanan lenyap dari jiwa manusia, akan lenyaplah ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan dan rasa reda.

Apabila jiwa kosong dari iman, lalu ia terjun ke dalam perjuangan hidup untuk memiliki kekuasaan dan ia gagal, maka mudah saja ia terkena gangguan jiwa dan menjadi gila. Seorang Muslim yang tidak memiliki iman yang kuat, mudah terkena penyakit itu. Dalam kesibukannya ia lupa kepada Allah SWT lalu Allah SWT pun melupakannya.

Yang dikerjakan dan diusahakannya hanyalah mengumpul harta dan hidup mewah. Apabila lupa itu dibiar berlarutan tanpa cuba diatasi, ia akan membawa kepada kufur akan nikmat Allah, lalu ia akan lupa diri, hilang kebahagiaan atau mudah sakit jiwa.

Nabi SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a iaitu:

"Allahumma inni a'uzubika minal hammi walhazan. Wa'a'uzubika minal 'ajzi wal kasal wa'a'uzubika minal jubni wal bukhli, wa 'a'uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal

(yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang)."

Kedua, hendaklah mendekati al-Quran dengan membaca, memahami dan berusaha mengamalkannya dalam kehidupan nescaya anda akan menemui kebahagiaan bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat.

Al-Quran adalah penyembuh yang paling berkesan mengubat penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: "Wahai umat manusia!
Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang yang beriman." Demikianlah, wallahua'lam

TAZKIRAH AHAD : 10 PINTU SYAITAN MENGHASUT MANUSIA...

Posted: 18 Jun 2011 06:48 PM PDT

ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam 'ala rasulillah waba'd.

Untuk membantu manusia dalam menghadapi cabaran-cabaran syaitan dan fantasi Iblis, Islam sudah menunjukkan kepada manusia beberapa perkara supaya dapat menolongnya bertahan dalam bertarung dengan syaitan dan membolehkan ia berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima'I lil Islam.

Dalam kitab itu menyatakan, perkara itu sudah pun disimpulkan oleh seorang yang salih dengan katanya:
"Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba aku mendapati syaitan masuk dari sepuluh pintu iaitu:

Pertama: Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.

Kedua: Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.

Ketiga: Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat: Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

Kelima: Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.

Keenam: Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

Ketujuh: Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan: Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.

Kesembilan: Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.

Kesepuluh: Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

Antara arahan yang dituntut oleh Islam sebagai suatu jalan untuk mengelak diri daripada panah dan tipu daya Iblis ialah mengingati Allah sewaktu mula melakukan semua kerja. Dalam hubungan ini Abu Hurairah sudah meriwayatkan bahawa syaitan bagi orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang kafir.

Didapati bahawa syaitan bagi orang kafir itu dalam keadaan gemuk sedangkan syaitan bagi orang mukmin kurus kering dan dalam keadaan duka cita. Lalu syaitan orang kafir bertanya kepada syaitan orang mukmin: "Kenapa kamu kurus kering dan duka cita. Syaitan orang mukmin menjawab: Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya. Apabila lelaki itu hendak makan, dia menyebut nama Allah. Jadi aku terus lapar.

Apabila minum dia menyebut nama Allah. Jadi aku kehausan. Apabila dia memakai pakaian dia menyebut nama Allah dengan itu aku terus bertelanjang. Apabila dia memakai minyak rambut, dia terus menyebut nama Allah. Dengan itu rambutku terus kusut kering."

Syaitan yang kafir pula berkata: "Tetapi aku mendampingi seorang yang sedikit pun tidak melakukan daripada apa yang engkau sebutkan tadi. Oleh itu aku berkongsi dengannya pada makanan, minuman dan pakaiannya."

Demikianlah, wallahua'lam.

MOTIF SEBENAR BERSIH ADALAH MAHU TUMBANG BN ?

Posted: 18 Jun 2011 06:42 PM PDT

MUHYIDDIN menyampaiakan ucapan pada Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Beaufort, semalam.
MUHYIDDIN menyampaiakan ucapan pada Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Beaufort, semalam.


