Selasa, 7 Jun 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PRESIDEN PAS BERCAKAP SOAL TEKNIKAL RAKAMAN VIDEO?.

Posted: 07 Jun 2011 08:40 AM PDT


Hadi sifatkan undang-undang Syariah dipengaruhi British

07/06/2011 2:21pm

KOTA BHARU 7 Jun — Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, undang-undang syariah di negara masih dipengaruhi elemen era-kolonial iaitu masih mengikuti undang-undang British.

Beliau berkata, undang-undang syariah di negara ini perlu mengikut intipati Islam yang lebih tepat agar isu video seks yang didakwa membabitkan seorang tokoh pembangkang yang mirip Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dijadikan senjata untuk memfitnah.

"Apa yang ada di dalam enakmen pentadbiran Islam itu bukan... itu British," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Malahan Hadi mempersoalkan kenapa tidak ditangkap khalwat terhadap si pelaku di dalam video itu daripada membuat rakaman video seks.

Beliau juga mempersoalkan, setelah dimaklumkan mengenai rakaman video itu, bahawa kenapa rakaman video berkenaan berwarna hitam putih yang jelas menunjukkan ia adalah rakaman yang lama. — Bernama

Sent from my iPad

SIAPA UNTUNG, SIAPA RUGI JIKA ANUWAR BERSALAH?

Posted: 06 Jun 2011 07:01 PM PDT

Oleh Jamhariah Jaafar
PAS untung besar jika Anwar disabit pertuduhan liwat, seks


2011/06/07
PKR tiada pemimpin pelapis, DAP untuk undi Cina

HAIRAN dan sukar untuk diterima apabila PAS meluluskan usul mengutuk 'fitnah' melalui video lucah mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukannya mendesak supaya Kerajaan Barisan Nasional (BN) mendedahkan kebenaran isu video berkenaan.

Usul yang diluluskan sebulat suara pada akhir Muktamar PAS kelmarin, turut mengutuk tindakan Kerajaan BN yang didakwa membenarkan video berkenaan disiarkan menerusi media massa, tanpa sedikit pun rasa bersalah untuk mencari kebenaran yang sekurang-kurangnya dapat mempertahankan nama baik Ketua Umum PKR itu.

Memang benar Muktamar PAS bukannya pentas untuk membicarakan kelakuan pemimpin parti sahabat, tapi ia membabitkan isu moral seorang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri melalui kerjasama parti pembangkang yang turut disertai PAS.

Jika PAS benar-benar ikhlas untuk menegakkan pentadbiran Islam walaupun terpaksa bersekongkol dengan parti yang 'mati hidup balikpun' tidak akan menyokong kewujudan sebuah negara Islam, perwakilan parti itu sekurang-kurangnya bertanya:

"Apakah benar pelaku di dalam video terbabit itu Anwar Ibrahim dan sekiranya penyiasatan polis nanti mendapati pelakunya benar-benar Ketua Pembangkang itu... apakah pendirian PAS dalam bersahabat dengan seorang yang telah melakukan dosa besar."

Memang tidak ada perbincangan mengenai pelaku dalam video berkenaan dalam muktamar tiga hari itu, tapi ini adalah isu politik dan jika video itu didapati tulen – di mana PAS mahu meletakkan muka kerana sejak awal lagi memutuskan bahawa 'Anwar tidak bersalah'.

Tidak ada seorang pemimpin PAS yang ditemui berani mengatakan video seks terbabit palsu dan pelakunya bukan Anwar, sebaliknya semua mereka berkata ia adalah salah di sisi Islam untuk membuka aib orang sebegitu rupa.

Tapi mereka terlupa kenyataan awal Datuk Shazryl Eskay – orang yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan – bahawa sebagai sahabat beliau tidak lagi tergamak untuk melihat pemimpin besar seperti Anwar meneruskan perlakuan keji seperti itu.

"Enough is enough," adalah perkataan digunakan Eskay yang tidak lagi sanggup menjadi dalang di belakang perbuatan keji Anwar dan mengambil tindakan 'berani mati' itu selepas pulang dari umrah awal tahun ini.

Seorang pemimpin PAS yang ditemui sebelum pemilihan PAS Khamis lalu, berkata Anwar bukanlah faktor utama dalam pakatan pembangkang.

"Pemimpin datang dan pergi, kalau Anwar disabitkan dengan tuduhan liwat atau didapati sah menjadi pelaku dalam video seks itu, pakatan pembangkang masih mempunyai pemimpin Melayu lain yang boleh menggantikan misi untuk menumbangkan BN," katanya yang turut mengaku PAS akan mengaut faedah lebih besar sekiranya Anwar didapati bersalah.