Perhimpunan mahu tumbang BN
Oleh Hassan Omar
hassanomar@bharian.com.my
2011/06/19

Penganjur cuba pengaruhi rakyat: Muhyiddin

BEAUFORT: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mendedahkan perhimpunan besar-besaran anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibu negara, Kota Kinabalu dan Kuching pada 9 Julai ini bukan bertujuan menuntut kononnya pilihan raya bersih di negara ini, sebaliknya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Perdana Menteri berkata, BERSIH sebagai penganjur dengan disokong pakatan pembangkang cuba memulakan momentum mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan BN untuk dibawa hingga menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi, bertujuan meracuni minda rakyat supaya terus membenci BN.
Katanya, perhimpunan seumpama itu dirancang tanpa mempedulikan kesannya daripada aspek ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat pelbagai agama serta kaum.

Dengan menyifatkan Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan sebagai pemimpin organisasi yang tidak sunyi daripada menimbulkan kekeruhan hubungan agama dan kaum, Muhyiddin berkata, Ambiga ketika memimpin Majlis Peguam sebelum ini, pernah melukakan hati masyarakat Islam di negara ini berikutan pelbagai isu dibangkitkannya.

"Kenapa BERSIH tidak pernah membangkitkan kemenangan pembangkang di empat negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada PRU Ke-12? Kenapa di negeri yang pembangkang kalah, BERSIH tidak mahu kemukakan petisyen di mahkamah?

"Saya nampak perhimpunan itu bukan untuk menuntut kononnya pilihan raya bersih. Kalau pilihan raya menjadi agenda mereka, mengapa perlu berarak di jalan raya? Saya nampak pembangkang hendak mengekalkan momentum supaya rakyat membenci BN semata-mata untuk menawan Putrajaya pada PRU Ke-13," katanya. 
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan tidak terpedaya dengan permainan politik pembangkang yang berselindung di sebalik program dirancang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kononnya pilihan raya di negara ini dibelenggu rasuah dan ketidakadilan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beaufort, di Dewan Masyarakat Beaufort, di sini. Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Lajim Ukin; Timbalan Ketua UMNO bahagian, Isnin Aliasnih dan beberapa pemimpin UMNO bahagian yang lain di Sabah.

Mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa pergerakan berkenaan akan turut mengadakan perhimpunan disertai pemimpin dan ahli Pemuda UMNO pada hari sama untuk membantah perhimpunan BERSIH, Muhyiddin berkata, ia adalah antara suara rakyat yang sudah muak dengan perhimpunan seumpama itu dan permainan politik kotor pembangkang

WAJARKAH MEREKA DI PECAT SAHAJA ?