Justeru, amat menarik jika kita membuat analisis mengenai barisan baru kepemimpinan PAS ini, kerana jika percaturan PAS menjadi akan ada antara pemimpin parti ini akan dilonjakkan untuk mengganti tempat Anwar sebagai pemimpin Melayu utama di kalangan ketiga-tiga pakatan pembangkang - DAP-PAS-PKR.

Sebagai sekutu pakatan pembangkang, rakyat memang tidak boleh berharap untuk PAS mengutuk pemimpin parti sahabat... walau seburuk manapun kelakuan atau selantang mana pun mereka menentang kewujudan sebuah negara Islam, kerana matlamat akhir setiap parti politik ialah untuk mencapai misi mendapat apa dihajati.

Katalah, Anwar didapati bersalah dalam tuduhan liwat yang sedang dalam perbicaraan atau video seks disebarkan hari ini didapati tulen, siapa yang akan mendapat keuntungan dan faedah daripada kejatuhan Ketua Pembangkang ini.

Ini ialah permainan politik yang matlamat menghalalkan cara.

Gandingan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, disokong kuat barisan kepemimpinan baru – Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar – kini dilihat sanggup melakukan apa saja demi impian menawan Putrajaya.

Ketiadaan pemimpin ulama atau kumpulan prokerajaan perpaduan dalam barisan baru ini akan memudahkan laluan kumpulan Erdogan untuk menyusun strategi sama dengan DAP dan PKR.

PKR tidak mempunyai pemimpin pelapis berwibawa dan disegani, kerana sesama mereka tidak sehaluan dan tidak segah barisan kepemimpinan PAS.

Justeru, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, PAS mempunyai visi besar untuk mengetuai 'serangan' pakatan pembangkang di negeri majoriti Melayu, manakala DAP bersekongkol untuk meneruskan penguasaan di kawasan majoriti Cina.

Anwar bukan lagi faktor penting untuk PAS, malahan jika Ahli Parlimen Permatang Pauh ini didapati bersalah, keuntungan besar akan menunggu pemimpin PAS terutama Presidennya – Hadi Awang.

Mungkin kerana melihat percaturan itu, Hadi tidak teragak-agak mengubah prinsip PAS bagi disesuaikan dengan suasana persahabatan dengan DAP, yang ketika ini jelas mendapat sokongan pengundi Cina.

Perubahan prinsip parti dari mewujudkan sebuah negara Islam, kepada sekadar menubuhkan negara kebajikan, adalah pengkhianatan paling besar kepada pejuang asal PAS terutama golongan ulama.

Jika ada perwakilan PAS menyifatkan golongan ulama dan mufti dalam UMNO sebagai 'syaitan bisu' kerana didakwa gagal bersuara dalam isu video seks Anwar, bagaimana pula dengan tindakan golongan ulama PAS yang gagal menegur tindakan Hadi sewenang-wenangnya mengubah haluan PAS semata-mata untuk menyenangkan hati DAP yang pernah melaungkan: "Langkah mayat aku dulu sebelum menubuhkan negara Islam."
e

taktik kotor pembangkang untuk terus berkuasa di Pulau Pinang

Posted: 06 Jun 2011 06:42 PM PDT


Ketua Menteri Pulau Pinang pertama ialah mendiang Tan Sri Wong Pow Nee daripada MCA yang memegang jawatan dari 1957 hingga 1969 dan diikuti Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu (1969-1990) dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (1990-2008). Chong Eu dan Tsu Koon ialah daripada GERAKAN. Ini bermakna sejak merdeka hingga 2008 (sepanjang Pulau Pinang dikuasai Parti Perikatan dan BN) iaitu untuk tempoh 51 tahun, Ketua Menteri Pulau Pinang ialah pemimpin kaum Cina. Kini DAP pula dengan Lim Guan Eng sejak 2008 hingga kini.......

BN DAH BUAT SEMUA TU.....LAMA DAH.....

Posted: 06 Jun 2011 06:31 PM PDT


BN laksana negara kebajikan sejak dulu


2011/06/07

NAJIB dan Nazarbayev berbincang kerjasama dua hala  ketika kunjungan ke Istana Akorda, Astana, semalam.
NAJIB dan Nazarbayev berbincang kerjasama dua hala ketika kunjungan ke Istana Akorda, Astana, semalam.
Slogan terkini PAS bukan perkara baru: Najib

DATUK Seri Najib Razak berkata, slogan baru PAS untuk mewujudkan negara kebajikan bukan sesuatu yang baru kerana sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak sekian lama.

Perdana Menteri berkata, slogan itu cuma label, berbanding apa yang sudah dilakukan kerajaan BN sejak memerintah.
"Label saja negara kebajikan (oleh PAS), tetapi apa yang kita (kerajaan) buat dalam bidang kesihatan, pendidikan, subsidi makanan, minyak dan sebagainya adalah ciri negara kebajikan yang diperjuangkan kerajaan sejak dulu," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, semalam.
Perdana Menteri mengulas pendirian baru PAS untuk memperjuangkan negara kebajikan selepas sekian lama mendakwa mereka berjuang untuk menubuhkan negara Islam.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Kazakhstan dan turut menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam ketujuh yang bermula di sini, esok.

Turut serta dalam rombongan Perdana Menteri ialah lima menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan.

Mengulas pemilihan pada muktamar tahunan PAS baru-baru ini yang menyaksikan golongan ulama tewas kepada golongan dikatakan profesional dan liberal, Najib berkata, keputusan itu menguntungkan pihak yang ingin mengambil kuasa dalam parti berkenaan.
"Saya lihat pemilihan ini banyak diambil pertimbangan soal pilihan raya umum daripada mencerminkan perjuangan untuk menubuhkan negara Islam atau kepentingan negara Islam sendiri.

"Mereka sudah uar-uarkan pilihan raya umum diadakan Julai ini dan banyak perwakilan PAS lihat kepada soal pilihan raya dan ini menguntungkan pihak yang mahu mengambil alih kuasa dalam PAS," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, beliau akan mempertimbangkan biasiswa bagi pelajar yang mencapai keputusan kurang 8A+.

"Saya sudah minta Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) untuk bermesyuarat dengan semua parti komponen berhubung perkara berekanan.

"Daripada kumpulan rendah sikit daripada 8A+, keputusan baik tetapi tidak mendapat biasiswa luar negara atau dalam negeri. Apabila balik saya akan buat keputusan dalam hal itu," katanya

PILIHANRAYA UMUM KE 13 HANYA BERLAKU BILA SUDAH BERSEDIA.