Posted: 18 Jun 2011 06:38 PM PDT

<'Sumbat gol sendiri' punca UMNO lemahOleh Khairul Anuar Abdul Samadkrull@bharian.com.my2011/06/19Ahmad Zahid mahu ahli henti berbalah TANAH MERAH: Semangat perjuangan parti yang sudah hilang dikatakan menjadi penyebab berlakunya perbuatan 'menyumbat gol sendiri' atau 'cah keting' di kalangan ahli UMNO di negeri ini.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kekalahan UMNO atau Barisan Nasional (BN) di Kelantan, bukan disebabkan parti pembangkang iaitu PAS yang kuat, tapi UMNO sendiri yang memberikan kekuatan kepada mereka.Katanya, sikap segelintir ahli UMNO yang dikatakan mempunyai agenda peribadi menyebabkan berlakunya kejadian menyumbat gol sendiri itu yang akhirnya memudaratkan keadaan parti keramat ini pada masa depan. "Saya akui setiap pihak ada masalah, namun kita akan cuba menyelesaikannya dengan memperincikannya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, di sini, semalam. Hadir sama Ketua UMNO bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abd Aziz. Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengumumkan UMNO bahagian Tanah Merah menjadi anak angkatnya selain meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi membolehkan dewan SMK Belimbing dibekalkan dengan kemudahan pendingin hawa. Seramai 3,000 ahli serta perwakilan menghadiri majlis itu. Ahmad Zahid mengingatkan ahli UMNO supaya jangan membiarkan hanya Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekerja keras, sedangkan ada yang mengamalkan sikap 'cah keting'. Katanya, pilihan raya umum akan datang dijangka luar biasa kerana kebangkitan semangat pembangkang kini semakin kuat berikutan kejayaan membentuk 'simpanan tetap' di lima negeri yang dimenanginya sebelum ini. "Pembangkang sudah menganggap kekuatan UMNO sudah terhakis disebabkan kekalahan di lima negeri terbabit selain wujudnya perbuatan 'menyumbat gol sendiri' atau 'cah keting'. "Eloklah bermula sekarang, orang UMNO perlu menghentikan sebarang pergaduhan. "Kita akui dalam pembangkang juga berlaku pergaduhan, namun mereka bergaduh dalam bilik tidur, sedangkan orang UMNO, bergaduh di depan rumah tempat orang lalu lalang, ini harus dihentikan," katanya. Sementara itu, Ikmal Hisham berkata, transformasi pembangunan yang dilakukan UMNO Tanah Merah sejak kebelakangan ini membuahkan hasil, apabila semua masyarakat jajahan itu tanpa mengira kaum menikmati pelbagai kemudahan prasarana termasuk projek pembangunan insan. Katanya, antara kejayaan cemerlang transformasi itu ialah dalam sektor pendidikan apabila Parlimen Tanah Merah menjadi antara jajahan yang mencatat peratusan tertinggi kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri ini. "Sejak saya mengambil alih jawatan Ketua UMNO bahagian ini (Tanah Merah), banyak usaha sudah dilakukan melalui pelbagai transformasi, bertujuan membantu rakyat miskin di samping meraih semula sokongan rakyat terhadap UMNO. "Kejayaan cemerlang ialah dalam sektor pendidikan apabila Parlimen Tanah Merah mencatat peratusan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh dan MRSM antara tertinggi di Kelantan dan ini adalah rekod 10 tahun berturut-turut," katanya.

ELAKKAN DIRI DARI BERSAMA PERHIMPUNAN INI...

Posted: 18 Jun 2011 06:34 PM PDT

Put your stuff here

POLITIK ALA "PAK KADUK" OLEH PEMBANGKANG....

Posted: 18 Jun 2011 06:30 PM PDT

KENYATAAN TERBARU TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN BERKENAAN PERHIMPUNAN BERSIH !!!



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perhimpuan haram yang dirancang oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini sebagai satu cubaan pihak pembangkang untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.Katanya pembangkang sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.

"Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lepas.Saya fikir tujuan mereka tidak baik.Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan itu kepala saja.Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Beaufort.

BERNAMA melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin,yang juga Timbalan Presiden UMNO,berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai rancangan badan bukan kerajaan itu mengadakan mengadakan demonstrasi jalanan yang haram itu.

Katanya tujuan Bersih mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya,tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Mereka mungkin akan meneruskan momentum ini supaya apabila sampai pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan," katanya.

Beliau berkata demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihak polis tidak meluluskan permit perhimpunan kerana tidak mahu kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini akan terjejas hanya kerana kelompok kecil ini.Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang mengamalkan
 'double standard' yang mengunakan isu pilihan raya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.

"Bila BN menang mereka pertikaikan.Bila mereka (pembangkang ) menang,mereka tidak pertikaikan," katanya.

ANDA FAHAM APA YANG DI MAKSUDKAN ???
ANDA NAK TAHU PENGALAMAN SEORANG BEKAS REFORMIS JALANAN ???
KLIK DI SINI
INILAH PEMBANGKANG,DULU SIBUK SANGAT NAK LELONG PUTRAJAYA !!!
SEKARANG NAK PULAK PUTRAJAYA LEPAS TU KABURKAN HATI RAKYAT DENGAN DEMO HARAM !!!

MANA PERGI MARUAH TU ???

KETUA BUKAN MELAYU DAN ISLAM PULAK TU ???
SAPA DIA ??? AHLI POLITIK KER ???
JAHANAM !!

PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL HAK SEMUA PENGUNDI...