Posted: 06 Jun 2011 06:21 PM PDT

<Bila bersedia untuk pilihan raya? PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN Pusat Pengajian Sains KemasyarakatanUniversiti Sains Malaysia AKHIR-AKHIR ini, ramai yang berminat untuk mengetahui sama ada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) akan diadakan tidak berapa lama lagi. Baik Barisan Nasional (BN) mahupun barisan pembangkang, masing-masing menyatakan sudah bersedia. Apakah makna di sebalik retorik 'sudah bersedia'? Bagaimanakah untuk menilai tahap persediaan? Adakah 'bersedia' bermakna masing-masing yakin akan mempamer prestasi jauh lebih baik dari PRU Ke-12 Mac 2008. Benarkah, BN dan barisan pembangkang sudah mengambil iktibar daripada tsunami politik yang melanda ketika itu atau PRU Ke-13 perlu diadakan akibat desakan dalaman dan luaran agar kerajaan dapat menjalankan tanggungjawab mereka melangkaui politiking semasa? Walaupun ramai bercakap dan menganalisis kemungkinan PRU akan diadakan tidak berapa lama lagi, bahangnya masih hambar. Ada pemimpin pembangkang berlumba-lumba menyatakan PRU akan diadakan tahun ini; congakan yang turut meramal sama ada Julai, Oktober dan November. Ia boleh bertujuan untuk memastikan tidak diadakan pada tahun ini kerana merasa tertekan dengan prestasi semasa dan akan memutarnya seolah-olah Perdana Menteri tidak bersedia untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Dalam mana-mana PRU, yang penting adalah semangat, keazaman dan motivasi pemimpin, ahli parti, pengikut dan pemerhati serta sukarelawan parti. Adakah semangat 'ingin lawan' pemimpin dan ahli berada pada garis yang sama atau terikut dengan keperluan segelintir pemimpin yang mementingkan diri sendiri semata-mata. Barangkali, memikirkan rumahtangga sendiri lebih baik dari dari 'sibuk menjaga tepi kain orang' kerana ia memberi publisiti berlebihan kepada barisan pembangkang yang mempunyai pemikir politik yang pantas 'spin' sehingga isu yang benar boleh mempunyai magnetik tidak benar. Keupayaan manipulasi begitu ketara sehingga akhirnya, pemimpin BN bercanggah sesama mereka yang memberikan nilai tambah kepada lawan. Siapa lawan BN sebenarnya? Adakalanya pemimpin dan pengikut parti BN perlu kurang bercakap tetapi aktif dalam gerak kerja mereka. Ini kerana percakapan yang berterusan tentang lawan sebenarnya memberikan publisiti yang sememangnya ditunggu oleh lawan mereka. Ada pula beria-ia menjadi pemimpin anti-establishment dari dalam BN agar dapat dinobat sebagai 'hero komuniti' sehingga menimbulkan prasangka bahawa pemimpin tersebut sebenarnya sudah tidak percaya pada matlamat BN dan menjadi seorang oportunis yang mencari peluang untuk bersama pembangkang selepas PRU Ke-13. Sejarah penubuhan sudah mencecah 37 tahun selepas pendaftaran rasmi dilakukan pada 1 Jun 1974 untuk menggantikan parti Perikatan yang ditubuhkan pada 1957 (didaftar secara rasmi). Perikatan@BN pernah melalui zaman pasang-surutnya terutama kemerosotan sokongan dalam PRU 1969, 1990, 1999 dan 2008. Kesemuanya berlaku ketika berlaku perpecahan dalam kalangan pengundi Melayu dan Cina khususnya walaupun PRU 2008 unik dengan sendirinya. Keunikan PRU 2008 turut menilai perubahan sokongan pengundi India menyebabkan PRU Ke-13 akan menjadi titik tolak kepada sejarah baru yakni sama ada BN akan masih terus berkuasa ataupun di sebaliknya. Ia juga bakal melakar sejarah bagi barisan kepimpinan hari ini sama ada mahu turut serta dalam pensejarahan tersebut sebagai mereka yang berjaya menyelamatkan yakni 'wira' BN atau 'penderhaka' BN. PRU Ke-13 adalah yang paling sengit dalam sejarah PRU tanah air. Ini kerana persekitaran lanskap politik sudah jauh berubah berbanding dengan 52 tahun yang lalu ketika PRU pertama di adakan. Persaingan bukan dalam kalangan parti politik tetapi kini ia membabitkan golongan yang 'memerhati' dan dapat melakukan hebahan pandangan dan analisis tanpa menggunakan surat layang ataupun melalui ceramah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi amaran bahawa "pilihan raya akan datang merupakan yang paling sengit dalam sejarah politik tanah air. Pilihan raya ini bukan seperti biasa kerana meletakkan cabaran getir bagi BN dan parti-parti politik lain. ''Kita kena tanya selepas PRU Ke-13, masihkah kita berkuasa... ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan". Ia bertepatan dengan masanya walaupun ada ahli sendiri merasa terkejut dan marah yang dimanipulasi oleh segelintir pihak dengan memberi gambaran bahawa ia mahu memendekkan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walhal Najib pernah menyatakan bahawa sejarah boleh berubah jika masih didokong oleh sindrom 'penafian' atau simptom terlalu lama berkuasa iaitu - khayal, lupa, jumud dan angkuh. BN perlu kembali kepada semangat asal penubuhan Perikatan@BN; membina minda dan hati yang tahu sejarah yang sudah terpahat dan bagaimana ia boleh terus menyumbang dalam pencapaian wawasan negara. Sifat membuli sesama sendiri perlu dihentikan. Cah keting, sabotaj dan protes mesti diminimakan jika mahu bangkit semula dalam PRU Ke-13. Ia bukan soal sama ada barisan pembangkang bersedia atau tidak bersedia; atau soal barisan pembangkang menghadapi masalah kepimpinan serta kecelaruan agenda bersama; ataupun soal barisan pembangkang menunjukkan prestasi kurang baik di negeri pemerintahan mereka. Ini adalah soal sejauhmanakah BN sudah melalui 'muhasabah diri'; memiliki semangat kental dan tahu PRU Ke-13 adalah soal 'hidup-mati' parti. Jika mahu terus hidup, apakah persiapan rapi sudah dilakukan di peringkat bawahan atau akar umbi atau mahu dikapankan dalam PRU tersebut. Ia membabitkan bukan sahaja UMNO, tetapi bagaimana dengan parti komponen yang gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam PRU lalu. Adakah masih bergantung kepada UMNO untuk mengerah jentera ataupun sudah melakukan perubahan ke atas pendekatan yang bersifat 'pemulihan'? Dalam menangani kebanyakan isu, ia masih belum menunjukkan sentimen BN yang kolektif. Masing-masing mahu menjadi jaguh parti politik yang dipimpin dan untuk kepentingan komuniti semata-mata yang tidak disertai untuk kepentingan semua di peringkat kebangsaan. Ada pemimpinnya bercakap di luar mereka mempunyai 'senjata' yang boleh mengejutkan tetapi pada waktu yang sama bergelut untuk mempertahankan jawatan dalam parti sehingga tumpuan berlebihan diberikan untuk memastikan masih meraih sokongan dalam parti dan mengambil sikap tidak endah ke atas apa yang berlaku di luar parti sendiri. Sebenarnya, ramai yang masih setia pada BN terutama yang melakukan 'undi protes' dalam PRU Ke-12. Kini soal kepimpinan bukan menjadi isu lagi tetapi mereka boleh memangkah 'undi protes' sebagai balasan ke atas beberapa isu terkini terutama kenaikan harga barang. Peliknya di Malaysia, sebagai sebuah negara pengeluar petroleum; apabila harga minyak naik, harga barangan lain naik. Kegagalan dalam pemantauan dan kawalan harga barang boleh mempengaruhi pola pengundian dalam kalangan pengundi. Misalnya, jika harga petroleum naik 15 sen, hari berikutnya kita melihat harga teh tarik ataupun roti canai naik dengan kadar yang sama! Ini yang dipersoal oleh masyarakat secara umumnya yang memahami tuntutan persekitaran memerlukan kerajaan bertindak untuk memastikan tidak ada yang kelaparan kemudian hari tetapi tanpa mekanisme yang boleh mengawal harga barangan lain naik, ia boleh menyukarkan laluan BN. Ramai berada dalam kelompok 'silent protest' ini yang masih menilai perwatakan politik BN. Kesilapan besar kepimpinan lepas adalah menaikan harga petroleum bila sahaja berlaku kenaikan di peringkat global tanpa memantau harga barangan lain. Ini menyebabkan kepimpinan tersebut dihukum oleh pengundi yang mahu melepaskan 'geram' di peti undi. Yang penting adalah sejauhmanakah pemimpin bersifat rendah diri dan mengakui ada kelemahan dalam gaya kepimpinan dan tidak angkuh, bongkak dan sombong dan memastikan 'kebajikan' pengundi dipertahan dalam apa jua keadaan. Barangkali simulasi yang mahu diadakan oleh BN tidak lama lagi sesuai untuk melihat kepada 'calon yang boleh menang', memantapkan jentera, mengurus parti di peringkat akar umbi dan proaktif menangani isu supaya tidak bersifat defensif serta lebih ofensif. Jika pembangkang menggunakan slogan 'satu undi BN, satu undi barang naik'; bagaimanakah persiapan awal dibuat untuk menjadikan ia bersifat ofensif dan bukan sebaliknya. Berfikiran sebagai 'pembangkang' akan banyak membantu BN dalam PRU Ke-13. Latihan kepimpinan akar umbi penting dan pengiktirafan perlu diberikan kepada mereka dan motivasi sudah pasti akan meningkat jika diberikan petunjuk bagaimana berhadapan dengan perang saraf yang dikawal oleh isu. Ini merupakan kepimpinan bawahan yang memahami isu lokal dan tahu bagaimana boleh mengatasinya. Calon dan jentera perlu mengenali mereka dan bersama dalam mengatur strategi dan taktik politik serta isu setempat. KPI setempat terutama berkaitan dengan kehidupan harian pengundi di kesemua kawasan perlu ditetapkan agar dalam jangkamasa 9 bulan, BN sudah benar-benar bersedia untuk berhadapan dengan PRU. Begitu juga dengan KPI Kementerian dan Menteri serta memenuhi agenda besar kepimpinan. Dilemanya, adakah keadaan ekonomi global dan domestik memberikan ruang masa tersebut kepada kepimpinan BN? Apakah nasihat jujur pakar ekonomi kerajaan dalam mengamati apa yang berlaku? Apakah langkah persediaan awal sudah dibuat dari hanya mahu mengadakan PRU semata-mata untuk memastikan tidak tergugat dengan pasaran antarabangsa. Pada waktu sama, mana perginya mereka yang pernah dan sedang menikmati ganjaran, habuan kerajaan hari ini di bawah penaungan politik? Ini masanya untuk tampil memastikan keadaan tidak menentu dalam ekonomi tempatan tidak terjejas teruk malahan sumbangan mereka sebenarnya boleh dilihat sebagai 'bantuan kemanusiaan' agar mereka yang berada dalam stratifikasi bawahan kelas masyarakat tidak perlu melalui keperitan hidup dengan beban tanggungan yang semakin membesar. BN perlu merapatkan jurang jaringan hubungan dengan akar umbi dan masyarakat setempat. Sejarah boleh terlakar jika langkah berwaspada tidak diambil segera. Yang penting, BN perlu bertanya - 'mengapa pengundi mesti mengundi BN' dalam PRU akan datang. BN tidak boleh mengharapkan pengundi akan mengundi dengan sendirinya jika ada pemimpin yang masih menjadi liabiliti bagi BN kalaupun Najib dan Muhyiddin bekerja keras untuk mempertahankan BN. Kelemahan dan kekuatan BN bergantung kepada BN dan keinginan BN sendiri untuk menggunakan persekitaran politik yang ada jika mahukan kemenangan bergaya dalam PRU yang akan datang tetapi soalnya, adakah BN benar-benar sudah membuat persiapan rapi menjelang PRU ini?