Posted: 18 Jun 2011 06:24 PM PDT


SPR keliru tindakan penganjur BERSIH 


2011/06/19

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keliru dengan tindakan penganjur perhimpunan BERSIH 2.0 yang tetap berkeras mahu meneruskan aktiviti itu seperti dijadualkan 9 Julai ini kononnya bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata penganjur perhimpunan itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebelum ini sudah diberikan penjelasan mengenai perjalanan pilihan raya di negara ini dan persetujuan mengenai beberapa perkara juga sudah dicapai.
Katanya, pada sesi pertemuan SPR dengan BERSIH 2.0 hujung tahun lalu, organisasi itu tahu sudah ada tuntutan mereka yang diterima, diubah suai dan sesetengah yang lain terpaksa ditolak kerana hal Perlembagaan.
"Bukan semua tuntutan BERSIH dapat ditunaikan kerana sesetengah perkara memerlukan pindaan Perlembagaan. Contohnya supaya usia pemilih diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun... sudah pasti tak dapat dipenuhi kerana ia bukan bidang kuasa SPR, sebaliknya memerlukan pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat. 

"Kita juga sedang berusaha memperbaiki sistem pengundian pos malah setiap hari membuat semakan daftar pemilih dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan tiada masalah senarai pengundi. Ada beberapa tuntutan BERSIH seperti tempoh berkempen dan undi pos sudah kita ubah suai dan dipersetujui bersama. 

"Contoh lain, mereka minta tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan, kita sedia memberikan minimum tujuh hari atau lebih, tetapi SPR juga perlu adil kerana ada parti politik kecil merayu tempoh berkempen tidak terlalu panjang," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam. 

Abdul Aziz berkata, dakwaan SPR menggunakan taktik kotor dengan memenangkan parti kerajaan pada setiap kali pilihan raya adalah tidak benar sama sekali serta tohmahan berniat jahat untuk memburukkan nama suruhanjaya itu sebagai badan bebas di negara ini

TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA..TERUSKAN..

Posted: 18 Jun 2011 06:19 PM PDT

Put your stuff here

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH YAB PM.

Posted: 18 Jun 2011 06:16 PM PDT

Put your stuff here

SIAPA SEBENARNYA YANG HINA ISLAM?

Posted: 18 Jun 2011 06:12 PM PDT

Siapa hina Islam?

Oleh BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat semalam mengumumkan keputusannya mengharamkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara melibatkan beliau dan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Langkah tersebut sebagai membantah karikatur yang dikatakan menghina Islam berhubung isu rogol dan zina. Awang hanya senyum. Nampaknya Nik Aziz mengikut jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut memulaukan Utusan Malaysia.

Strategi memulaukan media sebagai senjata dan ugutan adalah pemikiran zaman dinosaur. Rasanya tiada lagi mana-mana kerajaan yang memerintah peringkat pusat, negeri atau wilayah di negara lain yang berbuat demikian. Kebebasan media dan hak bersuara seperti yang dijanjikan oleh DAP, PKR dan Pas dalam manifesto PRU, hanya gimik.

Awang tidak terkejut dengan tindakan Mursyidul Am Pas itu kerana beliau sememangnya condong kepada DAP dalam percaturan politiknya.

Cuma Awang hairan mengapa karikatur itu yang disiarkan pada Rabu, 15 Jun dianggap menghina Islam. Sedangkan ia hanya menyindir pemimpin Pas kerana mengambil pendirian yang mengelirukan ekoran kes rakaman video seks ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Tidak perlu untuk Awang mempertahankan karikatur itu kerana sudah banyak pihak tampil memberikan gambaran sebenar terutama dalam laman blog.

Jika mahu pandangan lebih keras ikutilah komen Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Noordin melalui zul4kulim.blogspot dan pengendali blog yang lain antaranya ruang bicara faisal.blogspot.com; www.papagomo.com; bumiyang.blogspot.com dan penembak-tepat.blogspot.com. Seandainya mahu pandangan yang seimbang rujuk kepada tulisan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (drmaza.com).