PAS TIADA KEUPAYAAN GANTI UMNO

Posted: 06 Jun 2011 06:09 PM PDT


Layakkah Pas ganti UMNO?



Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SELAIN impian ke Putrajaya bersama-sama sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Pas juga mempunyai satu lagi cita-cita iaitu menggantikan UMNO.


Pas menguar-uarkan di seluruh negara bahawa mereka kini sudah bersedia untuk mengambil peranan menggantikan UMNO.

Tiada apa hendak dihairankan dengan keghairahan Pas untuk menggantikan UMNO kerana Pas kini bukanlah sebuah parti Islam.

Pas adalah sebuah parti sekular sama dengan PKR dan DAP kerana mereka sendiri sudah mengakui bahawa perjuangan mereka kini adalah untuk menegakkan negara berkebajikan.

Malahan keazaman Pas untuk menggantikan UMNO juga jelas menunjukkan parti yang suatu ketika dulu menguar-uarkan ingin menegakkan negara Islam sudah bersedia menggadaikan prinsipnya.
Segala-galanya hanya kerana satu matlamat iaitu meraih kuasa bersama-sama PKR dan DAP.

Persoalannya kenapa Pas mahu menggantikan UMNO? Layakkah Pas untuk berada pada kedudukan itu atau setaraf dengannya dan apakah motif di sebalik keterujaan Pas itu?

Sebenarnya, tidak salah untuk Pas menanam cita-cita atau impian untuk menggantikan UMNO seperti mana mereka bermimpi menguasai Putrajaya tetapi soal apakah Pas mempunyai kemampuan memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam seperti mana peranan yang dimainkan oleh UMNO?

Akui sahajalah Pas tidak ada keupayaan itu, sebaliknya matlamat Pas hanyalah untuk memastikan tidak ada lagi parti yang akan bermati-matian untuk orang Melayu.

Mungkin kenyataan ini tidak disenangi oleh pemimpin dan ahli Pas tetapi apa jaminan mereka bahawa Pas mampu memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam melalui kerjasama dengan DAP dan PKR.
Tidakkah sebelum ini, Pas bersetuju dengan pandangan rakan sekutunya bahawa perjuangan UMNO adalah rasis dan Pas berjuang untuk semua kaum dan bukan satu kaum sahaja.

Malahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah mengakui dirinya tidak bangga menjadi orang Melayu.

Oleh itu bagaimanakah Pas boleh bermimpi untuk menggantikan UMNO, apa sebenarnya perjuangan Pas kalau benarlah cita-cita itu tercapai?

Sebenar slogan 'Pas ganti UMNO' adalah perjuangan Pas untuk menjayakan dasar Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP.

Ia kerana kita memahami bahawa Pas bukanlah parti dominan dalam pakatan pembangkang, tidak seperti mana UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Justeru adalah mustahil untuk Pas membawa perjuangan Melayu dan Islam selagi mereka bersahabat dengan PKR dan DAP, sebaliknya mereka hanya akan mengikut telunjuk kedua-dua parti itu sahaja.

Selama ini pun, Pas hanya menjadi 'pemerhati' sahaja terhadap tindakan tanduk kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat melakukan banyak tindakan tidak adil ke atas orang Melayu terutamanya peniaga-peniaga di negeri itu.

Berikutan keadaan itu, orang Melayu perlu memahami dan tidak mudah terpengaruh dengan mainan politik Pas yang kini semakin bercelaru hala tuju perjuangannya.

Pas kini seolah-olah tidak tahu bagaimana hendak menempatkan diri mereka dalam pakatan pembangkang biar pun mereka adalah parti tertua berbanding PKR dan DAP.

Sikap pemimpin-pemimpin Pas yang terlalu menjaga hati dan hubungan dengan kedua-dua parti berkenaan telah memungkinkan banyak prinsip Pas terpaksa dikorbankan.

Sebelum ini Pas juga menolak sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Sebaliknya Pas menegaskan bahawa mereka ingin memperkukuhkan kerjasama dalam pakatan pembangkang bagi menawan Putrajaya.

Keterujaan Pas inilah yang membuka ruang kepada PKR dan DAP untuk 'mengubah' prinsip perjuangan dan 'menguasai' tindak tanduk parti yang sebelum ini memperjuangkan Islam tersebut.

Berdasarkan hakikat itu adalah jelas slogan 'Pas ganti UMNO' yang rancak dipromosikan oleh Pas hanyalah semata-mata kerana ingin menunjukkan kesetiaan kepada PKR dan DAP.
Melalui laungan itu, Pas berharap parti itu tidak akan dilihat lagi ingin bekerjasama dengan UMNO sebaliknya akan berusaha bersungguh-sungguh menamatkan riwayat politik parti keramat Melayu tersebut dalam pilihan raya.

Iltizam Pas itu sudah tentulah menggembirakan PKR dan DAP yang pada masa ini berasa terganggu apabila banyak tindakan mereka yang bertujuan menghakis kepentingan orang Melayu terhalang kerana UMNO masih wujud.

Sememangnya kita tidak pasti sejauh manakah kesan kempen 'Pas ganti UMNO' yang dijalankan tetapi apa yang pasti dengan tindak tanduk Pas yang hanya dilihat menjadi parti ketiga dalam pakatan pembangkang, usaha itu mungkin tidak akan ke mana.

Penulis percaya orang Melayu tidak akan mudah terhasut dengan kempen Pas itu. Mungkin di kalangan penyokong Pas ia sesuatu yang menyeronokkan tetapi mereka juga perlu faham bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.

Kalau Pas benar-benar ingin menggantikan UMNO maka mereka perlu dominan dalam pakatan pembangkang dan berikrar untuk mempertahankan kepentingan serta kedudukan orang Melayu dan umat Islam.

Tetapi malangnya kita tidak lihat kesungguhan Pas dalam soal ini, sebaliknya apa yang kita nampak demi merebut kuasa politik, Pas semakin meninggalkan apa yang mereka perjuangkan sejak penubuhan parti itu pada tahun 1951.

Mungkin juga keterujaan untuk menggantikan UMNO ini berlaku kerana Pas 'cemburu' melihat kejayaan UMNO meningkat martabat orang Melayu di negara ini. Sejarah panjang perjuangan UMNO juga bukanlah sesuatu yang mudah dihapuskan oleh Pas melalui retorik mereka.

Sebaliknya Pas perlu mempunyai alasan yang cukup kukuh kenapa perlu orang Melayu menolak UMNO dan menyokong Pas.

Selama ini orang Melayu sudah mendapat banyak nikmat melalui perjuangan UMNO dan nikmat itu turut dirasai oleh pemimpin Pas dan anak cucu mereka. Tetapi Pas tidak mahu mengakui semua jasa UMNO itu sebaliknya mereka menggambarkan kepada rakyat bahawa pemerintahan negara yang ditunjangi oleh UMNO pernah dengan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Malahan mereka juga mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggaknya adalah sebuah kerajaan yang zalim.

Soalnya, kalau kerajaan BN dan UMNO itu zalim sudah lama Pas tidak ada di muka bumi Malaysia ini. Lebih daripada itu Pas tidak akan berasa nikmat memerintah di Kedah, Kelantan dan Terengganu (1999) manakala rakan sekutu mereka tidak akan mampu memimpin di Pulau Pinang dan Selangor, jika penyelewengan berlaku dalam pilihan raya.

Apa yang melucukan ketika Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan menyebelahi BN, parti itu sendiri dalam pemilihannya menggunakan sistem yang dilaksanakan oleh suruhanjaya berkenaan.

Semua keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Pas bukanlah sebuah parti yang paling tidak konsisten sama ada dalam pendirian, tindakan mahupun perjuangan, oleh itu mana mungkin mereka mahu menggantikan UMNO, kecuali ia hanya sekadar impian seperti mana khayalan mereka hendak ke Putrajaya

PEMBANGKANG MULA GUNA TEKNIK PRU 2008 UNTUK MERAIH SOKONGAN.

Posted: 06 Jun 2011 05:59 PM PDT

Perhimpunan Bersih tindakan terdesak pakatan pembangkang menjelang PRU-13

KUALA LUMPUR 6 Jun - Perhimpunan gerakan Bersih kedua yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini adalah tindakan terdesak pakatan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak penganjur perlu bertanggungjawab sekiranya perhimpunan itu dilaksanakan dan menganggu ketenteraman awam.

"Mereka sebenarnya sudah tahu apa undang-undang sedia ada dan mereka mahu ditahan.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada dan terserah kepada mereka kalau hendak teruskan serta menyertai perhimpunan itu, mereka perlulah bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kelmarin menggesa seluruh rakyat negara ini termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik menyertai himpunan gerakan Bersih kedua pada 9 Julai ini.

Perhimpunan itu dirancang untuk mendesak kerajaan melaksanakan sistem demokrasi dan adil dalam proses pengundian pilihan raya

DAP KINI BERTUKAR JADI "FRANCIS LIGHT"

Posted: 06 Jun 2011 05:40 PM PDT

Put your stuff here
Agenda memporak-peranda institusi Islam?

BUKIT MERTAJAM 6 Jun - Pelbagai pihak membantah 'pilihan raya masjid' di Pulau Pinang pertengahan bulan ini yang disifatkan sebagai agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid sebagai pusat perpaduan umat Islam.

Sambil mempersoalkan motif pilihan raya itu, pemimpin politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menegaskan, jawatankuasa masjid tidak wajar diheret ke kancah politik kepartian yang hanya akan mengakibatkan perpecahan di kalangan anak-anak kariah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir percaya pilihan raya itu sengaja mahu diadakan demi kepentingan pihak tertentu yang mahu melaga-lagakan kepimpinan kariah masjid di negeri ini.