Awang juga tertanya-tanya mengapa karya kartunis aktivis pembangkang, Zunar yang terang-terang menghina Islam tidak pula berani disentuh oleh Nik Aziz. Persoalan lebih besar ialah siapakah sebenarnya yang menghina Islam? Seperti kata Zulkifli, sesungguhnya banyak tindak-tanduk Pas yang menghina dan menggugat umat Islam.

Pada Awang dan ramai lagi umat Islam di negara ini, kenyataan Nik Aziz sendiri banyak menghina dan memalukan Islam. Buatlah kajian ilmiah, pasti mudah membuat rumusan. Jika disenaraikan cukup banyak. Antaranya menyokong kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, mendakwa tuhan boleh mencarut, menjanjikan syurga kepada sesiapa yang undi Pas, pernah menuduh orang UMNO kafir, wanita cantik tidak boleh keluar bekerja dan banyak lagi yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Itu belum menyentuh tentang pendirian beliau yang menolak permuafakatan sesama parti Islam tetapi menjulang DAP yang menentang penubuhan negara Islam.

Lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa. Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?

Jual perjuangan dan prinsip semata-mata mahu pegang kuasa.

Posted: 18 Jun 2011 06:09 PM PDT

Pemimpin Pas diselar kerana mengamalkan budaya 'politik kelkatu', iaitu menjadi pak turut dalam melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin menjelaskan, mereka sanggup mengetepikan agama dan perjuangan asal parti semata-mata mahu memegang kuasa.

Katanya, sokongan Pas terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini mencerminkan wajah sebenar para pemimpin parti itu.

"Tuhan bagi akal fikiran, gunakanlah. Jangan sampai jual agama, jual perjuangan semata-mata mahu pegang kuasa.

"Jangan jadi macam kelkatu. Kelkatu tahu cahaya boleh membunuhnya tetapi serangga ini tetap menuju ke arah cahaya meskipun sudah nampak kawan-kawannya yang lain jatuh.

"Jangan kita amal politik kelkatu, iaitu politik yang boleh menjatuhkan kita," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Wajah Sebenar..??!! Pakatan anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Permatang Tok Brain, Penaga di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris.

Zulkifli menambah, beliau hairan bagaimana pemimpin Pas sanggup menyokong Bersih yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan, iaitu penyokong kuat Majlis Antara Agama (IFC).

Kumpulan sama juga pernah menuntut hak sama rata antara Islam dan bukan Islam, selain menjadi pelopor ulung kes murtad Lina Joy.

"Lupakah pemimpin Pas siapa Ambiga? Dialah penganjur IFC yang mereka pernah lawan habis-habisan dulu.

"Namun, hari ini mereka boleh angkat Ambiga. Merekalah hipokrit paling besar," tegasnya.e

DISEBALIK PENGHARAMAN UTUSAN BUAT LIPUTAN.....

Posted: 18 Jun 2011 06:05 PM PDT

Pas haramkan Utusan buat liputan

PPUBJ : Dulu mereka yang perjuangkan kebebasan media,tapi kini apa dah jadi. Adakah kebebasan media itu setakat beri kelebihan kepada parti mereka sahaja....Atau mereka gentar bila ahli-ahli PAS tahu cerita sebenar mereka.....kalau setakat alasan yang diberi itu...mereka juga pernah buat perkara yang sama....

KOTA BHARU 18 Jun — Kerajaan Pas Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.

"Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya.

Semalam, Pas melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lepas.

Sementara itu, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) membidas Kerajaan Pas Kelantan yang melarang akhbar Utusan Malaysia membuat liputan pada majlis rasminya.

Timbalan Presidennya, Mohd. Harris Hazri Abd. Halim berkata, tindakan tersebut menunjukkan sikap Pas yang tidak profesional apabila menjadikan media sebagai mangsa politik dan jelas menunjukkan parti tersebut tidak mengamalkan demokrasi.

"Sepatutnya Pas Kelantan lebih bersikap terbuka dan telus kerana rakyat perlu mengetahui hal pentadbiran negeri melalui akhbar Utusan Malaysia," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Pengikut