Malah katanya, kaedah pelaksanaan pilihan raya itu sendiri tidak jelas dan mengelirukan sehingga boleh menimbulkan suasana kucar-kacir ketika hari pengundian.

"Bagaimana pengundian mahu diadakan sedangkan tiada senarai rasmi daftar pemilih di kalangan kariah. Siapa yang layak mengundi? Di masjid mana seseorang kariah itu boleh mengundi? Semua persoalan ini masih kabur kerana di setiap kawasan terdapat dua hingga tiga masjid.

"Malah, saya bimbang semua ketidaktentuan ini akan menyebabkan kariah berbalah sesama sendiri. Kita perlu berwaspada kerana ada pihak yang mahu melihat umat Islam bertelagah antara satu sama lain," katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mengadakan pilihan raya bagi jawatankuasa masjid mulai tahun ini iaitu perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Jika dilaksanakan sepenuhnya, 'pilihan raya masjid' itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali pula berpendapat, masjid tidak sewajarnya dijadikan bahan eksperimen untuk mengukur sejauhmana sokongan anak kariah terhadap parti-parti politik tertentu.

Malah katanya, kaedah pilihan raya secara jelas meminggirkan konsep musyawarah yang menjadi amalan dalam kebanyakan institusi Islam seperti masjid selama ini.

"Islam dan politik tidak boleh dipisahkan tetapi jangan kita guna politik untuk merosakkan Islam dengan memecah-belahkan umat. Ini sangat mengejutkan kerana kita tidak nampak proses ini akan membawa perpaduan kepada kariah.

"Sistem pelaksanaannya juga tidak jelas dan lemah sehingga tidak memungkinkan ia memberi keadilan kepada anak-anak kariah malah membawa kepada budaya caci-mencaci dan mencari keburukan sesama kariah. Keadilan beginikah yang kita mahu?" soalnya.

Pengerusi Kariah Masjid Jamiul Badawi Kepala Batas, Datuk Arshad Zakaria pula bimbang kaedah pemilihan tersebut bakal menimbulkan perpecahan serius apabila setiap calon membentuk kem masing-masing sehingga menimbulkan suasana tidak tenteram dalam jawatankuasa masjid.

Katanya, sebelum ini pemilihan dibuat berdasarkan konsep musyawarah apabila wakil di setiap surau membuat cadangan pemilihan calon masing-masing tanpa mengira fahaman politik.

"Sebab itu sebelum ini kita boleh lihat jawatankuasa tanpa mengira fahaman politik boleh duduk bersama dan mengharmonikan masjid. Saya bimbang kaedah pilihan raya akan melenyapkan suasana begini apabila semua ada kem masing-masing dan berbalah semata-mata untuk menang," jelasnya.

PEMIMPIN PAS "MEROYAN" NAK DUDUKI PUTRAJAYA

Posted: 06 Jun 2011 05:35 PM PDT

Pemilihan Pas ambil pertimbangan pilihan raya

ASTANA, Kazakhstan 6 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan parti Pas baru-baru ini banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya.

Apa yang berlaku, katanya, jelas mencerminkan perjuangan Pas tidak lagi untuk membangunkan sebuah negara Islam ataupun untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Najib diminta mengulas mengenai keputusan pemilihan Pas dalam sidang akhbarnya di Rixos Hotel di sini hari ini.

Sidang akhbar itu diadakan selepas Najib mengadakan pertemuan berasingan dengan Perdana Menteri Kazakhstan, Karim Massimov dan Presiden negara itu, Nursultan Nazarbayev di Presidential Palace di sini.

Najib dalam rangka lawatan dua harinya ke Kazakhstan bermula hari ini. Beliau juga turut menghadiri dan menyampaikan ucaputama pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kali ketujuh pada Rabu ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata ada dua faktor berhubung pemilihan parti Pas itu.

"Pertama, mereka telah uar-uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada bulan Julai dan banyak perwakilan Pas dalam kepala mereka, mereka lihat pada soal pilihan raya.

"Jadi ini menguntungkan pihak yang ingin ambil alih kuasa dalam Pas," katanya.

Kedua, kata Najib, perubahan slogan 'tagline' bukan lagi mewujudkan negara Islam tapi sebuah negara kebajikan.

Dalam hal ini, kata Perdana Menteri, sebenarnya negara kebajikan itu telah lama diperjuangkan oleh UMNO dan kerajaan selama ini.

"Ini bukan satu perkara baharu, cuma sejak kebelakangan ini sahaja (negara kebajikan) tapi apa yang kita buat dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan, minyak dan sebagainya, ini semua adalah ciri-ciri negara kebajikan," katanya. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Pengikut